perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

DOA MEMBANYAKKAN SUSU


ASSALAMUALAIKUM..

Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk anak kita nanti. Betapa nikmatnya apabila seorang ibu mampu menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun. Selain daripada berusaha dengan mencari supplement untuk menambahkan susu badan. Kita juga perlu mengingati Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T. Sentiasa memohon doa daripada-NYA agar kita mampu untuk memberi susu kepada anak kita kelak. Berdasarkan ayat al-quran ini “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233. Justeru itu, telah tersurat di dalam al-quran sendiri ada menyatakan bahawa susuilah anak kita sehingga berusia 2 tahun. Setiap kejadian yang dicipta oleh Allah S.W.T pasti ada hikmah yang tersembunyi. Fakta dibawah aku perolehi daripada blog ini 

Menurut penulis blog, di samping memahami dan mengamalkan konsep asas penyusuan (kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari) dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengaan Allah.

  1. Amalkan doa di bawah
“Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
  1. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu  kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya
amalkan surah al-Baqarah ayat 60.  Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga  Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg  cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
  1. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan  subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam  segelas air lalu diminum.
Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.


Berdasarkan fakta daripada website ini ada menyatakan  
Sesungguhnya, Allah itu Maha Besar. Banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. Bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. Anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. Saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, dimana2 tidak kira masa. Anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. Seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti. Ya Allah, mudah-mudahan anak2ku menjadi anak yang solehah serta mendengar kata.

Insyaallah, moga proses penyusuan ini berjalan dengan lancar setelah kelahiran bayi ku kelak. Aku hanya memohon agar Allah S.W.T memberikan anak ku rezeki untuk merasai susu ibu ini. 

2 comments:

  1. hai salam perkenalan....
    sama la usia perkahwinan kita he..he...

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan tok awak jugak..:) yeke.. samalah pulak ye..:)

    ReplyDelete