perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

DOA MEMBANYAKKAN SUSU


ASSALAMUALAIKUM..

Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk anak kita nanti. Betapa nikmatnya apabila seorang ibu mampu menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun. Selain daripada berusaha dengan mencari supplement untuk menambahkan susu badan. Kita juga perlu mengingati Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T. Sentiasa memohon doa daripada-NYA agar kita mampu untuk memberi susu kepada anak kita kelak. Berdasarkan ayat al-quran ini “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233. Justeru itu, telah tersurat di dalam al-quran sendiri ada menyatakan bahawa susuilah anak kita sehingga berusia 2 tahun. Setiap kejadian yang dicipta oleh Allah S.W.T pasti ada hikmah yang tersembunyi. Fakta dibawah aku perolehi daripada blog ini 

Menurut penulis blog, di samping memahami dan mengamalkan konsep asas penyusuan (kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari) dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengaan Allah.

  1. Amalkan doa di bawah
“Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
  1. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu  kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya
amalkan surah al-Baqarah ayat 60.  Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga  Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg  cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
  1. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan  subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam  segelas air lalu diminum.
Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.


Berdasarkan fakta daripada website ini ada menyatakan  
Sesungguhnya, Allah itu Maha Besar. Banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. Bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. Anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. Saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, dimana2 tidak kira masa. Anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. Seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti. Ya Allah, mudah-mudahan anak2ku menjadi anak yang solehah serta mendengar kata.

Insyaallah, moga proses penyusuan ini berjalan dengan lancar setelah kelahiran bayi ku kelak. Aku hanya memohon agar Allah S.W.T memberikan anak ku rezeki untuk merasai susu ibu ini. 

Thursday, July 28, 2011

CORETAN BAKAL IBU UNTUK ANAK TERCINTA

ASSALAMUALAIKUM..



kalau tgk pada ticker ada lagi 32 hari untuk mama bertemu dengan baby..
setiap hari mama sukar untuk tido.. 
asal tido mesti mama akan terjaga sebab baby tengah bergerak dengan aktifnya..
mama suka.. kalau baby tak bergerak..mama yang usik-usik baby suruh baby bangun.. 
mama risau kalau baby tak seaktif hari-hari biasa..
pinggang mama dah semakin sakit, sukarnya mama nak bernafas sbb skrg rahim mama dah tggi..
mama tak kisah semua tu, semuanya demi keselesaan anak mama yang sorang ni.. 
mama dah tak boleh tido mengiring sebab nanti mesti baby kick mama kuat sangat.. terkejut mama kadang-kadang..:)
tak perlah mama paham, baby mesti susah nak bergerakkan..
sekarang ni mama kena selalu check gula dalam badan mama.. 
sebabnya untuk mengelakkan sebarang perkara tak diingini pada baby..
demi anak mama, cucuk lah berapa kali pun mama rela..
mama dah tak sabar nak jumpa baby.. 
sakit yang mama alami skrg ni kkdg wat mama menangis.. 
mama selalu pohon pada Allah S.W.T agar bagi mama kekuatan..mulut mama tak lekang dr berzikir bila sakit tu ttba datang..
mama nak jumpa baby.. nak pegang tangan baby.. nak susukan baby..
setiap malam skrg ni, mama selalu cakap kat baby..
kalau nak kuar biarlah waktu ada orang kat sekitar mama..
supaya mudah untuk ke hospital.. 
mama pun selalu igtkan baby.. biar kepala di bawah & kaki diatas..
mama tau..baby anak yang baik.. dengar cakap mama.. :)
selagi ruang dalam perut mama x sempit lagi..
baby pusing lah ye..pastikan kepala dibawah.. :)
sekarang baru mama tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..
moga kita berdua selamat ye baby..
Demi untuk anak mama, rela mama korbankan nyawa untuk baby asal baby dapat melihat dunia ciptaan Allah S.W.T ini..
Jadi anak yang taat pada perintah-NYA, mendengar kata orang tua serta menjadi anak yang soleh..:)
insyaallah tanggal 29/8/11..sekiranya baby tak keluar awal..:)
mama akan jumpa dengan baby ye..

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen

Monday, July 25, 2011

PERTEMUAN KEMBALI DENGAN RAKAN LAMA..

