perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, January 28, 2012

AIR LONGAN KERING ..MILK BOOSTER KU..

ASSALAMUALAIKUM..

Aku baru start minum air longan kering ni.. :) Alhamdulillah.. cik N mmg terasa penuh lepas minum air longan ni.. smpi sakit diwatnya..

Pepepun..depends pada keserasian para ibu gak.. yang pntg kena byk gak minum air.. kerap pam.. kalau x pam..kerap df baby.. selain tu diselangi dgn doa.. :)



ni ler air longannya + kurma merah.. awal-awal dulu terasa pelik minumnya.. skrg dh ok.. :)




tu dia longan kering & kurma merah.. kurma merah nak menyedapkan lagi..:)


Based on akak ofice ku.. dia suh masak ngn api kecik selama 30 minit..


aku minum lepas dh suam-suam sikit.. :)


Akan diteruskan minum air longan ni lagi.. try lah yek..

Friday, January 20, 2012

MAJALAH PA & MA FEBRUARI & EKSPO BABY..:)


ASSALAMUALAIKUM..


Mari-mari beli majalah Pa & Ma edisi Februari.. Macam-macam ado...:D


Inilah yang ditunggu-tunggu oleh para ibu & bakal-bakal ibu..hihihi.. 

JOM SERBUUUU.. :) Semangat terlebih pulak..Dah ler bulan tigo..lambat lagi ha..  kanng tak pasal2.. en suami kata jangan pi baru tau..hihi..




Wednesday, January 18, 2012

MILK BOOSTER.. PERLU KE?

ASSALAMUALAIKUM...

Kita selalu dengar para ibu terutama yang bf baby mereka mesti dok cakap pasal milk booster.. 
perlu ke milk booster ni.. keperluan atau kehendak..? wahh agak skema pulak ayat aku..hihi..

kalau bagi aku.. satu keperluan.. tapi perlu selalu igt.. tentang konsep asas penyusuan.. ni pandangan aku lah..dekat entry ni ak ada gak citer pasal susu ibu ni.. sebenarnya.. Susu aku tak semeriah mana.. semenjak join KIM kat fb ni aku jadi semangat.. Sebenarnya aku bukan mommies yang full bf.. Ak tetap campur fm..

Tapi aku sedang berusaha untuk mengurangkan penggunaan fm.. makanya.. aku berusaha mencari milk booster yang sesuai dengan aku..
shaklee merupakan supplemet pertama a.k.a milk booster yang famous yang sedang ak gunakan sekarang..


kenapa aku pilih shaklee..?? sebabnya aku memang bercadang nak ambik vitamin tok kesihatan.. makanya.. daripada rujukan-rujukan yang aku cari kat tenet banyak mengatakan shaklee sangat sesuai tok ibu menyusu.. selain tok kesihatan.. ianya boleh menambahkan susu badan.. pil alfafa tulah yang merupakan milk booster..

Tapi harus diingat para ibu.. kalau kita makan supplemet ni tapi tak minum air banyak (sekurang-kurangnya 3L sehari), tak kerep kosongkan breast & tak memohon doa kepada-NYA.. Jadinya.. jangan disalahkan supplement yang digunakan..

aku sebenarnya mengingatkan diri aku gak..aku ni kkdg lupa gak minum air byk2.. pam pun pernah terskip.. jadinya aku bersyukur dgn kuantiti susu yang aku dapat.. ak berharap moga ianya smkin bertambh..tapi kena usaha.. :)
trial pack shaklee ni aku beli dekat kak elma.. harga di RM 70 ringgit.. nak beli yang full set tak mampu..huhu.. Jadinya setiap bulan ak spend RM 70 ringgit..:)


hasil mengepam col 10 tadi.. Alhamdulillah.. rezeki tok irfan.. walaupun lenguh tangan mama..:)

satu lagi milk booster yang sangat familiar dikalangan ibu menyusu.. longan & kurma merah
ni dia longan & kurma merah.. aku kirim kat kak kerul... dia pun ngh usaha tok menambahkan susu badan..:) kak kerul beli kat kedai cina.. ni lom try lagi.. hari ni baru dapat..hihi.. byk baca komen-komen ibu-ibu bf ni diaorg kata mmg longan ni menjadi milk booster nya.. pepehalpun tgk lah ye sesuai ke tak ngn aku..:)

aku pernah terbaca dekat kelab ibu mengandung.. ada yang mengatakan.. bila sesuatu yang kita makan tu leh wat kita hepi sangat makanya susu akan mengalir dengan byk..

logik gakkan..contoh ler minum milo... ari-ari minum milo.. hepi je rasa.. tenang sesangat.. so secara tak langsung susu pun meriah.. ada gakkan org kata milo leh tambah susu..

rumusan yang leh dibuat.. milk booster ni ikut org gak.. kalau tak serasi makanya tak leh wat apa gakkan.. so apa yang penting kena selalu igt.. susu kita ni perlu ada permintaan.. semakin banyak permintaan.. semakin banyak lah susu akan keluar..

kerapkanlah direct bf anak kita.. sbb hisapan bayi lah yang paling terbaik yang boleh merangsang pengeluaran susu.. :)

Moga Allah S.W.T akan memberi rezeki susu ibu ini buat anak ku sehingga dia berusia 2 tahun.. amin..

nak tempek gambar anakanda tersayang ni..:)



Tuesday, January 17, 2012

spectra 3 ku rosak.. :(

Assalamualaikum..

