perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 20, 2013

Kesan Makan Ubat Perancang Noriday

ASSALAMUALAIKUM..

Entry kali ni aku nak story pasal kesan setelah aku makan pil noriday ni.. Tau tak sebelum aku start makan pil ni..punyalah cuak.. macam-macam pikir.. takut pening kepala lah... berat naik lah.. ada effect lainlah.. tapi demi untuk merancang keluarga & memberi ruang untuk badan ni berehat dulu.. makanya.. aku telan jugak ler.. mmg aku makan waktu yang consistent.. pukul 10 malam je aku makan.. Alhamdulillah start dari hari sabtu hari tu.. sampai hari ni ( rabu ) aku lom lupa lagilah makan.. sebabnya aku kunci alarm..:) harapnya berterusan ler..hihi

Apa yang aku perasan perubahan lepas makan pil ni.. aku nya perut jadi cepat lapar.. lagi-lagi waktu malam.. rasanya baru je lepas makan..pastu rasa lapar lagi.. mmg aku set dalam mind.. kalau lapar terus tido & jangan pikir lagi.. sebab bukan apa takut naik berat badan... 

Pening kepala atau rasa nak muntah aku tak der alami pulak..syukurlah.. cuma bab period tu aku tak pasti lagi.. aku makan pil ni pun disaat aku lom datang period lagi lepas abis nifas.. kalau ikutkan pengalaman masa bersalin kan irfan.. aku datang period masa irfan 4 bulan.. 

Aku sajer dok search lagi pasal pil noriday ni.. aku jumpa blog ni ...

yelah nak gak tau simptom-simpton lain kan.. selain dari yang diberitahu oleh doktor yang aku jumpa tempoh ari..

Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.

tu dia.. maklumat ni aku dapat dari blog seperti yang aku nyatakan kat atas... kalau nak tahu pasal implan.. iud.. leh ler baca.. dia ada bgtau kesan-kesan yang akan dialami.. 

# apa yang aku leh wat rumusan.. kesan sampingan untuk setiap kaedah perancangan keluarga ni sbnrnya depends pada badan kita.. x smua org akan mengalami kesan yang sama.. ada setengah org ok.. ada setengah tak.. jadinya kena try & error method.. :) kali ni entry tidak bergambar yek..hihihi

Tuesday, February 19, 2013

First Day Start Kerja setelah 2 Bulan Bercuti

ASSALAMUALAIKUM...

First day kerja setelah 2 bulan bercuti..

Keadaan dirumah sebelum pergi kerja:-

1) semua baju dah siap gosok dengan lebih awal.. untuk mengelakkan tak sempat.

2) kena bangun awal.. sbb nak kemas rumah... nak kena sidai kain lagi... aku bangun pukul 530 pagi.. dah ler tido kejap2 terjaga sbb iman terjaga.. ni lah pengorbanan seorg ibu...:)

3) Nasib iman tak buat perangai dipagi ari.. dia siap teman mama dia bersiap lagi... irfan lak tido ngn papa..:)

4) semua barang tok antar iman dah prepare siap2..:)

5) beg susu pun kena prepare..kang takut terlupa..

keadaan dioffice setelah 2 bulan bercuti..

1) pagi2 sampai ofice dah pi pam susu... :) yelah selalu iman hisap kan.. kali ni.. kena ler pam.. dapat gak lah 3-4 oz.. :)

2) ramai yang kata aku dah kurus.. siap mintak tips.. :) tips nya mstilah sbb breastfeed.. satu lagi kawal gak makan..

3) Datang ofice ari pertama ni dapat lak angpow.. rezeki..rezeki..:)

4) bab kerja mmg dah kelaut aku ni.. tak berapa nak igt.. hihi.. kena recall balik.. perhh..jenuh..huhu

5) pump susu unimom mezzo mmg sgt2 best.. x sakit.. :) suka..suka...:)

layan kan gmbr hasil susu yang dipump dioffice & angpow yang aku dapat..:) 

# Org kat ofice ramai yang kata aku cepat kurus.. sampai ada yang tak perasan aku dah start kerja..hihi.. kurus mmg kurus..tapi kena jaga-jaga gak skrg.. takut lepas makan pil perancang badan naik..:)

Saturday, February 16, 2013

Bila Pulang Ke Kampung Bersama 2 Org Heroku..

ASSALAMUALAIKUM..

Ni cerita masa cuti raya cina tempoh hari.. Untuk pertama kalinya aku & en suami pulang ke kampung bersama 2 org hero kami.. kalau sebelum ni balik dengan irfan & akak ipar aku je.. kali ni dah bertambah lagi sorg..

First thing aku pikir sebelum gerak balik ke kampung.. macam mana lah nak handle 2 org anak aku ni.. kalau sebelum ni.. balik kg irfan tido tepi aku.. alas toto dia..pastu dia tdo cm atas katil.. aku kan pernah citer yang irfan mmg tak dok dalam carseat..huhu..