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam pertama kali selepas bergraduasi kitaorg jumpa ngn cik elfira warnis yang kerja kat india nu ha.. :) kiranya cm reunion kecil-kecilan.. yang paling bestnya awek industan kami ni siap belanja lagi..hihii.. patut ler 2 jejaka yg cam kembar nu ha datang join sekali.. sbb makan free ek korg..:D
ketara betul perubahan zaman belajar & zaman kerja.. and yang paling penting aku lah paling berubah sekali sbb dah berbadan dua sekarang.. yang 4 org lagi nu ha on the way nak kawen.. :) cpt ye kawan-kawan follow jejak aku.. :).. gmbr masa tahun 2009 tu masing-masing kerempeng je.. hihi.. skrg smua dh naik cikit2 ye.. fira & ayu aku rasa korg maintain..:D


kami ber 7 lepas makan-makan.. abis kami paw fira betul2.. hihi.. siap cr makanan mahal2 lagi.. ish2.. :D


pi main bowling... aku je tak main.. sbb perut ku dah memboyot.. :)


kami still nampak muda remaja.. cm x dimamah usia pulak...hahah.. perut boyot ku tersembunyi dibalik fira & ayu.. :D


 peace tak leh tinggal..hahaha.. wei kita dah umur 25 tahun yek.. :D


kesengalan cik rohani jamlus yang x lama lagi nak jadi bini orang ni.. excited betul dia ngn perut ak ni ha.. asyik dok pegang je.. ko nak ambik aura ye.. :) anak ak pun ngh dok tido waktu ni.. :D

kami 5 sekawan.. :)

thanx fira... lama tak jumpa ngn awak.. nasib maintain kecil & comey cam dulu..hihihi..cpt2 kawen ye.. :D baby kita nak ada kawan gak..:D..

last but not least is comparison between my old & new photo..:D


lepas bersalin kena berusaha untuk turunkan berat badan cam dalam gambar belah kiri tu..hihii.. :D kena dapatkan galakkan dari en suami.. :D..
 

Saturday, July 23, 2011

KENA CUCUK SENDIRI...


ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk entry aku cam gempak je..hihi.. entry kali ni berkaitan tentang blood sugar profile (BSP) yang aku perlu buat sendiri & citer pasal pendaftaran tok bersalin kat ppum...kalau sebelum ni puas lah aku berulang alik ke klinik smpi 4 kali.. kali ni aku kena buat sndri.. cucuk lah jari ak sendiri.. :D..

18/7/11 aritu, aku & en suami pergi PPUM tok booking bersalin kat situ.. selain pada tu, hari tu gak aku kena checkup kat PPUM.. so bermula dari tarikh tu aku dah tak payah pergi klinik kesihatan.. aku bertolak dari kajang pukul  7 pg & sampai lebih kurang 8 lebih camtu.. appointment aku pukul 8.. sampai-sampai PPUM rupanya klinik ibu mengandung dah berpindah.. betul2 berdekatan dengan menara timur... ada bangunan baru tepi tu.. kena lah pulak berjalan ke sana.. nasib dkt je.. sampai-sampai ambil no & tggu number dipanggil.. bila dah dipanggil, kena serahkan borang tok booking tu pastu bayar duit pendaftaran RM 31.00.. dah selesai tu, kena tggu lagi.. mmg kerja aku menunggu jelah..huhu.. En suami lagilah.. cian dia dh ler kena bangun awal pagi.. Bila dipanggil sekali lagi, kena pi bayar deposit tok bersalin sebanyak RM500.. kalau gov tak yah ler bayor.. bestnyalah.. huhu.. Dah selesai sesi bayar membayar.. kena pulak pergi ke ruangan satu lagi.. kat situ kena check air kencing, timbang berat & ambik tekanan darah.. rutin cm biasa yang ak selalu lalui.. aritu jugak ak kena ambik darah sbb nak test tok HIV and hepatitis.. mak aii serius sakit ambik darah kali ni sbb doktor tu cam susah je nak cari urat aku.. huhu.. bila smuanya dah selesai.. kena pulak jumpa doktor.. doktor yang check ak tu ppuan.. dah masuk bilik doktor dia tanya ler perkara-perkara asas.. nasib ada buku merah.. semua data dalam tu.. :) Doktor check perut aku, dia kata baby kepala dh kebawah cuma tak masuk laluan lagi.. Alhamdulillah.. last sekali before kuar dari bilik doktor, ak diberi appointment tok wat scan pada 15/8/11, kena jumpa pakar pemakanan pada hari rabu 20/7/11 & perlu buat BSP test be4 next appointment.....dah checkup kat ppum buku merah dah tak yah guna lagi.. aku just bawak kad biru yang ppum bagi je.. masa yang aku & en suami abiskan kat situ smpi lebih kurg pukul 11pg.. lama betui.. huhu..

