perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 29, 2011

IBU MENGANDUNG TAK BOLEH KERAP RISAU.

ASSALAMUALAIKUM..

Kali ni story tanpa gambar.. sesi meluahkan rasa yang terbuku dalam hati.. tau tak lepas wat test darah semalam.. bertambah-tambah kerisauan dalam diri ni... tapi nasib baiklah ak ada join club mommies yang mana tempat ak meluahkan rasa hati.. Sebenarnya ramai lagi preggy mummy yang punya masalah macam aku..

Kandungan gula aku lepas BSP test 5.2/5.0/3.8/8.4.... 8.4!!! kenapa ko tnggi sgt.. sbb nilai nilah ak stress.. balik umah terus makan bubur MCD smpi perut aku sakit sgt2.. sebabnya perut ak dh masuk angin.. ttba makan dengan mengejut.. menangis-nangis ak malam tu..huhu tahan sakit perut.. paling kesian kat anak aku.. aku usap2 dia.. sbb dia dok menendang.. dia paham mama dia ngh sakit..
Ak serahkan smuanya pada Allah S.W.T.. tak lama dah tok ak bersalin.. skrg dah 31 minggu.. ak harap anak aku ok.. Aku rela korban nyawa aku demi dia.. Baby kene tgk dunia yang indah ni.. Moga kita berdua selamat baby.. Mama doa tiap-tiap hari moga dipermudahkan proses bersalin ni..

Skrg ni kena think positif.. papa selalu kata jgn stress nanti darah tggi.. masalah kencing manis ni biasa melanda ibu mengandung.. insyaallah pas ni smuanya akan balik pada normal.. :)

TERUSKAN KAWAL MAKAN ZIE SAMPAI SAAT-SAAT TOK BERSALIN NANTI.. CHAYOK..:) DEMI KESIHATAN BAYI KO YANG COMEY TU.. :)

Tuesday, June 28, 2011

BABY EQUIPMENT & BREAST PUMP

ASSALAMUALAIKUM...

Sambil-sambil aku menanti nak pi test darah pukul 4.30 petang.. Ak nak story pasal barang-barang yg dah aku beli kat mybbstore. Aku pi yang branch dekat Kota Damansara ngn en suami.. Sanggup tu en suami dari melaka turun ke selangor tok bershopping barang baby bersama isterinya ni.hihi..


GAMBAR NI AK AMBIK DARI WEBSITE MYBBSTORE NI... NI YG BRUNCH KAT KOTA DAMANSARA.

Kat sini ada jual breastpump, botol susu, carseat, baju baby, stroller, baby coat & banyak lagilah.. cuma kat sini.. kalau nak cr baju baby tu kurg lah.. aku pi sana tok beli breastpump.. sgt hepi sebenarnya, coz en suami kasi beli yg jenis letrik..
sebenarnya aku nak beli medela harmony je.. cm gambar kat bawah ni..
SUMBER: GOOGLE.

Akhirnya en suami kata, belilah yang elektrik.. wahhh sapa tak teruja.. sbb ak tau yg letrik ni mahai sikit harganya.. lepas mengusha beberapa jenama.. makanya spectra 3 lah menjadi pilihan.



SUMBER: GOOGLE

Disebabkan aku bekerja so en suami kata, beli lah yang elektrik..mudah cikit.. Tak lenguh tangan. smgt benor ak nak mengepam susu nanti.. hihi.. siap beli botol2 tok simpan susu yang dh dipam..



NI ANTARA BARANG YANG DIBELI. SIAP DAPAT PERCUMA PUTING BABY JENAMA AVENT & BOTTLE BREAST FEEDING LAGI.. :)



NI GAMBAR RECEIVING BLANKET, PEMBERSIH BOTOL SUSU, & BRESTPUMP SPECTRA 3.

Barang-barang yang ak tak perlu beli ialah stroller and baby coat. Sebab mak & ayah ak dah kasi 2 barang ni.. :) yg stroller tu, adik aku yg bongsu punya. Baby coat kawan ayah aku yang kasi.. wahh sudah jimat disitu..:)



STROLLER ADIK KU YANG BONGSU.. STILL CNTIK & BOLEH DIGUNAKAN LAGI.. TAK YAH BAZIR-BAZIR..HIHI

BABY COAT YANG TAK PERNAH DIGUNAKAN.. PASNI BABY KENE TIDO DALAM NI JE KAT UMAH PARENTS KU.. :)

Barang-barang lain macam pampers & mandian baby akan dibeli dalam masa terdekat. lepas tu dh leh basuh baju baby & prepare bag utk pi hospital.. :)


Antara barang baby yg perlu dibeli semasa dlm pantang atau selepas pantang. :)



AUTUMN COOLER BAG


STERILISER & WARMER
CAR SEAT

Bila tgk barang2 kat atas ni.. nampak benor ak smgt nak breast feeding anak aku..hihi.. insyaallah.. susu ibu adalah susu yang terbaik utk anak kita. :) 

TEST DARAH 4 KALI...


