perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 22, 2011

TEMPAT UNTUK SCAN 4D

Tempat-tempat yang ada wat scan 4D ni sebenarnya banyak. Tapi kena rajin mencari. Kalau macam aku, confirm-confirmlah aku akan cari kawasan yang dekat dengan kajang ni. Setahu ak, dekat KPMC, KPJ pun ada jugak buat Scan 4D ni.. Harga tak pastilah pulak. Kat bawah ni ak listkan beberapa klinik yang aku pernah col tok tanya pasal scan 4D ni.

1. Klinik Jameaton Sdn Bhd
B5-G-03, Jalan Pinggiran 1/2,
Taman Pinggiran Putra, 43300
Seri Kembangan, Selangor
 
Tel : 03-89442270 Fax : 03-89441451 H/P : 013-3270994 


sumber: hasi pencarian google
Masa ak col nak buat appointment aritu, orang kat klinik tu bagitau nak buat scan setiap hari ahad. Tapi kener wat appointment dulu tau. kalau tak jadilah macam ak, tak dapat nak booking kat situ.Kat sini kena bayar RM 100 dan kita akan diberikan CD.

2.  Poliklinik Medi Nur
NO. 22, JALAN PU 7/3
P. BANDAR PUCHONG UTAMA
KM 22, JALAN PUCHONG
47100 PUCHONG, SELANGOR.
TEL.: 03-80683500
sumber: Google Map.
Ni tempat aku pi scan 4D aritu. Lupa pulak nak tangkap gambor klinik ni. :) Aku tunjuk map jelah. Ak & en suami pergi sini dengan menggunakan GPS. Walaupun GPS tu membuatkan kami pening. hihi..Kalau kat sini serius ok sangat-sangat. Dah lah doctor nya baik. Nama doctor tu, Doctor Nor. Aku rasa adalah lebih kurang 45 minit doctor tu godek-godek perut aku sampai ler baby tunjuk muka dia. Anak kami memang pemalu. Kalau kat sini kene booking dulu ye. Harga yang dikenakan RM100 termasuk CD & printout gambar 4D tu. Siap doktor buat refer letter ke hospital lagi, sbb anak aku masa tu berada dalam kedudukan songsang. Pepehalpun, memang best kat sini. Berbaloi-baloi

3. Vission College
127 Jalan SS 6/12
47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
03-7803-8300    
website: vision.edu.my
sumber: thecaramelizegoddess.blogspot.com

Vission College ni memang terkenal dengan mommie to be. Ramai yang nak pi scan kat sini coz harganya murah. Kalau tak silap aku harga wat 3D/4D kat sini RM90. Kita akan diberi CD jugak. Tapi kat sini selalu fully booked. Jadinya kalau nak ke sini kena booking awal-awal ye. Kat sini, kena scan waktu hari bekerja dari hari isnin sampai ler jumaat. hari sabtu & ahad tak der. Untuk keterangan lanjut kenalah call vission college ni. 

Ini aku baru jumpa. Ada seorang sonographer ni dia wat scan 3D/4D. Kalau nak wat kat dia, kene buat appointment gak. Kat bawah ni beberapa detail tentang scan 3D/4D dengan jezzlyn ni.sumber ak dapat dari club 3D/4D scan malaysia kat Facebook.
  • Can do appointment by sms me , 0176202933... there is no charges if cant see the baby face.
  • SS2 (petaling Jaya).... somewhere near to MURNI & Balai polis SS2.....address will be given when doing the appointment. Temporary clinic hour will be saturday 10-7pm. Sunday 10-2pm 
  • any mummy & daddy interested to do the scan video + pic of ur baby... can sms to my number 0176202933 (jezzlyn, Im a sonographer , no a doctor ya...)
  • 3d4d scan >> rm100 (pic & video in cd+ print out)
    detail scan (check anomaly, done in 20-26wk)>> rm160
    detail scan+ 3d4d scan package>> rm200 (can do in different date)
Sebenarnya ada lagi tempat-tempat yang ada scan 4D ni. macam az-zahhra, Umra dan banyak lagilah. Cuma tulah mahal atau murah je. Makanya kita boleh pilih ye. Nak pergi kat mana. Apa yang bestnya wat 4D ni, kita leh tengok perkembangan anak kita kat dalam perut. Lepastu boleh simpan gambar-gambar tu dalam album, bila anak kita dah besar boleh tunjuk kat dia. Keadaan dia masa dalam perut kita. :) Aku pun dah masukkan dalam album..hihi..






 
 

2 comments:

  1. hai, tengah survey2 klinik utk buat scan 4D. thanks sudi share info

    ReplyDelete
  2. Thanks fr the gud info mama zie-aqiljauhati.blogspot.com

    ReplyDelete