20/07/11 aku pergi jumpa pakar pemakanan dengan akak ipar aku.. En suami dah kembali ke Melaka.. jumpa pakar pemakanan ni lagi lah lama.. Nurse bagi aku penerangan tentang BSP test yang aku perlu buat sndri.. Dia suggestkan aku tok pinjam alat tu & just beli test strips & jarum.. Both barang tu harga dia RM 56.00.. aku rasa berbaloi.. kalau aku pi farmasi or klinik..1 cucuk tu harga dia RM 10.00.. cuba bayangkan kena wat 4 hari.. tak ke 16 x RM10... wahhh mahal2 tu..  kat bawah ni aku tunjuk alat yang diberi pinjam oleh pihak PPUM.. lepas bersalin baru pulangkan.. :D

Alatan Untuk BSP Test

 Dah alat ni ada pada aku, makanya aku leh pilih hari apa-apa tok wat test ni tanpa perlu mintak cuti lagi.. :) cuma yang cuak tu kena cucuk sendiri.. aritu masa kat PPUM, dok try alat tu ngn nurse punyalah terkejut dibuatnya.. selalunya org yang wat kan..kali ni diri sendiri yang buat.. before appointment aku 5/8/11 ni, aku kena buat 3 hari test ni.. Pastu kena listkan makanan yang aku makan sebelum ak buat BSP test ni.. fuhh leh tahan skema lah jugak.. tapi bagus gak ak leh tahu makanan apa yang menaikkan gula dalam badan aku.. PPUM sangat bagus sbb dia tol-tol akan kawal pemakanan kita, lagi-lagi tok ibu GDM cam aku ni sbb nak elakkan komplikasi yang tak dingini masa bersalin nanti.. lagipun dh tak lama tok aku bersalin.. :) aritu aku balik lebih kurang pukul 11 lbh & parking kena smpi 5 hinggit.. apakan daya dh lama dok situ.. 

Friday, July 22, 2011

KEBAIKAN SUSU IBU

ASSALAMUALAIKUM...

Sekarang ni aku tengah dalam misi memperbanyakkan ilmu tentang susu ibu.. Insyaallah, aku memang berniat dari awal untuk bagi anak aku susu ibu sahaja.. Moga Allah S.W.T mempermudahkan proses penyusuan itu nanti.. Daripada pencarian aku di google.. ada banyak website & blogger yang sangat menyokong pemberian susu ibu kepada bayi.. 

 Mengikut website kekalsihat ni, Susu ibu diketahui keistimewaan dan kelebihannya. Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak. Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Mengikut website ini, kebaikan susu adalah seperti yang disenaraikan dibawah.

*Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

*Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

*Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

*Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yan gmerangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

*Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

*Stabilkan pertumbuhan endometriosis

Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

*Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

*Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

*Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima. 

 Banyak rupanya kebaikan susu ibu ni.. makanya chayok nurulziana.. anda pasti boleh.. igt kena selalu berfikiran positif & jangan cpt give up.. igt pesan org-org yang lebih dulu makan garam dari ko.. diaorg kata mula-mula mmg susu sikit je kuar..kkdg seminggu baru keluar.. so jangan cpt putus asa ok.. :) next entry nak share tentang doa memperbanyakkan susu.. apa yang penting igt pada Allah s.w.t sbb DIA yang akan bantu kita..

Wednesday, July 13, 2011

ROMPERS YANG CUTE DAH SAMPAI.. :)

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam baru received rompers baby yang aku order dekat sini. Sekarang ni pantang bukak website baju-baju baby, aku teruja je nak tekan order..:D patut ler duit cpt abis..hihi.. tak perlah demi anakanda tercinta ini, mama sanggup tak shopping barang mama.. papa lagi cian.. asyik beli barang baby sampai barang sndri pun lupa beli.. :)
5 HELAI ROMPERS YANG CUTE.. :)
NI BARANG YANG DIORDER SIAP DAPAT GIFT LAGI..
SUMBER DARI mamayayazone WEBSITE
 Baju kat atas ni pun aku sangat teruja nak beli.. tapi tggu dulu lah.. kalau buy online dalam pantang pun leh wat..hihi.. yg pntg dlm bank ada duit.. :D Banyak benor ler anak aku ni fashion baju jenis rompers.. nak wat cm ner.. mama suka sbb cute sangat.. :) Kalau nak beli baju-baju baby or apa-apalah barang tok baby leh gi website ni.. Selamat bershopping lah ye.. :)

Tuesday, July 12, 2011

KELEBIHAN MAKAN NEUROGAIN & KURMA UNTUK IBU HAMIL.

