ASSALAMUALAIKUM
Masalah yang aku sedang hadapi sekarang ni adalah kaki kerap membengkak. Selalunya kaki aku ni membengkak kalau kat ofice. Bila kat umah ok pulak. Kaki ni leh membengkak pastu surut balik. Kejap besaq kejap kecik lah pulak. Samalah dengan masalah bengkak kat tangan ni. Pernah sekali, aku tak leh cabut cincin kawen aku.. huhu.. smpi terluka jugak lah nak cabut. Sekarang ni aku dah tak pakai cincin tu. Simpan dulu nanti lepas bersalin baru pakai. : )
TGK KAKI BENGKAK NI.. SBLM NI KECIK JE HA KAKINYA.. SEKARANG, PAKAI SANDAL PUN DAH TAK MUAT. NASIB LAH KEKADANG JADI KECIK GAK KAKI NI.. :D
JARI GEMUK, DAH TAK MUAT PAKAI CINCIN KAWEN. APAKAN DAYA, JARI SEKEJAP MEMBESAR KEJAP MENGECIK. TAKUT TAK LEH KUAR LAK CINCIN TU..HUHU
GAMBAR DISAAT JARI KU STILL KECIL..HIHI.. MASA TU TERSARUNG LAH CINCIN PERKAHWINAN TU.. ;)
Aku dah search pasal masalah bengkak kaki ni. Aku dapat information ni kat baby center. Kat situ ada bagi tahu kenapa kaki membengkak sepanjang mengandung.
Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?
Apa yang anda alami dikenali sebagai penyakit oedema. Ia adalah akibat cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.
Malangnya, ianya adalah mudah untuk mengalami penyakit oedema. Ianya juga agak biasa. Namun begitu, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada tangan dan muka anda, panggil doktor anda: Ianya mungkin tanda pra-eklampsia, sejenis penyakit yang serius.

Bolehkah saya mengurangkan kesan bengkak?
Untuk mengawal penyakit oedema:
• Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.
• Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.
• Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan.
• Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.
• Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.
Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin.

Aku cari sumber ini untuk pengetahuan aku & leh share ngn kawan-kawan aku yang akan mengandung kelak. Aku gak leh cegah masalah bengkak kaki ni. Bukan apa, sakit kalau nak berjalan bila kaki still bengkak. Nak sembahyang pun sakit. Ada je kawan aku yang tak bengkak kakinya, cm ida (oficemate aku). Dianya kaki maintain je. Bak kata mak aku, kekadang sebab genetik gak. Mak aku dulu pun bengkak kaki & tangan. Bila aku citer kat en suami tersayang yang sandal ak dah tak muat setiap kali balik kerja..tau dia kata apa.. dia suh aku berkaki ayam je..hihihi.. wat lawak pulak abg ni. Igt nak suh beli sandal besaq lagi satu..hihi :D Tak perlah.. demi baby tersayang mama sanggup lalui semua ni.. Bengkak kaki ni sbnrnya perkara biasa bagi setiap ibu hamil.
nice blog.. nnt g la blog alin k... http://celebrationoflove333.blogspot.com/
ReplyDeletedh selalu jenguk pun alin.. :) sblm ni jadi silent readers.. skrg ni baru gedik2 nak wat blog.. :)
ReplyDelete