ASSALAMUALAIKUM....

Hari ini aku cuti... sebab kena pi test darah sebanyak 4 kali..Sebenarnya ni dah kali ke 2 aku kena wat BSP test. fuhh penat berulang alik ke klinik.. Sebenarnya penyebab utama aku kene wat BSP test atau org panggil blood sugar profile ni adalah disebabkan oleh result lepas aku minum air gula tggi.. kalau mengikut fakta yang aku jumpa dekat sini, sepatutnya result yang perlu aku dapat seperti kat bawah ni...


result MGTT test (Meal Glucose Tolerance Test) aku masa kandungan aku 27 minggu ialah 4.9 before puasa & 8.5 after puasa 2 jam. Tgk mana taknya doktor suh aku wat test BSP lak.. huhu.. dia nak tgk profile gula aku.. Kalau tggi lagi, sebenarnya risiko pada baby ni. sbb baby akan jadi lagi besar & tak boleh bersalin secara normal. Satu lagi doktor kata, takut masalah kencing manis ni akan melekat terus lepas aku bersalin, kalau ak tak kawal makan.. huhu menakutkan.. 


Aritu aku kena wat MGTT atau senang citer kita panggil minum air gulalah disebabkan berat aku naik 3 kg..



TGK BUKU MERAH AKU, DH CAM-CAM KALER PEN NURSE GUNA.. HIHI..BERAT AKU NAIK DR 55.2 KG KE 58.4 KG.. KAT SITU PUN DIA CATIT KNDUNGAN GULA SBLM DAN SELEPAS MINUM AIR GULA.

Selain daripada sebab kenaikan berat, air gula kena minum kalau parents kita ada sejarah kencing manis.. fuhh air gula ni tak sedap.. dh lah kene minum dalam gelas besaq. pastu panas lak tu.. melecur lidah.. lepas minum.. kena tggu 2 jam tok ambik darah.. masa tu lah kepala pusing2 sbbnya dh lah kita kena puasa dr col 10 malam. Smpai-smpi klinik kena minum air gula.. bayangkanlah betapa pening plus nak termuntahnya.. :(

Bila result MGTT dah kuar, makanya aku perlu wat test BSP pulak.. padanler muka.. sapa suh makan kek tak ingat dunia aritu.. 


NILAH CARA BSP TEST TU DILAKUKAN.GAMBAR NI AKU DAPAT DARI SINI.

Test BSP aku yang pertama ari tu result dia 6.5/6.4/4.6/7.3. Test ni kena wat pada pukul 8 pagi, 11.30 pagi, 4.30 ptg, & 9.00 malam. Pastu kena pastikan, jangan makan apa2 2 jam sebelum nak test darah tu, sbb takut paras gula tinggi.. Test ni kejap je.. tak sampai 2 minit dah siap.. cuma nak kene tggu kat lab tu jelah lama.. sbb ramai org..huhu..


NI HA CATITAN BSP RESULT AKU YANG PERTAMA.. SIAP KENA REFER DOCTOR LAGI..

Doktor kata kena wat BSP sekali lagi sebabnya result masa pukul 8pg tu tinggi.. supposed aku kena dapat 5.0 ke bawah.. huhu.. Jadinya kerana result yang sebelum nilah.. sekarang ni aku kena wat lagi test BSP tu.. huhu.. result pagi ni (8pg) ialah 5.2.. aduhai sikit je lagi nak jadi 5.0.. malam tadi ak start berpuasa dr col 10 mlm.. ada lagi 3 kali tok pi test darah.. Aku kena pastikan result BSP aku ni cntik sebabnya aku tak mau kena cucuk insulin.. Ya Allah, Jauhkan lah aku dari semua itu.. 


NI BORANG YANG AKU KENE BAWAK SEPANJANG HARI NI.

Saturday, June 25, 2011

KAKIKU DAH MEMBENGKAK...