Bila adik dia dah ada ni.. akak ipar aku lak yang kena riba irfan masa balik kg tempoh hari..paham-paham jelah kan..perjalanan ke kelantan bila cuti raya cina ni.. mmg jem lah.. itu pun nasib baik bertolak malam.. sebabnya kalau malam irfan akan tido sepanjang jalan.. 

cuma kesian akak ipar aku kena riba irfan yang berat tu.. aku & iman dok belakang..iman tdo dalam carseat dia.. tapi biasalah iman bila malam dia payah nak tdo sikit... iman mengamuk sampai ler nak masuk ke bentong.. pastu dia tido..tu pun jenuh nak bg dia tido..sbb iman kan dah biasa berbuai...huhu..

iman tdo kejap je dlm carseat sbbnya dia cm x selesa..yelah pertama kalikan dia naik keta lelama ni..pastu aku letak irfan yang dh besaq tu dlm carseat yang utk baby tu..hihi.. kesian dia..dh ler kaki panjang... tapi lena je dia tdo.. iman lak tdo atas aku jelah...

irfan mmg susah nak tdo kalau bukan ngn mama or papa dia.. walaupun bersempit kat tempat dok belakang.. tapi 2 org anak aku ni lena je tido.. :)



Ni gambar masa pulang dari kelatan ke key ell.. waktu ni kami bertolak pagi.. sbb en suami mengantuk sangat tak larat nak gerak malam..:)

Bila dah bertambah ahli keluarga ni..barang pun makin bertambah ler.. nasib baik buai kami x bawak balik.. sbb mmg dah decide nak beli kat kelantan & letak umah mertua aku.. senang..xyah memenuhkan keta.. huhu..

Nilah gambar barang-barang yang nak angkut balik kampung.. penuh keta..huhu

Baju anak mmg kena kemas banyak sikit.. aku bawak sekali sabun basuh baju baby..sbbnya kena ler basuh baju diaorg..kang x cukup lak untuk tempoh 4 hari dok sana.. tau-taulah kan irfan yang agak lasak tu suka kotorkan baju..iman pulak suka benar 'berak'..hihi.. mana taknya mamanya makan macam2.. dia pun sakit perut ler..:)

Bila dekat kampung pulak..irfan memang tak nak berenggang ngn papa dia.. kenakalan dia tak yah citer lah.. sampai kaki pun termasuk dalam kuah kari..ish2... macam-macam... syukur sangat dapat en suami yang ringan tulang.. en suami mmg jaga irfan je..tidokan irfan..mandikan..buat susu..cuma basuh berak tak lepas..hihi.. aku just handle iman je.. kiranya xderlah penat sgtkan..dah anak 2 ni..mmg kena bertolak ansur  & saling membantu..

Kalau kat kampung.. asal bgn tido irfan ngamuk..so cara nak elokkan mood dia..bawak naik motor ler.. adik juga yang cerdik..tdo aje..hihi

Ni time misi nak sepahkan umah tok nya kat kelate... :D

# Memang aku salute org yang boleh handle anak ramai2 especially yang selang setahun..perhh aku dah sampai surrender tau.. kepala sakit amat.. nak melarang abgnya jgn kaco adik lagi..nak wat kerja.. fuhh... mmg mencabar.. Tapi rezeki Allah s.w.t dah bagikan..jadinya kena di didik anak ni sebaik-baik yang mungkin.. walaupun penat cam mana pun..inilah tanggungjawab seorg ibu..:) Tu sbb syurga dibawah tapak kaki ibu..



Friday, February 15, 2013

Peek - A - Boo Nursing Cover

ASSALAMUALAIKUM...

Peek A Boo Nursing Cover
source: Art Touch 

Aku memang dok mencari nursing cover yang comey cam ni..:) bukan saje comey tapi kainnya sangat sejuk je.. Sebelum ni.. aku selalu dok tgk nursing cover yang jenis kain plain tu.. cam tak menarik je.. Bila alin (member aku)  tag nursing cover ni kat fb aku..terus cam tertarik.. 

Kenapa tetiba aku rasa nursing cover satu keperluan...sebabnya..masa aku bawak iman pergi klinik nak cucuk tempoh hari.. bila nak susukan iman..aku rasa org tgk pelik je..huhu.. waktu tu aku dh cover ngn tudung dah..siap aku pakai baju nursing tau..bukan pakai selak je.. iman lak menyusu tak dok diam.. Tu sbb menjadi tontonan kot..

Selain daripada aku beli nursing wear.. aku ada gak beli belly band.. belly band ni tok cover perut.. jadinya tak yah ler nak pakai baju nursing je kan.. satu lagi baju nursing agak mahei.. ak ada 4 helai je baju nursing...tupun beli masa ngndungkan irfan..