ASSALAMUALAIKUM..

SOURCE: GOOGLE
KELEBIHAN MAKAN NEUROGAIN

Neurogain  adalah salah satu daripada supplement yang leh dimakan oleh ibu hamil. Selain dari obimin & acid folic.. aku baru tau pasal neurogain ni..huhu.. kandungn pun dh nak masuk 8 bulan.. tapi ada orang kata.. leh makan masa trimester terakhir ni.. wpun aku rasa ak dh terlewat..hihi.. Mengikut komen-komen yang aku dapat daripada ibu-ibu mengandung kat forum susu ibu itu, ada yang kata 4 bulan mengandung & ke atas disyorkan makan neurogain ni hingga lah semasa baby menyusu. Neurogain ni adalah sejenis minyak ikan.. banyak doctor yang syorkan makan neurogain ni. Kelebihan yang diperoleh dari supplement ini adalah untuk merangsang perkembangan otak baby. Berdasarkan source dari sini, pada akhir minggu ketiga kehamilan merupakan waktu yang tepat untuk memulai mengkonsumsi minyak ikan, karena laju pertumbuhan otak manusia mulai terjadi saat itu, hingga beberapa bulan pertama setelah bayi dilahirkan. Penelitian lain menyimpulkan bahwa Cod liver oil yang dikonsumsi selama kehamilan dapat meningkatkan berat lahir dan menekan risiko bayi mengalami diabetes type 1."

Fakta dibawah ni diperoleh daripada website ini 

Scientifically Formulated For Pregnant and Breast-feeding Women

Both Ω=3, Ω=6 Essential Fatty Acids (EFAs) are essential but the body requires them in a ratio that is not normally achieved by the typical diet of today's industrialized nations. They must be consumed regularly as the body has limited storage for them.

Pregnancy - in the last three months of pregnancy, it is important that the mother-to-be has an ample supply of the omega-3 fatty acids. Around 70 percent of all the cells that made up the adult brain are formed during this period. The omega-3 DHA central to this process reaches the fetus from the mother via the placenta.

If there is insufficient DHA for the baby, fetal development may be impaired resulting in lower IQ and poor visual acuity.

What is NeuroGain® PB Vegicaps®* ?

Neurogain® PB is a natural, customized, standardized, refined purified, high quality formulation of conditionally Essential Fatty Acids for Pregnant and Breast-feeding women. Now available in vegetable capsules made in Germany, Neurogain® PB is DHA high, EPA low with AA and OA to help Pregnant and Breast-feeding women meet important pre and peri natal nutritional requirements in essential fatty acids. Neurogain® PB is scientifically formulated in line with international recommendations for essential fatty acids supplementation early in life.

Why a vegetable capsule ?

Unlike capsules from beef or pork materials, vegetable capsules (Vegicaps® Soft)* have a multicultural appeal while showing proven chemical and physical stability with low odor, taste and aftertaste.

Who needs NeuroGain® PB ?

Pregnant and Breast-feeding women
Pregnant women with a history of low birth weight babies, pre-term births
Frequent, multiple pregnancies
Pregnant women allergic to fish and eggs
Poor, unbalanced maternal diet


When is the best time to take NeuroGain® PB ?

At meal time for better absorption and compliance. When eating, the fats in the meal will improve the absorption of Neurogain® PB essential fatty acids like DHA in the body.

Is it safe to use NeuroGain® PB ?

Yes, NeuroGain® PB is a natural DHA supplement of EFAs. The EPA level is low in line with WHO and ISSFAL recommendations for DHA supplementation at an early stage of life. NeuroGain® PB is not a drug.

Why is NeuroGain® PB free of Evening Primrose Oil (EPO) ?