 ASSALAMUALAIKUM

Masalah yang aku sedang hadapi sekarang ni adalah kaki kerap membengkak. Selalunya kaki aku ni membengkak kalau kat ofice. Bila kat umah ok pulak. Kaki ni leh membengkak pastu surut balik. Kejap besaq kejap kecik lah pulak.  Samalah dengan masalah bengkak kat tangan ni. Pernah sekali, aku tak leh cabut cincin kawen aku.. huhu.. smpi terluka jugak lah nak cabut. Sekarang  ni aku dah tak pakai cincin tu. Simpan dulu nanti lepas bersalin baru pakai. : )



TGK KAKI BENGKAK NI.. SBLM NI KECIK JE HA KAKINYA.. SEKARANG, PAKAI SANDAL PUN DAH TAK MUAT. NASIB LAH KEKADANG JADI KECIK GAK KAKI NI.. :D

JARI GEMUK, DAH TAK MUAT PAKAI CINCIN KAWEN. APAKAN DAYA, JARI SEKEJAP MEMBESAR KEJAP MENGECIK. TAKUT TAK LEH KUAR LAK CINCIN TU..HUHU


GAMBAR DISAAT JARI KU STILL KECIL..HIHI.. MASA TU TERSARUNG LAH CINCIN PERKAHWINAN TU.. ;)

Aku dah search pasal masalah bengkak kaki ni. Aku dapat information ni kat baby center. Kat situ ada bagi tahu kenapa kaki membengkak sepanjang mengandung.

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak? 

Apa yang anda alami dikenali sebagai penyakit oedema. Ia adalah akibat cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.

Malangnya, ianya adalah mudah untuk mengalami penyakit oedema. Ianya juga agak biasa. Namun begitu, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada tangan dan muka anda, panggil doktor anda: Ianya mungkin tanda pra-eklampsia, sejenis penyakit yang serius. 

Bolehkah saya mengurangkan kesan bengkak? 
Untuk mengawal penyakit oedema:

• Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.

• Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.

• Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan.

• Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.

• Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.

Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin. 

Aku cari sumber ini untuk pengetahuan aku & leh share ngn kawan-kawan aku yang akan mengandung kelak.  Aku gak  leh cegah masalah bengkak kaki ni. Bukan apa, sakit kalau nak berjalan bila kaki still bengkak. Nak sembahyang pun sakit.  Ada je kawan aku yang tak bengkak kakinya, cm ida (oficemate aku).  Dianya kaki maintain je. Bak kata mak aku, kekadang sebab genetik gak. Mak aku dulu pun bengkak kaki & tangan. Bila aku citer kat en suami tersayang yang sandal ak dah tak muat setiap kali balik kerja..tau dia kata apa.. dia suh aku berkaki ayam je..hihihi..  wat lawak pulak abg ni. Igt nak suh beli sandal besaq lagi satu..hihi :D Tak perlah.. demi baby tersayang mama sanggup lalui semua ni.. Bengkak kaki ni sbnrnya perkara biasa bagi setiap ibu hamil.


Friday, June 24, 2011

OFFICEMATEKU DAH BERSALIN...

ASSALAMUALAIKUM.

Pagi-pagi ni sebelum ambik mood untuk bekerja, aku nak update cerita pasal office mate aku yang dah bersalin.... Wahhh hepinya aku bagi pihak ko ida. Due ida supposed 24 jun tapi dia bersalin pada 19 jun... Anak dia dah tak sabar-sabar nak kuar.. hihi..



COMEYNYA BABY IDA GERAM EDEN TGK.. CREDIT TOK PICTURE YANG DIBERI OLEH IDA.
NAMA BABY NI MUHAMMAD KHALISH. 
Sebenarnya aku dengan ida ni mengandung beza 2 bulan je. Kalau dia 7 bulan aku baru 5 bulan waktu tu. kami selalu ler berkongsi cerita pasal pengalaman mengandung ni. Cari checklist baby sama-sama, bincang pasal set bersalin yang nak beli. Ida lah orang yang semangat cari baju baby aku mula-mula dulu :). Aku ni kalau ada org semangat aku pun semangat. 

Kami ada gak share pasal ayat-ayat yang perlu diamalkan sepanjang hamil. Selain tu, aku kerap gak dok motivate dia jangan dok pikir pasal sakit bersalin..hihi.. bila tang sndri ida pulaklah yang nasihat ak balik. Kata sharing is caring. 

Ida still pergi kerja walaupun dah 38 minggu waktu tu. 15/6/11 haritu dia bagi tahu kitaorg yang dia dh turun darah & lendir. Tapi cikit jelah. Pada tarikh 19/6/11, aku dapat msg dari husband ida, msg tu menunjukkan pukul 4.59 pagi. Husband dia bagitau yang ida dah selamat bersalin. Alhamdulillah, rakan seperjuangan ku ketika sama-sama mengandung telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comey. Walaupun badan ida ni kecil tapi dia mampu bersalin normal.. wahhh aku sgt2 kagum.. baby besar gak 2.9kg... Usaha ziana... chayok2.. ko pun boleh bersalin normal.. 