Disebabkan tgk harga baju nursing yang agak mahei..makanya.. aku beli belly band ni dkt one baby world.. jadinya leh ler pakai baju biasa je.. kalau selak pun tak nampak perut.. pepehal pun perlu gak ada kain yang cover kan.. event x nampak perut tapi takut part2 lain ternampak..justeru itu... peek a boo nursing cover adalah pilihan yang bijak..:) leh intai anak kat dalam tu.. iman ni kalau menyusu nak org tgk muka dia..hihi..


Belly Band
Source: one baby world


nilah peek a boo nursing cover yang dah sampai tu.. aku beli dekat sini.. Harganya RM 46 sekali ngn postage.. Sepanjang aku pi kedai baby or mall aku tak pernah lagi nampak nursing cover ni.. jadinya tu sbb aku beli onlie..:)

# walaupun breastfeeding ni nampak macam susah..yelah macam2 nak kena beli & prepare kan..tapi sebenarnya berbaloi2 dengan hasil daripada penyusuan susu ibu ni.. :) 






Thursday, February 14, 2013

Akhirnya Aku Akan Makan Pil Perancang Noriday

ASSALAMUALAIKUM...

Aku bersiaran kembali setelah bercuti di kg dari hari sabtu sampai ler hari selasa.. Hari rabu baru sampai ke key ell dari kelate.. Okies back to the topic.. Sebenarnya aku baru je lepas balik dari klinik... Aku pergi klinik swasta tok mintak ubat perancang ni... Disebabkan aku tak pernah jumpa doc untuk discuss pasal pil perancang ni.. makanya.. pada hari ni  aku perlu bertemu dengan doktor untuk mendapatkan serba sedikit nasihat & pendapat berkaitan perancangan keluarga... :)

Masa tahun lepas aku merancang sendiri.. tapi tak berjaya.. tu sbb dapat iman..hihi.. Makanya tahun ni aku tekad untuk merancang keluarga.. biarla kedua-dua putera aku ni besaq dulu.. badan ni pun agak penat sbb dua org anak aku ni kecik lagi.. huhu

Masa jumpa doktor tadi.. first soalan doktor tanya.. dah sangkut ye.. :D lawak ler doktor ni..sahih ler belum tu sbb aku nak ambik perancang..  Dia tanya aku breastfeed baby ke.. jawapannya of cos ler.. Makanya doktor kata awak boleh ambik pil noriday.. Aku sajer tanya pendapat doktor kalau cucuk memang susu kering ke.. doktor kata..bukan kering cuma kurang je.. susu still ada.. Aku pun tanya lagi.. mana lagi ok cucuk ke makan ubat.. doktor jawab.. makan ubat lagi ok..tapi kena ikut schedule ler.. tak leh terlupa makan..makan kena tepat pada masanya.. baru ler selamat.. kalau cucuk ni..yang bgsnya.. xyah ler kita dok nak mengingat kita dh makan ubat ke belum.. sbb cucuk ni tok 3 bulan 1 kali.. :)

Doktor explain kat aku pasal pil noriday ni.. kat bawah aku listkan beberapa perkara yang ditekankan bila nak makan pil perancang noriday ni..

1) pil ni perlu dimakan setiap hari.. walaupun datang period tak boleh stop.. pil ni ada 28 biji yek..

2) masa tok makan pil ni perlu konsisten.. contoh kalau makan pukul 10 malam.. makanya..next day kena makan col 10 malam gak.. x leh ubah yek..:)

3)andai kata terlupa makan.. contoh kita makan ubat tu pukul 10 malam (isnin).. than lupa makan.. next day(selasa).. sblm pukul 10 pagi kena makan.. baru ubat tu akan function.. pada hari yg sama gak(selasa)..kena makan ubat ni pada pukul 10 malam.. jadinya dalam 1 hari (hari selasa tu) kita makan 2 biji pil.. Ni kalau terlupa yek..

4) andai kata bila makan ubat ni ttba period kita asyik datang je.. kena rujuk doktor balik & doktor akan suggestkan cara lain pulak. maksudnya kita tak serasi ngn pil tu..

5) Bila makan ubat tu ttba kita rasa cam mengandung lagi.. maksudnya mengalami alahan cam muntah.. pening.. makanya.. makanlah pil tu diwaktu malam..karang makan wktu pagi.. tak leh wat kerja pulak..:)

6) kena buat pap smear setahun sekali.. nak check lah takut ada kanser ke..

7) kena check breast sebulan sekali.. kalau nampak kulit kat kawasan breast tu bertukar kaler tak cm sebelum ni kena rujuk doktor.

Tu jelah yang doktor explain kat aku.. sebelum dapat pil tu..doktor ada gak check tekanan darah n berat aku..yelah mana tau effect pil ni kan.. 

