perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 20, 2013

Hepi Bday Iman

Assalamualaikum...


20.12.13 Iman turn to 1 year's Old.. Alhamdulillah.. syukur dengan kurniaan yang diberi oleh yang Maha Esa..


Moga iman menjadi anak yang soleh.. anak yang mendengar kata ibu bapanya.. 

Macam tak percaya dah ada 2 org anak yang berusia 1 dan 2 tahun.. walaupun agak penat menjaga mereka..sebab tuntutan kerja dan masa... tapi mama bersyukur sbb masih mampu meluangkan masa dengan anak-anak mama ini..:)



P/S: hepi bday adik...nanti kita pergi celebrate yek..:)

Thursday, December 19, 2013

CERITERA PUTERA-PUTERA KU

Assalamualaikum...

Dah lama tak story pasal 2 orang putera ku ini...


pejam celik..pejam celik.. abg irfan sekarang ni dah 2 tahun 4 bulan.. adik.. esok masuk 1 tahun... 

perangai abg irfan di kala berusia 2 tahun 4 bulan




-abg sekarang sangat lah petah berkata-kata.. mmg macam mulut mama..hihi.. tapi abg still cakap pelat lagi.. omei sangat..

-suka sangat usik adik.. kalau bangun tido pagi2 mesti cari adik dulu..cian adik tak puas tido..

-kalau pergi giant lagi2 tempat yang ada game tu..suka sangat-sangat.. selalu mengamuk dekat papa sbb nak main aje.. tak mau balik.. cian anak mama nangis sepanjang jalan..siap kena babap lagi ngn papa..

-suka benar makan nasi dengan budu.. ni lah penangan duduk dengan atok..

-dah paham kalau mama cakap papa pergi work.. tapi bila abg dpt tahu papa OT..mesti abg mengeluh sbb papa work lagi..

perangai iman di kala usia menjengah ke 1 tahun





-adik sangat lah laju merangkak..berjalan nya belum lagi... hihi.. org suruh berjalan dia malas.. bila lah anak mama nak jalan ni.. usaha lagi ye anakku..

-adik sangat suka makan.. jagung paling dia suka.. tok ma kata sbb tu lah kot gigi depan dia jarang..hihi..cian adik..

-adik tak banyak ckp macam abg.. sangat lah baik hati org nya.. abg buat apa kat dia pun..dia x balas balik...:)

-bab makan tak memilih..semua dia suka..

-semakin hari semakin besar..adik dah bijak duduk bermain dengan abg..walaupun selalu je abg terbuat adik..tapi adik nak jugak main dengan abg dia..

so sweet both of you... moga anak-anak mama & papa ni membesar menjadi anak yang soleh.. amin..

p/s: mama sayang both of u..:)

our 3rd anniversary "ziana & zaimie- 28.11.10"

Assalamualaikum..

Lama rasanya tidak mencoret di dalam blog ku ini.. dah bersarang rasanya.. nak dibuat diary kata nya.. itu azam yang lalu..akhirnya bersarang jua..:) 

Disebabkan kerajinan baru menjengah hari ni.. makanya nak mengarang sikit perihal tarikh yang cukup indah untuk diri ini & encik suami.. walaupun sudah berlalu utk beberapa ketika..so ni dikira flash back story..:)  28.11.13 is our 3rd anniversary.. syukur kehadrat ilahi.. 3 tahun sudah kami bersama sebagai suami isteri.. Dengan kehadiran 2 cahaya mata.. irfan & iman.. syukur kepada-Mu Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku  untuk merasai kebahagian ini....

Ikatan perkahwinan kalau tak der ranjau..kiranya tak indah & ceria lah kan... bergaduh..merajuk.. dipujuk balik.. dah jadi asam garam dalam ikatan perkahwinan ini..

Terima kasih buat en suami yang sentiasa berusaha dengan jayanya untuk membahagiakan kami bertiga..:) terima kasih jua kerana memahami hati wanita ini.. 

kat bawah ni beberapa gambar semasa perkahwinan kami pada tarikh 28.11.10.. :)











Moga ikatan ini akan kekal hingga akhir hayat.. amin.. 

p/s: cinta sampai syurga..

Wednesday, May 29, 2013

Iman Dah 5 Bulan

ASSALAMUALAIKUM

Lama rasanya tak menulis dalam blog ni.. Memang aku dah agak dah.. aku hanya rajin awal-awal je.. lagi-lagi masa dalam pantang... Iman pun dah 5 bulan sekarang..syukur alhamudillah... semakin sihat anak mama.