Credit untuk gambar dari facebook ida.. Ida ak curi gambar ko ye..hihi.. Tgk mummy yang tomey ini bersama ngn husbandnya..



Gambar masa ida pregnant. Bersama dengan cik ani.. Ani ambik aura gak ni.. :)


Gambar ni diambil di hari perkahwinan ku.. Anak diaorg ni ikut sapa yek.. mummy nya ke dadynya ke?.. :)

Tgk gambar khalish yang comey ni.. ikut muka sapa ye? :) Tembam sungguh baby ni..

Disebabkan ak tak bersalin lagi, jadinya aku bercerita tentang kegembiraan officemate aku ni menyambut kelahiran pertama diaorg.. insyaallah bulan 8 ni, giliran aku pulak.. Moga semuanya selamat. Amin..

IDA, SELAMAT MENJALANI WAKTU BERPANTANG. SEMOGA BABY & KO CEPAT-CEPAT SEMBUH YE.. INSYAALLAH JUMAAT DEPAN KAMI (UNTIE ANI, UNTIE ZIE, UNTIE NAZA & UNTIE CT) DATANG MELAWAT.. KENE TGGU GAJI DULU..HIHI NAK BAGI KHALISH ADIAH.. :) NANTI AKU UPDATE GMBOR BABY IDA NI LAGI.. NAK TGK FACE TO FACE PULAK. NI ASYIK MUMMYNYA JE MMS KAT UNTIE NI..:D 

Thursday, June 23, 2011

PENGALAMANKU KETIKA MENGANDUNG

ASSALAMUALAIKUM BUAT TEMAN-TEMANKU

Kini kandungan aku dah menjangkau 7 bulan. Tak sangka rasanya dah 7 bulan aku bawak baby comei ni dalam perut. Hanya Allah S.W.T je yang tahu betapa gembiranya aku bila dapat mengandungkan anak ini. Anak merupakan tambatan kasih antara suami isteri. Selain itu, tautan cinta antara aku dan en suami semakin kukuh. : ) kami tak pernah merancang. Saat disahkan hamil 4 minggu, aku gembira sangat-sangat. Sapa tak terujakan? :) Officemate aku yang semangat suruh ak wat pregnancy test tu. Bedebar-debar sangat waktu tu.. Bila dah wat pregnancy test tu aku pun tengok ler resultnya. Wah 2 bar tu, macam tak percaya mula-mula. Ingatkan mimpi, rupanya ak dok kat dunia reality waktu tu. Cepat-cepat citer kat en suami, gembira dia dengar berita tu. Kami pergi klinik, tok sahkan berita gembira tu. Doktor dah sahkan yang ak mengandung waktu tu. Masa ak pergi check tu baru 4 minggu. Aku hebahkan berita gembira tu pada mak & ayah aku serta keluarga mertuaku. Pastu, nak share lagi kegembiraan aku bagi tau classmate2 ak masa zaman belajar kat U dulu.



Test Kit, sumber dapat dari google
(yang aku punya dah lama kena buang, tak tangkap gambar pun.)


Trimester 1 ( 1 bulan hingga 3 bulan)
  •  Aku melalui trimester 1 dengan keadaan yang agak lemah. Badan tak mampu menerima apa jua makanan. Asal makan aku muntah, dah cuba wat tak endah je. Tapi tekak tetap rasa loya. Paling aku tak leh bau masa mula-mula ak pregnant dulu, ak tak leh bau orang menumis. Aku tak jejak dapur langsung waktu tu. Cian en suami, asal balik kena makan kat luar, nasib baik dapat suami yang memahami. : )
  •  Ak mengalami pendarahan. Sangat takut waktu tu yelah orang kata, kalau kuar darah kandungan akan gugur. Rasa cam nak nangis je waktu tu. Ak pi KPMC tok check baby dalam kandungan aku sambil ditemani oleh mak buyung pada ketika itu, PN IDA.. :) Masa tu jumpa Doktor Mimi, bila dia scan perut aku baby still ada dalam tu siap berdenyut lagi jantung dia. Syukur sangat aku waktu tu. Doktor bagi MC 2 hari untuk aku betul-betul rest. Aku tak leh wat kerja berat, sbb masa tu janin still tak kuat lagi. Ak diberi ubat kuatkan rahim.


Detail Checkup dekat KPMC, lepas kejadian turun darah cikit aritu. Aku pi jumpa pakar kat sini. Gambar scan tu pertama kali ak wat kat KPMC tu.

