perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, June 23, 2011

PENGALAMANKU KETIKA MENGANDUNG

ASSALAMUALAIKUM BUAT TEMAN-TEMANKU

Kini kandungan aku dah menjangkau 7 bulan. Tak sangka rasanya dah 7 bulan aku bawak baby comei ni dalam perut. Hanya Allah S.W.T je yang tahu betapa gembiranya aku bila dapat mengandungkan anak ini. Anak merupakan tambatan kasih antara suami isteri. Selain itu, tautan cinta antara aku dan en suami semakin kukuh. : ) kami tak pernah merancang. Saat disahkan hamil 4 minggu, aku gembira sangat-sangat. Sapa tak terujakan? :) Officemate aku yang semangat suruh ak wat pregnancy test tu. Bedebar-debar sangat waktu tu.. Bila dah wat pregnancy test tu aku pun tengok ler resultnya. Wah 2 bar tu, macam tak percaya mula-mula. Ingatkan mimpi, rupanya ak dok kat dunia reality waktu tu. Cepat-cepat citer kat en suami, gembira dia dengar berita tu. Kami pergi klinik, tok sahkan berita gembira tu. Doktor dah sahkan yang ak mengandung waktu tu. Masa ak pergi check tu baru 4 minggu. Aku hebahkan berita gembira tu pada mak & ayah aku serta keluarga mertuaku. Pastu, nak share lagi kegembiraan aku bagi tau classmate2 ak masa zaman belajar kat U dulu.



Test Kit, sumber dapat dari google
(yang aku punya dah lama kena buang, tak tangkap gambar pun.)


Trimester 1 ( 1 bulan hingga 3 bulan)
  •  Aku melalui trimester 1 dengan keadaan yang agak lemah. Badan tak mampu menerima apa jua makanan. Asal makan aku muntah, dah cuba wat tak endah je. Tapi tekak tetap rasa loya. Paling aku tak leh bau masa mula-mula ak pregnant dulu, ak tak leh bau orang menumis. Aku tak jejak dapur langsung waktu tu. Cian en suami, asal balik kena makan kat luar, nasib baik dapat suami yang memahami. : )
  •  Ak mengalami pendarahan. Sangat takut waktu tu yelah orang kata, kalau kuar darah kandungan akan gugur. Rasa cam nak nangis je waktu tu. Ak pi KPMC tok check baby dalam kandungan aku sambil ditemani oleh mak buyung pada ketika itu, PN IDA.. :) Masa tu jumpa Doktor Mimi, bila dia scan perut aku baby still ada dalam tu siap berdenyut lagi jantung dia. Syukur sangat aku waktu tu. Doktor bagi MC 2 hari untuk aku betul-betul rest. Aku tak leh wat kerja berat, sbb masa tu janin still tak kuat lagi. Ak diberi ubat kuatkan rahim.


Detail Checkup dekat KPMC, lepas kejadian turun darah cikit aritu. Aku pi jumpa pakar kat sini. Gambar scan tu pertama kali ak wat kat KPMC tu.

  •   Masa diawal aku mengandung, aku hanya mengidam satu makanan je, iaitu ketupat. Ketupat ni aku nak yang made dari kelate lak tu. Makanya, berusaha lah en suami mencari ketupat ni, nasib mak & ayah mertua ak sgt baik hati sbb dapat carikan ketupat tu untuk aku. Dpt makan 1 pun dah gembira tak terkata.
  • Masa trimester 1 gak, ak dah start wat buku merah untuk memudahkan aku bersalin kat hospital gov nanti.



Buku merah milikku. Tgk dah buruk dah ha. Mana taknya merata-rata aku letak. :)

Trimester 2 (4 bulan hingga 6 bulan)

  •  Masa  kandungan berusia antara 4-6 bulan aku dah dapat makan seperti biasa. Masa nilah nafsu makan membuak-buak. Asyik makan je sampai tak igt orang sekeliling. Baby pun dh start gerak-gerak dlm perut waktu ni tapi hanya ak je leh rasa. Pergerakan tu tak dapat dirasai oleh tangan, sebab dia cam rama-rama terbang gitu. Mula-mula ingatkan bunyi perut rupanya bunyi anakanda comei ini. :)

  • waktu ni baby nya jantina supposed dh leh detect. Tapi anak aku ni pemalu sangat. Dia Suka kepit.hihi bak kata doctor lah anak aku ni nak kasi surprised kat mama dia..  : ) Tapi akhirnya masa aku pi ngn ma kat klinik An-nissa subang, baby dah tunjukkan jantinanya. My baby is a BOY. Patutlah kuat kicking mama ye. 
  •    Masa scan kat klinik ngn ma tu, doctor kata uri aku dok kat bawah. Tersentak tiba-tiba waktu tu. Tak tahu nak kata apa. Just tnya doctor bahaya ke tak. Nasib doctor kata kedudukan uri tu tak menutup pintu rahim aku. En suami pun risaukan aku, dia tak mau ak pikir banyak. Masa tu, ak kerap berdoa moga uri tu berada ditempat yang sepatutnya.  Agaknya ak terlalu banyak wat kerja. Aku ni bukan reti dok diam. Kejap-kejap nak wat kerja.

  • Satu lagi peristiwa yang terjadi masa trimester ini ialah berat badan semakin meningkat. Sampai 3 kg naik nya. Mana tak bising nurse tu, makanya dia suh ak minum air gula. Weeeekkkk sgt tak sedap ok, tapi minum jelah. Dh lah gelasnya besaq. Air gula tu panas lak tu, melecur lidah ku.  Lepas pada balik dari kelate, resut MGTT ni kuar. Mak ai gula dalam badan aku lepas 2 jam minum air gula ialah 8.5. TGGI tau nilai tu..huhu. Makanya aku disuruh wat test BSP iaitu kene ambik darah sebanyak 4 kali. Nanti aku citer more detail pasal test-test ni. Biar ibu mengandung sedar yang masa mengandung tak leh makan ikut sesuka hati..huhu.. Jadinya, rumusan yang leh diwat ak ni sebenarnya disuspect kencing manis. 
Trimester 3
  •   Skrg ni baby dah bergerak ngn begitu kuat sekali. Sampai senget-senget perut aku dibuatnya. Leh Nampak bonjol-bonjol kat perut aku.. hihi kalau en suami pegang dia pun kata rasa baby gerak. :) Nasib baby nak gak gerak-gerak bila papa pegang ye. Dalam trimester ni, aku kene banyak get ready tok merasai kesakitan bersalin & mempersiapkan diri tok menjadi ibu yang baik. Dh tak lama untuk baby ni kuar. Pejam celik.. pejam celik abis dah 2 bulan yang ku tggu ni.

  •   Aku berdoa moga kami berdua selamat. Scan 4D yang aku buat, membuatkan hati aku semakin tak sabar untuk bertemu dengan putera comei ku ini. Kami berdua sangat-sangat teruja tuk melihat dia lahir kelak. Moga segalanya selamat.. AMIN..

No comments:

Post a Comment