perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, January 15, 2012

PENGGUNAAN WALKER.. OK KE?

Assalamualaikum...

Lama dah aku tak bersiaran.. apakan daya.. masa mencemburui tok mengarang kat blog ni.. Kali ni nak share pasal walker..

Aku baru je beli walker semalam kat JJ balakong.. tengah sale..so perlu rembat cepat..:) walker sweet cheery tu supposed harga dia 179.00.. tapi leh dapat.. 119.00.. berbaloikan..:)


ni dia walker yg kami beli..:)

kenapa aku nak pakai walker.. sebabnya anak aku tak suka duduk bawah.. playpen yang beli tempoh hari tupun dok sat je.. 

irfan dh umur 4months ++.. 22/1/12 ni umur dia akan jadi 5 bulan.. anak mama dh boleh meniarap.. cuma x sekerap mana.. 

anak mama dh niarap..:)


ok, back to the topic.. ok ke pakai walker ni..? ak try search kat pakcik google ni pasal umur yang sesuai untuk baby gunakan walker.. ada yang kata bila baby dh umur 5 bulan.. bila baby dh boleh duduk.. ada jugak yang kata depends on physical badan baby tu sndri.. 


anak ak suka sangat main lompat2 kalau org pegang dia.. dia tak suka dok bawah.. bila dok atas org..dia nak berdiri..mmg sahih2 lenguh kalau pegang dia..


smlm lepas beli walker tu, aku n en suami try letak dlm walker tu..mmg dia suka sgt2.. cuma umur dia masih tak sesuai lagi..takut lak effect kat pinggang dia..


Ada gak aku jumpa blog yang bukak topik pasal bahayakah baby walker.. ak baca kat sini.. 

kat blog ni ada bg tau cara pemilihan baby walker.. meh ak listkan kat bawah ni..

1.Baby walker harus cukup lebar sehingga tidak dapat masuk melalui pintu standard.

2.Pilihlah baby walker yang ada roda berkunci. Ciri-ciri seperti ini menghentikan walker dari bergerak jika anak anda berada dipermukaan yang tidak rata.Baby Walker mudah terbalik ketika roda tersangkut.

3.Baca buku panduan yang telah disediakan. Pastikan berat badan dan usia yang sesuai untuk baby walker tersebut.

4.Pilih baby walker yang boleh diubah suai dengan ketinggian bayi anda untuk sekarang dan juga sesuai untuk digunakan untuk beberapa bulan yang akan datang.Juga, pastikan kerusi walker tidak terlalu tinggi untuk bayi, kerana jika kaki bayi tidak dapat menyentuh lantai, ini boleh meletakkan tekanan pada daerah selangkangan bayi.

5.Beli baby walker yang ada tempat untuk meletakan makanan,minuman dan juga tempat untuk meletakan mainan untuk bayi anda. ada juga sesetengah baby walker dilengkapi dengan beg kecil atau tempat di sisi untuk memegang dan menyimpan mainan.

6.Pastikan baby walker yang dibeli selamat untuk digunakan dan memenuhi standard keselamatan.

7.Pastikan bahawa walker bayi dalam keadaan baik dengan memeriksa jika ada bahagian yang longgar atau rosak.

8.Hendaklah mempunyai penutup pelindung di atas semua skru logam atau engsel. Hal ini untuk mencegah anak anda dari luka atau tersepit jarinya.

ada gak diberi tahu tentang perkara-perkara yang patut dielakkan..

PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN.

1.Elakkan membiarkan bayi menggunakan walker di tingkat atas rumah.Jika digunakan di luar bilik, elakkan dari tempat yang tidak rata dan dekat dengan kolam renang.

2.Jangan biarkan kabel elektrik bergantung terutama di kawasan laluan bayi.Ini untuk mengurangkan risiko bayi menarik barang-barang seperti lampu dan mengakibatkan kecederaan kepala.

3.Pintu keselamatan anak.Pastikan pintu keselamatan ditutup dengan betul dan mampu melawan tolakkan dari baby walker.Berguna untuk menyekat bayi pergi kekawasan yang tidak sepatutnya dan menyenangkan anda untuk mengawasinya. Ini meminimumkan kemungkinan bayi hilang dari pandangan anda.

4.Bayi tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan walker dikawasan dapur - terutama ketika oven sedang digunakan.

5.Memberikan pengawasan yang tepat. Orang tua harus mengelakkan gangguan seperti menonton televisyen, membaca,atau terlibat dalam perbualan telefon semasa bayi di baby walker.

6.Juga, berhenti menggunakan baby walker selepas bayi anda sudah belajar berjalan tanpa bantuan. Untuk mengelakkan bayi memanjat keluar dari baby walker.
 
kalau nak tahu lebih lanjut leh layari website ni..


 

No comments:

Post a Comment