  •   Masa diawal aku mengandung, aku hanya mengidam satu makanan je, iaitu ketupat. Ketupat ni aku nak yang made dari kelate lak tu. Makanya, berusaha lah en suami mencari ketupat ni, nasib mak & ayah mertua ak sgt baik hati sbb dapat carikan ketupat tu untuk aku. Dpt makan 1 pun dah gembira tak terkata.
  • Masa trimester 1 gak, ak dah start wat buku merah untuk memudahkan aku bersalin kat hospital gov nanti.



Buku merah milikku. Tgk dah buruk dah ha. Mana taknya merata-rata aku letak. :)

Trimester 2 (4 bulan hingga 6 bulan)

  •  Masa  kandungan berusia antara 4-6 bulan aku dah dapat makan seperti biasa. Masa nilah nafsu makan membuak-buak. Asyik makan je sampai tak igt orang sekeliling. Baby pun dh start gerak-gerak dlm perut waktu ni tapi hanya ak je leh rasa. Pergerakan tu tak dapat dirasai oleh tangan, sebab dia cam rama-rama terbang gitu. Mula-mula ingatkan bunyi perut rupanya bunyi anakanda comei ini. :)

  • waktu ni baby nya jantina supposed dh leh detect. Tapi anak aku ni pemalu sangat. Dia Suka kepit.hihi bak kata doctor lah anak aku ni nak kasi surprised kat mama dia..  : ) Tapi akhirnya masa aku pi ngn ma kat klinik An-nissa subang, baby dah tunjukkan jantinanya. My baby is a BOY. Patutlah kuat kicking mama ye. 
  •    Masa scan kat klinik ngn ma tu, doctor kata uri aku dok kat bawah. Tersentak tiba-tiba waktu tu. Tak tahu nak kata apa. Just tnya doctor bahaya ke tak. Nasib doctor kata kedudukan uri tu tak menutup pintu rahim aku. En suami pun risaukan aku, dia tak mau ak pikir banyak. Masa tu, ak kerap berdoa moga uri tu berada ditempat yang sepatutnya.  Agaknya ak terlalu banyak wat kerja. Aku ni bukan reti dok diam. Kejap-kejap nak wat kerja.

  • Satu lagi peristiwa yang terjadi masa trimester ini ialah berat badan semakin meningkat. Sampai 3 kg naik nya. Mana tak bising nurse tu, makanya dia suh ak minum air gula. Weeeekkkk sgt tak sedap ok, tapi minum jelah. Dh lah gelasnya besaq. Air gula tu panas lak tu, melecur lidah ku.  Lepas pada balik dari kelate, resut MGTT ni kuar. Mak ai gula dalam badan aku lepas 2 jam minum air gula ialah 8.5. TGGI tau nilai tu..huhu. Makanya aku disuruh wat test BSP iaitu kene ambik darah sebanyak 4 kali. Nanti aku citer more detail pasal test-test ni. Biar ibu mengandung sedar yang masa mengandung tak leh makan ikut sesuka hati..huhu.. Jadinya, rumusan yang leh diwat ak ni sebenarnya disuspect kencing manis. 
Trimester 3
  •   Skrg ni baby dah bergerak ngn begitu kuat sekali. Sampai senget-senget perut aku dibuatnya. Leh Nampak bonjol-bonjol kat perut aku.. hihi kalau en suami pegang dia pun kata rasa baby gerak. :) Nasib baby nak gak gerak-gerak bila papa pegang ye. Dalam trimester ni, aku kene banyak get ready tok merasai kesakitan bersalin & mempersiapkan diri tok menjadi ibu yang baik. Dh tak lama untuk baby ni kuar. Pejam celik.. pejam celik abis dah 2 bulan yang ku tggu ni.

  •   Aku berdoa moga kami berdua selamat. Scan 4D yang aku buat, membuatkan hati aku semakin tak sabar untuk bertemu dengan putera comei ku ini. Kami berdua sangat-sangat teruja tuk melihat dia lahir kelak. Moga segalanya selamat.. AMIN..

SET BERSALIN

Setiap ibu mengandung pasti akan memikirkan tentang set bersalin yang ingin digunakan semasa dalam pantang. Jadinya aku pun tak terkecuali dalam memikirkan soal set bersalin ni.. huhu.. Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan tentang set bersalin ni.

1. Keberkesanan. Dah beli mahal-mahal mestilah nak yang berkesan kan.

2. Effect pada baby. Ni aku risau sangat-sangat. Kita sendiri tahu kalau dalam set bersalin ni ada yang kena makan jamu. Jamu ni panas, takut sangat effect kat baby. Yelah, kitakan menyusukan baby jadinya sahih-sahihlah apa yang kita makan akan diterima oleh baby. 