Andai kata kita dah bersama dgn suami.. makanya kena tggu next period datang baru leh makan pil ni..sebab takut preggy..kalau lom bersama lagi..makanya leh ler makan.. walaupun belum datang period lagi ye..:) sebenarnya kita hanya merancang..tapi tuhan yang menentukan.. :)


Nilah pil noriday tu.. aku kena charge RM30..taktau lagi exactly harga pil ni.. nnti kena pi farmasi..:)

# Pasni kena set alarm lah.. kalau tak confirm lupa.. ak rasa better makan malam..takut makan siang kang aku pening2 pulak..hihi.. harap aku serasi ler dengan pil ni..:)

Sunday, February 10, 2013

Felinna Inchloss Fever lah pulak...

ASSALAMUALAIKUM...

Semenjak dua menjak ni produk felinna ni makin famous.. sebelum ni aku kerap nampak orang pos dekat wall FB tu.. tapi aku tak ambik tau sangat ler..sbbnya masa tu preggykan.. lagipun bila baca produk ni utk kuruskan badan.. Dalam preggy mmg cnfrm tak leh kurus lah mmg akan jadi debab & tomei..hihi

Masa dalam pantang aku dah start menggunakan felinna ni.. tapi xder lah aku sampai mengukur pinggang aku ni.. yelah nak tgk berapa inch yang dah loss.. :D aku just pakai sekali ngn bengkung je.. mmg lotion ni wangi sangat baunya.. Masa aku pakai.. aku rasa panas tau.. ke sbb aku pakai terbanyak.. hihi.. ada sesetengah org rasa cm mint je.. agaknya depends pada org gak kot..

Perubahan yang aku rasa.. tentulah perut aku kempis sikit.. yelah selain dari pakai produk ni aku gak guna bengkung.. jadi mungkin salah satu sbb kot... Jadinya.. bila produk ni dah serasi ngn aku.. aku beli lagi sementara harga murah ni kan..:) Bukan aku je pakai.. mak ak pun join.. mak muda lah katakan.. apa yang anak dia ni pakai.. dia pun nak follow gak..hihi.. i like.. :) 

Aku dapat beberapa info kat bawah ni dkt pengedar felinna ni..

1)Lotion ni sangat wangi dan xterlalu panas,dia dingin dan mesra pengguna.

2) Hanya sekali sapuan anda boleh lihat perbezaan inch anda (pastikan ukur sebelum guna ya)

3) Inchloss diformulasi dari bahan2 semulajadi yg selamat utk wanita hamil, menyusu atau gastrik.

4) Kita boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yg kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pon beli cuba..pasti puas hati!

5) Yang pasti dengan inchloss pengeluar dah hantar utk dibacakan 30 juzuk alquran di mahad tahfiz bukit mertajam penang... Semoga lebih dirahmati..(Jd jangan langkah ya)


Yang baru beli + yang dah guna..:)


 Nak tempek gak gambar my mum yang sangat sporting ini.. apa yang aku minat.. mak aku ni pun suka..hihi

# Macam-macam produk kat luar yek utk kurus... Aku ni nak buang lemak je... Tapi ada lagi cara yang paling bgs.. jimat duit... hihi.. BREASTFEEDING.... confirm hilang lemak.. :D


Saturday, February 9, 2013

ESP Pun Ada Resepi

ASSALAMUALAIKUM...

Meh nak sharing tentang resepi ESP.. Disebabkan ni pertama kali aku mencuba.. makanya aku kena lah mencari cara-cara tok minum ESP ni.. Kalau mak aku dia bancuh je ESP tu tanpa campur apa-apa.. sebelum ni dia penah campur dengan air lain..pastu dia kata jadi loya.. Makanya..skrg mak aku minum ESP tu je..

Aku pernah gak minum soya cam ni.. Tapi bukan brand shaklee lah.. memang tau dah rasanya tak sedap.. Baunya apa tah lagi... Resepi yang aku nak listkan ni aku dapat dari distributor shaklee yang aku beli ESP ni..

•ESP + Fresh Milk 
•ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
•ESP + SusuAnmum 
•ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
•ESP + Nesvita 3in1
•ESP + jus twister tropicana ESP
•ESP + Ribena
•ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
•ESP + Milo/Horlicks
•ESP + sirap bandung
•ESP + Orange Sunkist

 Ni lah resepi-resepinya.. Kalau dekat belakang tin ESP tu dia tulis masukkan 3 sudu besar soya ni ke dalam air suam.. kena guna air suam..tak leh guna air panas..takut nanti protein tu hilang pulak.. ESP ni jugak perlu dishake.. sbb kalau tak akan jadi berketul..  Bak kata distributor shaklee tu.. minum ler 3 kali atau 2 kali sehari dengan memasukkan satu sudu besar soya ni setiap kali nak minum. Jadinya.. dalam sehari kita dah minum 3 sudu besar soya ni.. 