Iman dah boleh meniarap.. tangan selalu dok hisap jari.. suka betul anak mama ni..

Abang irfan seperti biasa aktif seperti selalu.. Irfan baru leh sebut mama & papa dengan clearnya.. sebelum ni.. susah betul.. umur nak 2 tahun baru leh sebut..:)

 Rambut pun dah panjang abang ni..


# Moga anak-anak ku ini membesar menjadi anak yang soleh...dan boleh jaga mama & papa bila kami tua nanti..:)

Wednesday, February 20, 2013

Kesan Makan Ubat Perancang Noriday

ASSALAMUALAIKUM..

Entry kali ni aku nak story pasal kesan setelah aku makan pil noriday ni.. Tau tak sebelum aku start makan pil ni..punyalah cuak.. macam-macam pikir.. takut pening kepala lah... berat naik lah.. ada effect lainlah.. tapi demi untuk merancang keluarga & memberi ruang untuk badan ni berehat dulu.. makanya.. aku telan jugak ler.. mmg aku makan waktu yang consistent.. pukul 10 malam je aku makan.. Alhamdulillah start dari hari sabtu hari tu.. sampai hari ni ( rabu ) aku lom lupa lagilah makan.. sebabnya aku kunci alarm..:) harapnya berterusan ler..hihi

Apa yang aku perasan perubahan lepas makan pil ni.. aku nya perut jadi cepat lapar.. lagi-lagi waktu malam.. rasanya baru je lepas makan..pastu rasa lapar lagi.. mmg aku set dalam mind.. kalau lapar terus tido & jangan pikir lagi.. sebab bukan apa takut naik berat badan... 

Pening kepala atau rasa nak muntah aku tak der alami pulak..syukurlah.. cuma bab period tu aku tak pasti lagi.. aku makan pil ni pun disaat aku lom datang period lagi lepas abis nifas.. kalau ikutkan pengalaman masa bersalin kan irfan.. aku datang period masa irfan 4 bulan.. 

Aku sajer dok search lagi pasal pil noriday ni.. aku jumpa blog ni ...

yelah nak gak tau simptom-simpton lain kan.. selain dari yang diberitahu oleh doktor yang aku jumpa tempoh ari..

Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.

tu dia.. maklumat ni aku dapat dari blog seperti yang aku nyatakan kat atas... kalau nak tahu pasal implan.. iud.. leh ler baca.. dia ada bgtau kesan-kesan yang akan dialami.. 

# apa yang aku leh wat rumusan.. kesan sampingan untuk setiap kaedah perancangan keluarga ni sbnrnya depends pada badan kita.. x smua org akan mengalami kesan yang sama.. ada setengah org ok.. ada setengah tak.. jadinya kena try & error method.. :) kali ni entry tidak bergambar yek..hihihi

Tuesday, February 19, 2013

First Day Start Kerja setelah 2 Bulan Bercuti

ASSALAMUALAIKUM...

First day kerja setelah 2 bulan bercuti..

Keadaan dirumah sebelum pergi kerja:-

1) semua baju dah siap gosok dengan lebih awal.. untuk mengelakkan tak sempat.

2) kena bangun awal.. sbb nak kemas rumah... nak kena sidai kain lagi... aku bangun pukul 530 pagi.. dah ler tido kejap2 terjaga sbb iman terjaga.. ni lah pengorbanan seorg ibu...:)

3) Nasib iman tak buat perangai dipagi ari.. dia siap teman mama dia bersiap lagi... irfan lak tido ngn papa..:)

4) semua barang tok antar iman dah prepare siap2..:)

5) beg susu pun kena prepare..kang takut terlupa..

keadaan dioffice setelah 2 bulan bercuti..

1) pagi2 sampai ofice dah pi pam susu... :) yelah selalu iman hisap kan.. kali ni.. kena ler pam.. dapat gak lah 3-4 oz.. :)

2) ramai yang kata aku dah kurus.. siap mintak tips.. :) tips nya mstilah sbb breastfeed.. satu lagi kawal gak makan..

3) Datang ofice ari pertama ni dapat lak angpow.. rezeki..rezeki..:)

4) bab kerja mmg dah kelaut aku ni.. tak berapa nak igt.. hihi.. kena recall balik.. perhh..jenuh..huhu

5) pump susu unimom mezzo mmg sgt2 best.. x sakit.. :) suka..suka...:)

layan kan gmbr hasil susu yang dipump dioffice & angpow yang aku dapat..:) 

# Org kat ofice ramai yang kata aku cepat kurus.. sampai ada yang tak perasan aku dah start kerja..hihi.. kurus mmg kurus..tapi kena jaga-jaga gak skrg.. takut lepas makan pil perancang badan naik..:)

Saturday, February 16, 2013

Bila Pulang Ke Kampung Bersama 2 Org Heroku..

