perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, February 4, 2012

BILA ANAK MAMA NAK START MAKAN??

Assalamualaikum..

Irfan sekarang dah berumur 5 bulan ++... tepat tarikh 22.2.12..anak mama akan berusia 6 bulan..dah leh makan.. yeayyy..:)

mama yang excited..hihi..Cian anak mama..Skrg ni dok tgk jer org makan.. 


Bulan ni.. mama dah start prepare bekas-bekas tok isi makanan irfan.. :) 



beli cikit-cikit cukup.. pasni kita smbg beli lagi..hihi..


Sebenarnya, bila masa terbaik nak bg baby makan..??? Kalau mak ayah kita dulu ada yang masa umur 3 bulan dh bagi makan.. sbbnya bila baby nangis je diaorg kata baby lapar.. Tak leh salahkan diaorg gak.. Bak kata mak aku..dulu masa ak kecik-kecik doktor tak der tekankan 6 bulan kena bagi makan.. Mak ak pun start bg aku makan masa umur 4 bulan ++..


Tapi sekarang..doktor dah kata.. bg baby makan masa umur 6 bulan.. Anak aku ni kerap benor nangis bila tgk org makan..dia jadi geram.. Mak aku nak bagi makan..tapi ak kata tggu dulu.. En suami pun kata bnda yang sama..


kena tggu 6 bulan.. apa sebab sebenar baby tak leh diberi makan sblm 6 bulan..


Dari sumber ni baru aku paham.. kenapa bayi perlu diberi makan ketika 6 bulan..


1. sistem penghadaman belum matang..


-Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat.


-Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).


Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?


2. Masalah kesihatan jangka panjang


-Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

-Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

3. Masalah dalam penyususan

-Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.

-Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya

Sangat berguna artikel ni.. Aku yang sebelum ni hampir terpengaruh nak bg anak aku makan awal..Akhirnya tersedar lepas en suami nasihatkan & terbaca artikel ni..


Jadinya anggapan seperti:


bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.

- bayi lapar. 

-perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
-bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.

ANGGAPAN DIATAS ADALAH SALAH SAMA SEKALI


p/s: renung-renungkan bersama.. :)