Kesedihan sedang melanda diri ini.. huhu.. semalam hari yang paling menggeramkan aku.. 

sebabnya.. akunya breast pump rosak.. suction dia takleh berfungsi.. napa jadi begitu.. huhu.. mula-mula ok.. pastu ko.. sabor jelah.. dh ler waktu tu cik N ni dah sakit.. 
Memang mengspoilkan mood betul... sampai ke pagi ni.. mulut ni asyik dok kata geram je..hihi.. smpi en Hubby pun perasan.. 

en hubby kata.. nanti col tmpt services..:) dia tau isterinya ni suka benor merungut..
k back to the topic.. selalu out of topic ak ni.. :) tadi baru ak pas telephone Histopoint (M) Sdn Bhd.. aku ckp ler akunya s3 bermasalah.. ak pun citer ler kat dia.. than org histopoint ni pun kata.. maybe awknya membran ada masalah..


yang no 1 tu kita panggil membran.. kecik je bndanya.. yang no 2 tu valve. so bak kata org histopoint tu.. maybe suction tu x berfungsi membran tu x melekat ke valve masa elektrik di alirkan.. 

pump aknya masalah lagi.. ak & hubby ak try rasa kat valve yg dkt motor tu.. x der gak sbrng pressure.. so org tu kata.. datang ler ke tmpt diaorg bawak breastpump aku & smua accessories..
histopoint bukak hari isnin smpi jumaat.. col 9.00 pg hingga 6ptg.. sabtu ahad tutup.. alamat dia dkt 41, jalan ss18/6 subang jaya
47500 pj.. esok en suami kata dia tlg hntr kan.. :)

nak dijadikan citer..bila pump rosak.. ak perlu pump baru.. jadinya.. aku pi kat twin baby balakong.. ak beli breastpump kat situ.. sbnrnya aku nak beli Unimom Mezzo's nya pump.. tapi tah cm ner ak leh terpengaruh ngn org kedai tu.. dia suh beli yang brang ngvi.. pernah ke dgr??.. ak pun xpernah dgr.. org kedai tu kata.. pump tu suction dia sebijik cm avent manual punya.. ak apa lagi..dgr cm avent terus grab... harga rm 89.90.. kalau unimom mezzo's rm 118.90.. avent x mampu beli..

sebabnya akukan dh ada s3.. :) jgn beli mahal2..


tu dia pampnya.. :D serius ak tak pernah nampak brand ni.. tapi hasilnya memberangsangkan walaupun berpeluh2 aku pamp..hihi


hasil ni tak sama cm ak guna s3.. kalau s3 3 oz je kot dpt.. sbbnya pakai manual ak pakai kudrat ak..


source: twinsbaby


kat atas ni lah breastpump yang ak beli tu.. ak search jenama dia.. mmg x der yang penah wat testimoni nya kat blog.. pump ni from china.. 
kat twinsbaby ni jelah ada jual kot.. tak perlah asal susu ak tak bengkak sementara nak tunggu s3 aku di services..:)

pengajaran yang dapat dibuat.. walaupun dh ada bp elektrik..perlu gk cr bp manual.. supaya kalau urgent kes cm ak..xderlah jenuh nak mencari..:) beli yang biasa2 tapi sedap dipakai pun ok.. kalau leh borrow another bp kat tmpt yang kita services ok gak.. sep duit x yah pi beli..:D

Sunday, January 15, 2012

TIKAR EVAMATIC UPIN & IPIN.. MAU BELI LER..

Assalamualaikum..

 Anakanda kesayangan aku ni..suka benorrr ler dengan citer upin ipin.. 

umur baru 4 bulan ++.. dh reti tgk citer..hihi.. siap gelak mengekek lagi.. 
yang tak leh tahan.. upin & ipin x wat lawak pun.. tapi irfan suka sgt.. agaknya sbb kepala dia botak cm upin & ipin kot..hihi

kalau dia nangis bagi ler dia tgk citer upin & ipin takpun pororo the penguin..
anak mama ni tomei betull.. :) siap lompat2 lagi.. Tikar evamatic ni sbnrnya aku baru tau.. entah apa yang ak search..ttba aku jumpa ler tikar ni.. aritu jumpa kat blog.. harga dekat RM 60..