Sepanjang aku search kat pakcik google tu, aku ada jumpa testimoni yang menyatakan produk macam set bersalin Amway, Set bersalin jamu mak dara, set bersalin HPA, set bersalin Nona roguy & Set bersalin sendayu tinggi. Ni antara senarai-senarai set bersalin. Ada lagi yang ok, tapi mungkin ak tak jumpa cari kat pakcik google tu.. :D Smua artikel-artikel kat bawah ni ak dapat dari Nisa beauty & Care. Sebenarnya untuk memudahkan aku cari input penting tentang tiap-tiap produk yang aku teringin nak beli.. ;)


SET BERSALIN AMWAY
kredit untuk blog Nisa beauty & Care

Mengikut keterangan dalam Blog Nisa beauty & Care ni harga produk ni RM293.00 (Bengkung disertakan)..

Kandungan di dalam set bersalin tropical herbs :
  1. Teh Herba (10 Uncang)
  2. Lepas Bersalin 1 (60 Kapsul)
  3. Lepas Bersalin 2 (80 Kapsul)
  4. Herba Pembersih Wanita (20 Uncang)
  5. Herba Mandian (20 Uncang)
  6. Campuran Peramping Perut (20 Paket)
  7. Campuran Penghangat (15 Paket)
  8. Campuran Penenang (15 Paket)
  9. Minyak Urut Herba (60 ml)
  10. Minyak Bayi (60 ml) 
Disertakan dengan bengkung selepas bersalin tau. (NI YANG DEN MAU.. BENGKUNG.. :D)

 SET BERSALIN JAMU MAK DARA
 kredit untuk blog Nisa beauty & Care

 HARGA 1 SET - RM 350.00

SET BERSALIN IBU HALIMAH ini merangkumi :-

1. Jamu Mak Dara (serbuk) – 1 kotak 250gm
2. Jamu Mak Dara (kapsul) – 2 botol – 60 kapsul sebotol
3. Losyen Param Ibu Halimah – 1 botol 120ml
4. Pilis – 1 bekas 200 gm
5. Bedak Sejuk – 1 bekas 200 gm
6. Rempah Mandi – 1 bungkus 100gm
7. Bengkung – 1 helai
8. Tungku Kukus Herba – 1 unit


SET BERSALIN HPA
 
kredit untuk blog Nisa beauty & Care

HARGA SET BESALIN HPA : RM85.00
HARGA BARUT BERHERBA :RM30.00


SET BERSALIN HPA ini merangkumi :-

1. Minyak Barut (2 unit).
2. Minyak Bayi (2 unit).
3. Teh Herba (1 unit).
4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
5. Kapsul Wanita A & B.
6. Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
7. Spirulina. 




SET BERSALIN NONA ROGUY


 kredit untuk blog Nisa beauty & Care

HARGA 1 SET : RM345.00

PAKEJ MENGANDUNGI:

1. PhytoNatal - 90 biji -dalam bentuk tablet untuk dimakan


2. Akar Herbanika - 10 paket -dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum


3. Minyak Herbanika - 100 ml - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan

4. Herbanika barut (krim) - 60gm -sapuan pada perut dan pinggang

5. Uncang Cuci Herbanika - 10 paket -untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita

6. Herbanika Lulur - 100gm -untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit


SET BERSALIN SENDAYU TINGGI




kredit untuk blog Nisa beauty & Care

AMME COMPLETE 60 DAYS : RM386.00
Bengkong AMME: RM 40.00

Buy 2 in 1: RM414.0 
 
 PAKEJ MENGANDUNGI:

1. PENJAGAAN DALAMAN (Kapsul RM207.00 - 6 BOTOL)
 PENJAGAAN LUARAN
 
2. AMME HEAT (RM34.50 - 1 botol)
3. AMME MASSAGE (RM34.50 - 1 botol) - minyak urut untuk ibu

4. TUMMY TONE (RM46.50 - 1 botol)

5. BODY TONE (RM46.50 - 1 botol)

6. MINYAK TELON (RM17.00 - 1 botol)..minyak untuk bayi

*KALAU NAK DAPAT DETAIL TENTANG EACH PRODUCT NI. JUST CLICK KAT LINK PADA SETIAP GAMBAR. KAT SITU NANTI ADA BAGI TAU APA BENDA YANG KITA AKAN MAKAN & GUNAKAN.