Untuk rasa yang lebih sedap..leh ler dicampur kan dengan air kegemaran kita.. aku campur dengan susu coklat dutch lady... Aku tak berapa gemar sangat full cream milk tu.. kalau aku minum cnfrm aku tutup hidung..:) hihi.. pasni nak try buh ngn susu anmum lak.. Agak-agak kena tutup hidung gak ke kalau minum..hihi..

ESP ni kalau diminum sebelum makan.. akan mengenyangkan kita... rasa perut full.. tapi kalau diambil selepas makan.. tu yang leh menaikkan berat badan..justeru itu.. ada 2 lah kegunaan ESP ni.. untuk org nak diet & utk org yang nak naikkan berat badan..:)


Nilah hasil ESP + chocolate milk .. sedap..:) 

#Ada orang kata minum ESP leh tambahkan susu.. bg aku kalau susu melimpah ruah lepas minum ESP ni kira mmg rezeki lah.. tapi pam mengikut masa, selalu direct feeding & berdoa pada Allah s.w.t moga kita dapat menyusu sepenuhnya sampai anak kita 2 tahun.. tu lah kunci utama pertambahan susu badan..:) nasihat tok diri sndri sbnrnya..:)




Friday, February 8, 2013

Aku Dan ESP Shaklee

ASSALAMUALAIKUM..

Aku bukan distributor shaklee dan aku hanyalah pengguna produk ini. Bukan nak promote ye cuma nak berkongsi akan kelebihan produk ni..:) Produk ni mula aku cuba sejak lepas melahirkan irfan lagi.. Selain daripada untuk menambah susu badan.. ianya untuk kesihatan..

Cuma produk ESP ni aku baru nak cuba.. Testimoni yang mak aku beri..(tgk mak dah try dulu.. dia dah nak masuk tin ke 4 dah..hihi) dia kata bila minum esp ni be4 makan.. dia jadi tak lalu nak makan nasi.. smpi bila dia nak makan nasi..dia tak minum esp tu.. kalau dia minum mmg hilang selera makan.. makanya..secara tak langsung leh kurus lahkan..hihi.. Lepas tu mak aku kata kadar gula dalam badan dia makin turun..dulu dia selalu gatal2 kat kulit badan..skrg dah tak der lagi.. siap kawan-kawan dia tegur kulit muka dia nampak anjal.. perhh testimoni mak aku..tak leh tahan kan.. 

Tu yang wat aku tertarik..sbb kesannya aku nampak depan mata.. walaupun nak kena invest lebih sikit untuk bulanan.. tapi xper.. demi kesihatan.. Aku suka ngn produk shaklee ni sbb ianya sangat sesuai utk ibu menyusu..so tak yah ler ak nak risau2..

Aku listkan gak kelebihan lain ESP ni.. selain tok sharing kat org lain.. untuk ingatan diri sndri gak.. :)

Info kat bawah ni aku dapat dari website shaklee..

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
Ada banyak lagi kelebihan nya.. jemput ler baca kat sini ye..



Nilah ESP yang sampai ari rabu aritu..:) Dapat free sekali dengan shaker lagi.. :) I like..:)

# Bila umur dah semakin meningkat.. kesihatan perlu dijaga.. see yaa..:)



Thursday, February 7, 2013

First Time Beli Tudung Dekat Citraida

ASSALAMUALAIKUM...

Pernah dengar tak nama Citraida ni.. kalau mmg rajin tgk Facebook.. confirm tau.. Citraida ni diasakan oleh Aida gadis melayu tu.. Alah yang cantik-cantik tu..


Ha ni lah pemiliknya..:)
source: fb citraida

Aku belum pernah lagi beli tudung bawal secara online.. sebabnya aku takut terbeli yang kain jenis agak keras tu.. Tapi bila tgk kat facebook citraida ni.. aku jadi tertarik.. selain tu sbb ada SALES..hihi.. aku beli tudung cam kat atas ni sehelai RM 10 ok.. murahkan..tapi minimum pembelian kena beli 5 pasang..Ambik ko.. bertambah ler tudung aku..hahaha

Sebelum ni aku selalu pakai tudung jenis sarung tu je.. alah tudung berawning tu ha.. Yelah bila ada anak susah lah pulak nak pakai tudung jenis bawal.. Tapi bila tgk patern tudung bawal yang pelbagai skrg ni.. membuatkan aku tertarik nak mencuba.. sbnrnya ada macam-macam lagi fesyen.. pasti smua org pun tau.. kalau dapat pi masjid india kan best..hihi.. berangan jelah..tggu anak besaq dulu baru boleh.. hahha.. kalau nak tgk en suami jadi incredible hack leh ler pi masjid india bawak hero-hero ni..:D


Nilah tudung yang diborong..hihi..:)lembut sangat..selamat bersoping ye.. 