EPO, Borage oil, and possibly other substances containing GLA, should not be used during pregnancy because they may be harmful to the fetus and induce labor

SOURCE: GOOGLE

KELEBIHAN MAKAN KURMA

Aku memang suka sangat makan kurma. Jadinya, ketika hamil ni memang digalakkan lah sangat untuk makan kurma ni. Selalunya aku makan 3 kali sehari.. kelebihan kurma ni aku peroleh daripada sini.
Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-
1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Petikan daripada set bersalin.

Thursday, July 7, 2011

TANDA-TANDA NAK BERSALIN..

ASSALAMUALAIKUM..

Tak lama lagi dah aku akan alami tanda-tanda untuk bersalin ni.. disebabkan ni anak pertama aku.. jadinya ak tak der experience tok smua ni.. bila share ngn kawan-kawan yang dh selamat melahirkan baby.. ada yang kata bila kontraksi setiap 5 minit, turun lendir yang berdarah.. dok search kat pakcik google aku jumpa info dari portal alam hamil & Blog ibu hamil

Kalau diikutkan setiap ibu mengandung akan mengalami tanda-tanda bersalin yang berbeza.. tapi mungkin ada tanda-tanda kat bawah ni ada  yang kita alami..

Bayi Turun Ke Bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.



MOGA SEGALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR.. HARAP SANGAT AKU PERASAN TANDA-TANDA NI NANTI.. BAK KATA MY MUM.. TURUN DARAH JE..TERUS PI HOSPITAL.. KALAU X SAKIT PUN... BILA DH SMPI DUE..PI GAK OSPITAL..

Wednesday, July 6, 2011

BEG BABY - DONE...

ASSALAMUALAIKUM...

Beg baby dah siap di kemas.. wahh excited sungguh aku..hihi.. sebenarnya utk mengelakkan banyak barang tertinggal.. cuma ada 1 je lagi x letak dalam beg baby tu.. botol susu.. sebabnya.. tak basuh lagi.. hope yang satu ni tak terlupa..
*4 x baby's cloth (2 pasang lengan pendek, 2 pasang lengan panjang)

*2 x receiving blanket

*1 x baby towel

*1 x baby hat

*2 x mittens & booties

*3 x barut baby

*2 x washcloth @ sapu tangan kecik

*2 x nappies

*6 x diapers

*4 x plastik bag (untuk isi uri & baju kotor)

*Baby wipes

*Baby wash, baby lotion & baby powder, baby oil (travel set)

*1 x Feeding Bottle  (125ml/4oz )

*1 x Minyak Telon/Minyak Yuyi 

tu dia.. tinggal 2 barang je tak letak lagi.. plastik bag tu letak dalam bag mama lah.. :)



BARANG-BARANG DALAM BEG BABY.

PAKAIAN BABY SELEBIHNYA LETAK DALAM KOTAK DULU SENANG NAK ANGKUT KE UMAH MY MOM.. :)
Beg mama on the way.. kain batik tak cukup kena pinjam ngn my mum.. :) slipper toilet yang senang sarung x beli lagi, sandal yang leh pakai ngn stokin pun lom beli lagi.. tak perlah barang baby didahulukan.. :) 

MISI MEMBASUH PAKAIAN BABY..

ASSALAMUALAIKUM

Akhirnya setelah sekian lama aku dok simpan baju baby dekat dalam almari, semalam baru beria nak basuh smua baju-baju tu.. :) Bukan baju je kena basuh.. tuala, receiving blanket, barut baby, comforter, &  sapu tangan pun kena basuh gak. Semalam mula-mula ingat nak basuh pakai tangan kesemua barang-barang baby tu.. sekali tak larat nak duduk.. pinggang dok sakit je..huhu.. akhirnya aku guna mesin basuh melainkan baju-baju baby, sarung tangan, sarung kaki & topi dia.. 

GAMBAR BAJU YANG SEDANG DIBASUH & COMFORTER YANG NAK DIBASUH PAKAI MESIN.. SABUN BABY NI SANGAT WANGI.. MAU BELI LAGI NANTI..HIHI
Disebabkan aku basuh time malam.. makanya waktu pagi baru leh jemur.. bak kata akak ipar aku..cian baju baby berembun kalau sidai malam2 kat luar.. Jadinya sebelum pi kerja, dengan semangat nya ak sidai smua pakaian baby tu.. hihihi.. confirm jiran sebelah rumah pelik semenjak bila pulak ak dh beranak..:) yg penting ak kena bereskan smua pakaian-pakaian baby ni sementara masih larat.. :)

TERUJA TGK BAJU BABY YANG DH SIAP DIBASUH..:)
GAMBAR LAGI..:)

Tuesday, July 5, 2011

AIR KELAPA UNTUK IBU HAMIL.