BARANG-BARANG BABY YANG DAH DIBELI

Cerita pasal checklist barang baby aku dah story sebelum ni. Sekarang ni aku nak attached gambar barang-barang baby yang dah aku beli. Sebenarnya, aku tak beli habis lagi ni. Cuma baju mak ak kata dah tak payah beli. Tapi saya ni degil..hihi.. pantang nampak comey confirm akan disambarnya. Baju-baju baby kat disney cantik-cantik. Geram sangat tengok. Suka sangat tengok baju baby girl tapi anak den ni lelaki.:) so kene tgk baju-baju lelaki jelah..hihi..


Nilah tilam untuk baby yang comey.. hihi.. ni hasil pilihan papanya. Tilam ni nak letak dalam babycoat. Nanti masa pantang kat rumah ma, baby kena ajar letak dalam baby coat. Ada lagi satu tilam yang belum dibeli. Tilam kekabu yang ma janjikan untuk beli. :) 

Ini barang-barang yang aku dok beli sikit-sikit. Bedung baby baru beli 1. yang warna putih tu. Aritu masa pi parkson ada nampak bedung yg comey tapi gaji tak masuk lagi time tu..huhu sedih betul. Aku dah beli changing mat katun-katun, stokin baby,barut, lampin, pembasuh botol susu baby & blanket.

Botol susu dah beli awal-awal lagi. Aku beli yang 4 oz je dulu. Bak kata mak aku, baby kecik lagi. Nanti dah besaq cikit baru beli yang 9 oz. Jenama Avent ni kawan ak yang perkenalkan sbb dia kata ok sgt. Nanti nak cari botol susu jenis tommee tippee lak.. Macam comey je botol susu dia..
  Sumber: Google
Comeykan botol susu dia. Best betul baby ni dapat botol susu comey-comey.. :)
Baju anak aku bertemakan kaler putih & biru. Ada jugak aku beli warna hijau, kuning. Tapi tak nampak dalam gambar tu. Comey nya sarung tangan dia... aku memang suka beli sarung tangan & sarung kaki. Topi pun ada topi Pooh. ;).. nilah penangan bila lalu kat kawasan classic pooh. pasni kene cari gmbor mickey mouse pulak.. Barang-barang baby smua cantik-cantik belaka. Nasib aku leh tahan godaan masa kat kedai baby tu. Barang sendiri dah malas beli dah, sekarang dok geram tgk barang-barang baby yang comey-comey. :D

Wednesday, June 22, 2011

CARTA PERGERAKAN BAYI

tajuk macam skema je.. :D carta pergerakan bayi lak tu. rutin harian yang perlu ak lakukan sepanjang kandungan yang dah menjangkau usia 7 bulan. Disebabkan baby dah mula bergerak dengan aktifnya maka nurse kat KK suh ak tick kan pergerakan baby dari 28 minggu hingga lah dh nak bersalin nnti. Aku ni dah ler pelupa. Buku merah mmg selalu ada dalam handbag tapi tak tercatit. selalunya ak catat kat kertas lain dulu, pastu baru thick kat kertas carta pergerakan tu.



Nilah carta pergerakan tu. tgk ada ruang kosong tu, confirm ak lupa nak tanda..hihi.. sebenarnya ak tanda kat buku lain. ;) Mengikut kata nurse, sekiranya dalam masa 12 jam baby tendang kurg dari 10 makanya kene cepat-cepat pergi hospital. Nurse kata, takut baby terbelit ngn tali pusat dia. That's why dia kurang gerak. Tapi kalau dari pukul 9pg smpi pukul 10 pg baby dh tendang 10 kali bahaya jugak tu, nurse cakap kena pergi hospital cepat-cepat jugak. Kick baby ni kena yang paling kuat tau. Cam anak aku ni, dia suka swimming-swimming pastu berguling-guling rasanya..hihi.. tapi bila sekali dia kick kuat jugak. Nilah prosedur kalau pi klinik kesihatan (GOV). Kalau pi swasta tak pasti pulak. Bak kata kawan aku tak derlah pulak.

KEDAI-KEDAI BARANGAN BABY & PAKAIAN MAMA.

list kedai-kedai ni sebenarnya untuk rujukan aku bersama gak. Yelah kekadang aku ni kan perlupa. Nanti senang kalau nak cari barang baby yang kedua pulak.. :D.. (yang pertama pun tak kuar lagi pn ziana oit..hihi)

1. Babymanja


Gambar kat atas tu kedai babymanja dekat kajang. Aritu aku & En suami pergi kat sini ler.. Berabis tok anakanda kesayangan..hihi. Ada byk lagi brunch babymanja ni. kalau clik kat sini. ada tunjuk kedai-kedai babymanja kat seluruh negara. Selamat bershopping.