Ada lagi satu tempat tudung bawal yang pasti smua org tau.. tudung aidijuma.. lain kali leh try beli kat sini lak..hihi..

# Nilah perempuan kan.. kerja nya membeli aje.. En suami pun dah malas nak layan dah..hahhaa..

Kesian Mak Aku Kena Jaga 2 orang Cucunya..

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk entry ni membuatkan aku stress bila pikir.. Ermm.. Aku confius betul ke tindakan aku ni.. Lepas raya cina ni.. bila aku dah start kerja balik..mak aku akan jaga 2 orang anak aku ni.. Mula-mula aku pikir confirm lah mak aku tak der masalah sebab sblm ni dia penah jaga anak orang lebih dari 2.. 

Tapi bila mengenangkan perangai sorang-sorang anak aku membuatkan aku pening... irfan sangat manja dengan tok ma & tok abah dia.. memang putera air mata tu tau.. Mak aku agak tegas sikit ngn dia.. tapi abah aku memang turut jelah apa kehendak irfan.. balik kerja penat-penat pun layan irfan lagi..huhu..

Pasni dah ada adik dia confirm dia akan jeles & menyebabkan mak aku susah nak wat kerja umah.. Si iman pulak tak nak dok bawah.. aku dah puas ajar.. sampai ilang suara dia sebab menangis.. tapi dia tak nak gak dok bawah..huhu.. Hal-hal cam ni lah yang watkan aku risau mak ak tak mampu nak jaga kedua-duanya.. satu lagi.. bila waktu pagi.. mak ak tggl sorg2.. sbb adik aku yang bongsu pi sekolah.. kalau adik aku ada leh gak tgk-tgkkan si irfan tu..

En suami dah cakap.. kalau mak aku kata dia tak larat jaga dua org.. dia nak letak irfan dkt nursery.. atau umah org.. huhu.. tapi boleh ke.. irfan hanya biasa ngn tok ma dia je.. kalau antar umah org aku takut dia menangis tak berhenti.. en suami dah kata aku ni manja sangat smua nak arapkan parents.. waaaa... stress.. abis cm ner lagi nak buat.. Aku tak dapat bayangkan irfan dok nursery.. cm ner lah nanti..aku takut dia pukul org pastu org pukul dia balik..

Kalau letak iman kat nursery atau umah org..risau pulak sbb iman kecik lagi... aku ada gak terfikir nak letak iman kat kelantan.. bagi mak mertua aku jaga.. mak mertua aku mmg suka budak.. dia nak jaga irfan kat kelate aritu masa aku dlm pantang.. sbb mak mertua aku kesian kat mak aku..kena handle 2 org.. Kalau antar kelate.. aku mesti sedih..huhu.. Nilah masalah yg wat aku stress..

Bila cakap kat mak aku..dia cool je.. dia kata dia leh jaga irfan & iman.. kalau dia susah nak masak tengah ari.. dia tggu abah aku balik.. baru dia masak.. waaa dgr dia ckp cmtu lagilah wat aku serbasalah plus kesian.. Dah lah pernah penat jaga kami adik beradik masa kecik.. kali ni jaga cucu lak.. patutnya aku bagi mak & abah aku berehat..bukan suh diaorg jaga anak aku..

>_< sedihh nya bila pikir.. Tengoklah keadaan cam ner nanti bila aku dah start kerja & mak aku dh start jaga 2 org anak aku tu.. kalau mak aku dah bersuara.. terpaksa gak lah aku antar irfan ke nursery.. satu keputusan yang amat perit nak wat kalau betul2 mak aku tak larat nak jaga dua org anak aku..


luv both of u.. 


# Perlu ke aku mengorbankan cita-cita aku.. beralih arah ke jawatan suri rumah sepenuh masa pulak.. Mungkin akan dipertimbangkan.. huhu..

Wednesday, February 6, 2013

Peplum Fever..

ASSALAMUALAIKUM..

Peplum dah jadi trend baju sekarang ni.. Perhh kalau tengok dekat tenet tu leh rambang mata.. memang kena kental jelah diri tengok baju cantik-cantik tu..hihi

Meh kita tgk bentuk peplum ni..


Source: fb dehotshop

Cantikkan.. mana tak aku tertarik..masa tahun lepas lagi.. dekat2 aku nak bersalin tu.. ak berkenan sangat tgk..tapi badan masa tu besaq.. tu dalam pantang aku tekad nak kasi kempis perut biar leh pakai baju ni..hihi..

Akhirnya bila selalu sangat dok tgk baju2 ni di FB akhirnya aku pun rembat 1.. :) Aku beli dekat dehotshop nilah.. 