ASSALAMUALAIKUM..

Akhirnya bila kandungan dah masuk trimester ke 3 aku dah start minum air kelapa.. :) sebenarnya baru dua kali je minum.. Aku mula minum masa kat melaka aritu.. mula-mula rasa bedebar-debarnya nak minum.. tapi bila ingatkan apa yang mak aku cakap.. dengan semangatnya abiskan.. Ni mengikut kata mak aku.. kalau minum air kelapa nanti licin je nak bersalin nanti.. kiranya mudah ler.. tapi semua itu kekuasaan tuhan.. kita hanya berusaha je untuk memudahkan proses tu.. :) 

BUAH KELAPA MUDA.. SUMBER: GOOGLE.
Menurut fakta yang aku jumpa dari sini  kalau kita rajin minum air kelapa muda– terutama di trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.

Air kelapa muda memang mengandungi berbagai zat yang bermanfaat bagi ibu hamil. Zat-zat itulah yang barangkali secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sehat sebagaimana disebutkan dalam saran tradisional itu.

KANDUNGAN ZAT DALAM AIR KELAPA MUDA

1. Elektrolit Alami

Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.
Ibu hamil membutuhkan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan prematur.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Antipenyakit

Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

Itu dia fakta yang aku jumpa dalam tenet ini.. Makanya untuk ibu-ibu hamil mulakan minum air kelapa muda ni bila dah masuk trimester 3 ye.. jangan pulak awal2 takut nanti kandungan gugur pulak..
air kelapa tu kena kelapa muda tau.. aku baru 2 kali minum..hasilnya mestilah nampak lepas bersalin kan.. hihi.. skrg ni..baby yang aktif ni lagi bertambah aktif bila dapat minum air kelapa.. suka tol dia.. :) Papa pun dh tersenyum-senyum dah bila rasa baby tendang kuat.. Nanti nak beli air kelapa lagi.. :D

Saturday, July 2, 2011

MELAWAT RAKAN KU YANG BARU LEPAS BERSALIN.

ASSALAMUALAIKUM..

Waktu lunch tadi ak berempat pergi rumah rakan seofice kitaorg mek ida ni..hihi tok melawat dia & babynya yang baru lepas bersalin.. sebenarnya nak pergi minggu lepas..tapi biasalah gaji tak masuk lagi..makanya minggu ni baru leh melawat.. biarlah gambar je yang berbicara ek.. :)



HADIAH YANG UNTIE-UNTIE NI BELI.. :)


MARI MAKAN DULU - NI SEBELUM PI UMAH IDA..




UNTIE-UNTIE YANG COMEY.. :) MAKAN JANGAN TAK MAKAN..


ALA COMEYNYA DIA ISAP SUSU..

BABY NANGIS TADI NAK SUSU.. :)


 BABY COAT YANG COMEY.. :)



BABY NGN PUTINGNYA..

COMEYNYA DIA TIDO



KHALISH BERSAMA IBUNYA, CT & KAK NAZA..

SUKANYA KAMI DAPAT JUMPA BABY..:)
APALAH YANG SEMNAGAT SANGAT AKU DENGAR TU..

ANI KENAPA ANDA SEDIH..HIHI..

CT TERUJA DENGAR IDA BERCERITA.. :)
 CUTE SANGAT
 CALON-CALON IBU MITHALI..:)
MERAH MUKA BABY KHALISH YANG PUTIH NI.. :)


GAMBAR NI SEBAB KAMI SMUA TAK DER KUNCI NAK MASUK OFICE..HIHI.. XLEH TAHAN SEMPAT LAGI POSING.. :D

Lepas ni bila khalish dah umur sebulan kami nak pi lawat lagi.. sebab nak tengok dia bukak mata.. serius.. aku pun tak sabar nak pegang baby dalam perut ni.. :) tak sangka rakan seangkatan kat ofice aku ni.. walaupun kecil & comey tapi dh ada baby.. "sabar zie tak lama dah.. :)" 

P/S : cerita ini dikhaskan untuk cik dayah sebab anda jauh diperantauan & tak dapat bersama ngn kami untuk memeriahkan suasana di rumah ida.. :)