2. littlewhiz 

3.  OneBabyWorld  

4. Yourkids Collections

Comey sgt tgk luggage ni.. teringin nya nak beli untuk baby ni.. nnti kita tanya papa yek baby..hihi..

5Youand Mycloset 

yang no 5 ni, kedai tok pakaian ibu-ibu mengandung. Aku suka sangat tgk baju-baju dia. serius comey-comey. Kat sini gak ada jual jeans tok ibu mengandung. Ada banyak lagi lah. leh window shopping kat website ni.. :)


Ini antara kedai-kedai yang aku tahu & selalu gak aku usha. Rasanya orang lain confirm lagi byk list kedai-kedai barangan baby ataupun kedai baju mengandung yang diaorng tahu. Selamat bershopping lah tok mommy-mommy to be yang lain.. :)
 

CHECKLIST BARANG BABY

sebenarnya baby checklist ni aku dapat daripada blogger gak. Tak igatlak pulak dari mana aku dapat. Tapi yang penting, checklist ni amat-amat ler berguna untuk orang boros cm ak ni..hihi.. pantang nampak comey smua nak beli.. Cian en suami yang baik ati tu..:)

kat bawah ni ak senaraikan baby checklist yang aku follow daripada blogger mommy to be.(tak igt kat mana ambik huhu)


CLOTHING

Baju Lengan Pendek - 4
dah beli
Baju Lengan Panjang - 4 dah beli
Seluar Pendek - 2 dah beli
Seluar Panjang - 6 dah beli
Baju Jalan - 2 dah beli tapi baru sepasang. nnti nak beli lagi.
Barut - 10 - dapatkan 2 saiz ~ my mom yang kasi.. tq ma..:)
Handkerchief - 4 dah beli
Romper - 3 dah beli 2 je. tengah usha lagi. :)
Mittens & Booties - 8 dah beli 6 pasang
Socks - 2 baru beli sepasang
Hat - 1 dh beli 2
Baju lubang2 - 3 dh beli tapi my mom akan tambah lagi..hihi
Pampers husband kata beli masa kndungan 8 bulan..

Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14)

FEEDING

Breast Pump - 1
belum beli lagi. tengah survey breast pump medela harmony yang manual tu.
Termos - 1 belum beli
Feeding Bottle 2 oz - 2
dh beli aventnya.
Bottle and Teat Brush - 1 dh beli jenama pigeon

 NURSERY

Baby Cot my mom kata tak yah beli coz adikku punya still ada lagi.
Mattress kekabu my mom belikan
Baby Pillow & Bolster kekabu my mom belikan
Mattress for Baby cot - dh beli jenama classic pooh
Mosquito Net - lom beli lagi
Receiving Blanket - 1 dh beli
Blanket - 1 dh beli
Bedung baby - 3 lom beli lagi

BATHING

Bath Tub - 1
my mum belikan
Toiletries (Travel Pack)- 1p lom beli lagi
Towel - 2 dh beli
Cotton Balls - 1p lom beli lagi
Cotton Buds - 3p lom beli lagi
Baby Comb/Brush - 1 lom beli lagi
Baby Manicure Set - 1 lom beli lagi


 DIAPERING

Changing Mat - 1
dh beli
Baby Wipes (Pureen) lom beli lagi
Disposable Diaper (Newborn) - 1p lom beli lagi
Napkins - 2p dh beli
Diaper Rash Cream (Drapolene) - 1 lom beli lagi

TRAVELING

Stroller / car seat lom beli lagi. dh usha sweet chery aritu. maybe beli masa nak balik  kelate
Infant Carrier*
Moses Basket - 1*
Diaper Bag - 1
lom beli lagi
Baby Sling - 1 lom beli lagi
Baby-on-board sticker lom beli lagi

OTHERS

Nappy Kleen - 1 lom beli lagi
Bakul Baju Baby - 1 lom beli lagi
Gripe Water - 1*
Minyak Yuyi cap limau
lom beli lagi
Toy* - 1

IBU CARE

Socks - 2
lom beli lagi
Nursing Bra - 4 lom beli lagi
Nursing Pad (Washable) - 2lom beli lagi
Nursing Pad (Disposible)- 1p lom beli lagi
Maternity Pad (Pureen) - 2p lom beli lagi
Disposable Panty - 3p lom beli lagi
Nipple Cream - 1 lom beli lagi
Corset - 1 *
set bersalin my mom suruh beli set bersalin jamu mak dara. yang dh siap ada bengkung dlmnya.. nnti2lah beli..hihi..

yang bertanda *, maybe akan beli. sbb tengah confius apakah benda itu..hihi.. nnti ak akan upload gambar barang2 yang dh ak beli.. :)