ASSALAMUALAIKUM..
Tak lama lagi dah aku akan alami tanda-tanda untuk bersalin ni.. disebabkan ni anak pertama aku.. jadinya ak tak der experience tok smua ni.. bila share ngn kawan-kawan yang dh selamat melahirkan baby.. ada yang kata bila kontraksi setiap 5 minit, turun lendir yang berdarah.. dok search kat pakcik google aku jumpa info dari portal alam hamil & Blog ibu hamil
Kalau diikutkan setiap ibu mengandung akan mengalami tanda-tanda bersalin yang berbeza.. tapi mungkin ada tanda-tanda kat bawah ni ada yang kita alami..
Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
MOGA SEGALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR.. HARAP SANGAT AKU PERASAN TANDA-TANDA NI NANTI.. BAK KATA MY MUM.. TURUN DARAH JE..TERUS PI HOSPITAL.. KALAU X SAKIT PUN... BILA DH SMPI DUE..PI GAK OSPITAL..
No comments:
Post a Comment