Pastu aku try cari kat FB.. terjumpa lah tikar ni yang harga nya RM 42 include postage.. murah..murah.. :) 
source: DQ Evamatic

Tunggu gaji ler baru beli..hihi.. harap ler sgt bila beli tikar ni..irfan leh duduk bawah.. & meniarap kat atas ni.. hihi.. anak mama kan suka upin & ipin..

 irfan ngh tgk pororo...:)

PENGGUNAAN WALKER.. OK KE?

Assalamualaikum...

Lama dah aku tak bersiaran.. apakan daya.. masa mencemburui tok mengarang kat blog ni.. Kali ni nak share pasal walker..

Aku baru je beli walker semalam kat JJ balakong.. tengah sale..so perlu rembat cepat..:) walker sweet cheery tu supposed harga dia 179.00.. tapi leh dapat.. 119.00.. berbaloikan..:)


ni dia walker yg kami beli..:)

kenapa aku nak pakai walker.. sebabnya anak aku tak suka duduk bawah.. playpen yang beli tempoh hari tupun dok sat je.. 

irfan dh umur 4months ++.. 22/1/12 ni umur dia akan jadi 5 bulan.. anak mama dh boleh meniarap.. cuma x sekerap mana.. 

anak mama dh niarap..:)


ok, back to the topic.. ok ke pakai walker ni..? ak try search kat pakcik google ni pasal umur yang sesuai untuk baby gunakan walker.. ada yang kata bila baby dh umur 5 bulan.. bila baby dh boleh duduk.. ada jugak yang kata depends on physical badan baby tu sndri.. 


anak ak suka sangat main lompat2 kalau org pegang dia.. dia tak suka dok bawah.. bila dok atas org..dia nak berdiri..mmg sahih2 lenguh kalau pegang dia..


smlm lepas beli walker tu, aku n en suami try letak dlm walker tu..mmg dia suka sgt2.. cuma umur dia masih tak sesuai lagi..takut lak effect kat pinggang dia..


Ada gak aku jumpa blog yang bukak topik pasal bahayakah baby walker.. ak baca kat sini.. 

kat blog ni ada bg tau cara pemilihan baby walker.. meh ak listkan kat bawah ni..

1.Baby walker harus cukup lebar sehingga tidak dapat masuk melalui pintu standard.

2.Pilihlah baby walker yang ada roda berkunci. Ciri-ciri seperti ini menghentikan walker dari bergerak jika anak anda berada dipermukaan yang tidak rata.Baby Walker mudah terbalik ketika roda tersangkut.

3.Baca buku panduan yang telah disediakan. Pastikan berat badan dan usia yang sesuai untuk baby walker tersebut.

4.Pilih baby walker yang boleh diubah suai dengan ketinggian bayi anda untuk sekarang dan juga sesuai untuk digunakan untuk beberapa bulan yang akan datang.Juga, pastikan kerusi walker tidak terlalu tinggi untuk bayi, kerana jika kaki bayi tidak dapat menyentuh lantai, ini boleh meletakkan tekanan pada daerah selangkangan bayi.

5.Beli baby walker yang ada tempat untuk meletakan makanan,minuman dan juga tempat untuk meletakan mainan untuk bayi anda. ada juga sesetengah baby walker dilengkapi dengan beg kecil atau tempat di sisi untuk memegang dan menyimpan mainan.

6.Pastikan baby walker yang dibeli selamat untuk digunakan dan memenuhi standard keselamatan.

7.Pastikan bahawa walker bayi dalam keadaan baik dengan memeriksa jika ada bahagian yang longgar atau rosak.

8.Hendaklah mempunyai penutup pelindung di atas semua skru logam atau engsel. Hal ini untuk mencegah anak anda dari luka atau tersepit jarinya.

ada gak diberi tahu tentang perkara-perkara yang patut dielakkan..

PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN.

1.Elakkan membiarkan bayi menggunakan walker di tingkat atas rumah.Jika digunakan di luar bilik, elakkan dari tempat yang tidak rata dan dekat dengan kolam renang.

2.Jangan biarkan kabel elektrik bergantung terutama di kawasan laluan bayi.Ini untuk mengurangkan risiko bayi menarik barang-barang seperti lampu dan mengakibatkan kecederaan kepala.

3.Pintu keselamatan anak.Pastikan pintu keselamatan ditutup dengan betul dan mampu melawan tolakkan dari baby walker.Berguna untuk menyekat bayi pergi kekawasan yang tidak sepatutnya dan menyenangkan anda untuk mengawasinya. Ini meminimumkan kemungkinan bayi hilang dari pandangan anda.

4.Bayi tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan walker dikawasan dapur - terutama ketika oven sedang digunakan.

5.Memberikan pengawasan yang tepat. Orang tua harus mengelakkan gangguan seperti menonton televisyen, membaca,atau terlibat dalam perbualan telefon semasa bayi di baby walker.

6.Juga, berhenti menggunakan baby walker selepas bayi anda sudah belajar berjalan tanpa bantuan. Untuk mengelakkan bayi memanjat keluar dari baby walker.
 
kalau nak tahu lebih lanjut leh layari website ni..