ASSALAMUALAIKUM..

Ni cerita masa cuti raya cina tempoh hari.. Untuk pertama kalinya aku & en suami pulang ke kampung bersama 2 org hero kami.. kalau sebelum ni balik dengan irfan & akak ipar aku je.. kali ni dah bertambah lagi sorg..

First thing aku pikir sebelum gerak balik ke kampung.. macam mana lah nak handle 2 org anak aku ni.. kalau sebelum ni.. balik kg irfan tido tepi aku.. alas toto dia..pastu dia tdo cm atas katil.. aku kan pernah citer yang irfan mmg tak dok dalam carseat..huhu..

Bila adik dia dah ada ni.. akak ipar aku lak yang kena riba irfan masa balik kg tempoh hari..paham-paham jelah kan..perjalanan ke kelantan bila cuti raya cina ni.. mmg jem lah.. itu pun nasib baik bertolak malam.. sebabnya kalau malam irfan akan tido sepanjang jalan.. 

cuma kesian akak ipar aku kena riba irfan yang berat tu.. aku & iman dok belakang..iman tdo dalam carseat dia.. tapi biasalah iman bila malam dia payah nak tdo sikit... iman mengamuk sampai ler nak masuk ke bentong.. pastu dia tido..tu pun jenuh nak bg dia tido..sbb iman kan dah biasa berbuai...huhu..

iman tdo kejap je dlm carseat sbbnya dia cm x selesa..yelah pertama kalikan dia naik keta lelama ni..pastu aku letak irfan yang dh besaq tu dlm carseat yang utk baby tu..hihi.. kesian dia..dh ler kaki panjang... tapi lena je dia tdo.. iman lak tdo atas aku jelah...

irfan mmg susah nak tdo kalau bukan ngn mama or papa dia.. walaupun bersempit kat tempat dok belakang.. tapi 2 org anak aku ni lena je tido.. :)



Ni gambar masa pulang dari kelatan ke key ell.. waktu ni kami bertolak pagi.. sbb en suami mengantuk sangat tak larat nak gerak malam..:)

Bila dah bertambah ahli keluarga ni..barang pun makin bertambah ler.. nasib baik buai kami x bawak balik.. sbb mmg dah decide nak beli kat kelantan & letak umah mertua aku.. senang..xyah memenuhkan keta.. huhu..

Nilah gambar barang-barang yang nak angkut balik kampung.. penuh keta..huhu

Baju anak mmg kena kemas banyak sikit.. aku bawak sekali sabun basuh baju baby..sbbnya kena ler basuh baju diaorg..kang x cukup lak untuk tempoh 4 hari dok sana.. tau-taulah kan irfan yang agak lasak tu suka kotorkan baju..iman pulak suka benar 'berak'..hihi.. mana taknya mamanya makan macam2.. dia pun sakit perut ler..:)

Bila dekat kampung pulak..irfan memang tak nak berenggang ngn papa dia.. kenakalan dia tak yah citer lah.. sampai kaki pun termasuk dalam kuah kari..ish2... macam-macam... syukur sangat dapat en suami yang ringan tulang.. en suami mmg jaga irfan je..tidokan irfan..mandikan..buat susu..cuma basuh berak tak lepas..hihi.. aku just handle iman je.. kiranya xderlah penat sgtkan..dah anak 2 ni..mmg kena bertolak ansur  & saling membantu..

Kalau kat kampung.. asal bgn tido irfan ngamuk..so cara nak elokkan mood dia..bawak naik motor ler.. adik juga yang cerdik..tdo aje..hihi

Ni time misi nak sepahkan umah tok nya kat kelate... :D

# Memang aku salute org yang boleh handle anak ramai2 especially yang selang setahun..perhh aku dah sampai surrender tau.. kepala sakit amat.. nak melarang abgnya jgn kaco adik lagi..nak wat kerja.. fuhh... mmg mencabar.. Tapi rezeki Allah s.w.t dah bagikan..jadinya kena di didik anak ni sebaik-baik yang mungkin.. walaupun penat cam mana pun..inilah tanggungjawab seorg ibu..:) Tu sbb syurga dibawah tapak kaki ibu..