Nilah baju yang aku beli tu.. cuma kain aku beli warna hitam..:)


Nilah baju yang dah smpi tu.. kain dia sedap di pakai..hihi..promote pulakkan..:)

Antara tempat-tempat online yg aku suka window shopping especially tok patern peplum ni:







Yang aku listkan tu kebanyaakkan fb yang aku suka tgk baju-bajunya.. cantik2 & harga pun ok..:) Next time leh window shopping lagi..:)

# Apa yang penting aku kena jaga badan ler..kalau tak confirm tak muat.. sebab takut tersangkut tang perut aku..hihi..:)

Tuesday, February 5, 2013

zalora... :)

ASSALAMUALAIKUM..

Aku baru je start bukak laman web zalora ni.. selama ni biasa tengok dekat iklan dlm tv.. tak pun iklan kat facebook tu.. Disebabkan hari ahad aritu aku tak dapat beli sandal aku kat vinci.. makanya.. dok search2 kat zalora tu..tetiba jumpa sandal jenama vinci kat situ..:)

Harga pun dah ada potongan.. apa lagi grab ler.. lama dah rasanya aku tak membeli sandal.. yelah tahun lepas kan aku ngndung mana leh pakai sandal tinggi2..hihi.. kena pakai yang leper je..:) skrg ni leh ler pakai yang tggi pulak..

Aku order kasut-kasut tu semalam.. aku ingat smpi ler hari rabu ke.. maybe 2 hari lah kot... ttba org gedex col aku.. sahih2 ler barang dari zalora.. 


 Cantikkan kotak dia.. :)


Nilah sandal yang aku beli tu.. :) nak pakai pi kerja..hihi..

Dalam kotak tu dia bagi sekali dengan return slip.. so kalau jadi apa2 kat barang yg kita order ni..leh ler pulangkan balik.. just isi return slip tu je..

Pasni leh window shopping kat zalora lagi..:)

Meh..meh.. pi kat website zalora ni..

# Bulan depan jangan arap ler aku boleh bersoping begini..hihi..:)

Kenapa Saya Suka Shopping online..

ASSALAMUALAIKUM...

Aku memang sangat gemar soping online.. lagi-lagi sekarang ni anak dah 2 kan.. makanya lagi giat lah aku soping online berbanding pergi dekat mall..hihi

Salah satu sbbnya bila aku pergi mall apa benda yang aku list nak beli mesti bukan semua dapat aku beli.. huhu.. yelah masa selalu mencemburui.. kalau pergi dengan en suami & irfan lagi lah..semua benda kena pantas.. en suami tak larat nak jaga irfan yang aktif tu..

Demi mengelakkan en suami moody aku terpaksalah bersoping dengan pantas.. sangat tak bestkan.. Makanya.. untuk menjimatkan masa.. hanya barang-barang macam baju anak.. barang-barang dapur tu kena lah pi mall kan.. hihi.. takkan nak beli via online pulak..:)

Sebelum ni aku selalu gak beli baju anak online..tapi bila dah kerap sangat terbeli size yang besar lah..kekadang terkecik lah.. makanya aku cakap dengan en suami.. baju anak beli dekat mall jelah..:)

Bari-baru ni aku ada bagitau dalam entry ni yang breastpump manual aku rosakkan.. so aku dah selamat membeli dekat fb eizmierah.. aku beli sekali dengan breastpad & icepack.. Berbaloi2.. :) 

Pastu sambil dok melayari facebook tu.. nampak lak ada org jual prewalker baby 2 pasang Rm 40.. :) apa lagi.. rembat ler 2 untuk iman.. Irfan dah kena beli sandal kat mall dah.. online dah tak der kasut tok dia..hihi.. kasut prewalker iman tu aku beli dekat sweet qaseh.. 

Nilah barang-barang yang baru sampai smlm..:)

# Kena sentiasa beringat gak masa shopping online ni..yelah kerjanya asyik dok tekan2 je.. hihi.. kang terboros pulak..:)

Monday, February 4, 2013

Cucuk Iman 1 bulan

Assalamualaikum..

Sebenarnya iman dah masuk umur 45 hari utk hari ni.. tapi aku baru bawak pi cucuk umur 1 bulan.. supposes ak bawak iman pi ppum.. tapi papa dia kerja.. susah nak lari2 kuar.. huhu.. tapi irfan pun sblm2 ni aku bawak pi klinik swasta je.. :)
Apa yang membezakan irfan n iman masa bawak pi klinik. Iman kurg sikit nangis.. kalau diagah2 dia diam.. tp kalau irfan sblm ni menangis x berhenti.. tulah sbb ak x cucuk kat klinik kesihatan.. sbb dia suka nangis.huhu..

