perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, July 2, 2011

HOSPITAL BERSALIN PILIHANKU..

 ASSLAMUALAIKUM..

Alhamdulillah sekarang kandungan aku dah masuk 31 minggu... Kalau selama ni aku pergi checkup dekat klinik kesihatan & KPMC.. sekarang tiba masa untuk menyerah diri ke hospital tempat aku betul-betul nak bersalin. Kenapa aku pilih PPUM sebabnya kat sinilah mak aku lahirkan anak-anak dia.. kecuali akulah sebab aku lahir kat kelantan. :D


NI DIA PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.. KALAU LALU FEDERAL HIGHWAY LEH NAMPAK .. :) 
SUMBER: GOOGLE.

Mesti sesetengah orang akan bertanya, kenapa tak pergi hospital swasta..kan lagi selesa.. fuhh.. sapa tak mau pi swasta.. en suami aritu pun ada suggestkan pergi bersalin kat KPMC tu.. Aku cakap kat dia, kalau normal insyaallah lah kita boleh bayar.. tapi kalau c-ser jenuh ler nak cekau duit sampai RM 5000 - Rm6000.. Bukan masalah tak mampu cuma terasa membazir. Lagipun kami kan baru nak mula hidup.. "Tak apa abg, ayg kuat untuk bersalin kat PPUM tu asal abg selalu support ayg"... "Next baby, baru swasta ek..hihi" 

Prosedur-prosedur untuk ke PPUM

  • Kena pergi buat appointment dulu - Cam aku aritu, aku apply cuti 1 hari pergi untuk booking. Masa ak haritu, nurse mintak buku merah aku & IC. Pastu dia suh isi form, bila dah isi dia akan bagi tarikh tuk datang checkup kat situ. 

  • Bawak suami sekali atau kalau suami jauh bawak fotostat ic dia. - Cam aku aritu, suami dok jauh.. aku lak lupa bawak IC..makanya proses tok pendaftaran tak leh dibayar aritu.. Kalau tak selesai dah.

  • Pada tarikh yang ditetapkan untuk appointment seterusnya tu kena bawak:-
    * Surat Jaminan daripada majikan atau suami - (ni untuk   kakitangan kerajaan atau badan berkanun & syarikat swasta yang berdaftar dengan PPUM

* Bawak wang pendaftara - kalau pakar (RM41.00)
kalau bukan pakar (RM31.00)
apa beza pakar & bukan pakar aku pun tak pasti..hihi nanti aku tnya nurse tu balik.. ;)


* wang pendahuluan - RM 500 untuk warganegara, bukan warganegara RM 1000 & Kerajaan (Percuma)


* Kad pengenalan suami ( Asal / salinan)


*Kad kedatangan hospital sekiranya ada (mak aku kata yang aku punya dah hilang..)


*Specimen air kencing terbaru (fresh) untuk pemeriksaan


* surat rujukan doktor dan laporan ultrasound (jika ada). (bawak kad merah je..tu yg nurse bagitau kat aku)



KALAU ADA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH LAH COL 03-79492738.  


 Akunya appointment mula-mula 21/7/11 tapi disebabkan aku nak cepat dirujuk ke hospital makanya aku ubah appointment ke 18/7/11.



NI BORANG BOOKING TU.. KENA ISI & NANTI MASA APPOINTMENT KENA BAWAK BAGI KAT KAUNTER PENDAFTARA.

APA-APAPUN.. MOGA SEMUANYA SELAMAT.. AMIN. 

No comments:

Post a Comment