Iman ni behave sikit. Tp x taulah kalau hanya sementara kan.. aku arap perangai dia akan terus ler begini :)
Masa timbang tadi berat iman 5.5kg..  ak cm x caya. Yeke.. tapi mmg iman berat pun & bdn dia cpt keras... tgklah next cucuk nanti kalau timbang berat iman berapa pulak.. :)
Disbbkan tadi aku pi klinik ngn ayah aku.. makanya xleh ler nak tangkap2 gmbr iman sbb aku x cukup tgn.. pegang handbag lagi. Pegang buku kesihatan dia lagi. Fuh berdikari tol ak sorg2 td.. :)

Tapi tetap ler nak tempek gmbr iman yg pipi tembam ni.. :)


Iman yang suka kerut kening..hihi..

# Lain anak lain ler perangainya.. walaubagaimanapun harapanku agar kedua-dua anak teruna ku ini akan menjaga mama & papanya di masa akan datang..:)

Pencarian Stroller

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam (ahad..3/2/13) untuk pertama kalinya aku kuar pergi mall..hihi.. Dah merdeka lah katakan.. Sebenarnya tujuan utama aku gi midvalley semalam nak cari stroller untuk iman.. en suami kata kawan dia beli scr kat mid murah.. 

Tengok sampai ke sana kami perginya.. :) hihi.. sebenarnya dari tahun lepas lagi aku idamkan nak beli scr 6.. tp tahun lepas duit tak berapa nak cukup lah kan nak beli..

tu yang masa dalam pantang aku simpan duit semata-mata nak beli stroller ni.. kenapa aku tertarik sangat kat scr 6 ni sbbnya kaler dia pastu nampak smart sgt dengan 3 tayarnya itu..

Tapiiii... impian itu tidak terlaksana.. sbbnya.. semalam masa gi tgk harga punyalah kami berdua terkejut sbb harga stroller tu dh naik sampai RM 680.00 ambik ko... Tahun lepas tak sampai pun.. tak silap aku baru RM 470 camtu atau kurang lagi..aku pun dah lupa harga tahun lepas..

Dengan muka tak caya..aku panggil promoter kat situ..last2 mmg dia kata ni harga baru utk tahun ni.. ish2.. scr 6 lagi mahal dari scr 9 ok..huhu.. Aku dengan tidak puas ati lagi.. search guna phone kat onebaby world pulak.. resultnya tetap sama harga scr 6 mmg 600++.. stroller je ok.. bukan sekali ngn car seat..

Aku cakap ngn en suami..kita ambik ler scr 5.. lebih kurg je.. cuma tayar dia 4.. en suami pun cam aku gak.. suruh tenang dulu..search lagi.. en suami pun search kat mudah.. jumpa lah ada scr 6 arga dia RM470.. tapi iklan tu tahun 2012.. Tapi laki aku suh gak col org tu.. col punya col.. sekali orang tu kata.. mmg harga tahun baru dah 600++...waaa... dengan muka penuh keciwa.. aku & en suami decide tok beli scr 5 je.. siap follow ada org yang dok tolak scr 5 lagi semata2 nak tgk smart ke tak stroller tu.. hihi lawakkan kami berdua.. 

kat bawah ni list harganya yang aku dapat dekat website sweetcherry.. harga dekat mid sama je cam kat website ni.. xder sale pun..huhu







Yang si irfan pulak.. sabor jelah..dia dah jumpa pulak patung kegemaran dia macam pororo.. dibo the dragon.. & mickey mouse.. yang aku & papanya dok nak bincang pasal stroller tu dia pulak mengamuk siap dok atas lantai lagi.. nak pi kat tmpt patung2 tu.. aduhh sabor jelah..

Setelah kepenatan handle si irfan.. adiknya kami tak bawak.. Tok ma dia yang jaga.. kalau adik pun ada sekali rasa haru biru suasana.. dengan irfan yang budget diri dah besaq tu nak jalan tak mau pimpin..:) kami beli gak stroller scr 5 harga yang kami dapat RM 468.. budget mmg bawah rm500 je.. atas pada tu tak mampu..huhu..


Nilah scr 5 nya.. smart gak..hihi.. xperlah janji adakan..:)

Tengok tu dia dah rasmikan stroller adik dia.. punya ler dok jerit2 nak turun..hihi..kata tak biasa dok dalam stroller..


Ni aktiviti wajib kalau ternampak tempat2 cm ni.. papa dia yang lebih excited..hihi..


Mama pun nak tempek gak gambar..hihi..:)

stroller ni agak besar walaupun dah lipat..makanya keta aku yang tomey itu mmg tak muat ler nak letak dalam bonet.. kalau keta en suami cnfrm ler muat.. kami ni dah ler suka berjalan naik keta tomei ku itu aje.. sbbnya sep minyak..keta en suami makan minyak yg teramat..biasalah masa dia bujang dulu..itu dia ubah ini dia ubah..last2 keta jadi berat & makan minyak.. huhu..

#Bila dah ada anak.. keperluan diri semua letak tepi dulu.. yang penting anak-anak selesa..:) bak kata en suami.. dia rela tak makan demi nak beri keselesaan pada anak & isteri.. huhu sadis bila dgr..