perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 3, 2013

Macam Mana Nak Handle Baby Menangis Dalam Carseat / Stroller

ASSALAMUALAIKUM..

source: axeana.com


Baby kalau tak nangis mmg bukan baby lah kan namanya..:) justeru itu aku sedang mencari jalan penyelesaian macam mana nak buat baby tak nangis bila duduk dalam stroller / carseat tu..
Masa time irfan.. aku fail.. aku tak berjaya letak irfan dalam tu.. sebab tulah sekarang dia mmg tak boleh duduk dalm car seat / stroller

jadinya..bila time iman ni..aku perlu tekad & mengentalkan hati untuk mengajar anak aku ni..Bukan apa.. kalau masa anak sorg..boleh ler nak riba..sekarang ni anak dah dua.. agak sukar kalau nak riba si kecik & dalam masa yang sama abg yang tengah lasak tu duduk nak kehulu kehilir dalam keta..dia budget mama & papa dia pakai MPV..:D

Aku dah mengajukan soalan ni dekat secret club for mommies (dkt FB)..memang kalau aku nak cari penyelesaian..kat sini lah tempat aku bertanya..

Meh aku listkan a few answer yang boleh diguna pakai oleh aku & para ibu diluar sana..:)

1. My son start guna car seat masa I nk pegi bersalin anak kedua...pada I elok u ajar anak sulung u duduk kt car seat..bila dia nangis u cuba alihkan perhatian dia pada benda lain..contoh I buat mcm ni..bila dia nangis duduk dlm car seat I ckp tgk2 ada lori kt luar..wah besarnya lori..pas 2 buat2 bunyi lori..hahaha..lama2 dia terbiasa duduk kt car seat

2. anak saya sejak jatuh dr stroller mmg taknak stroller langsung. carseat pun xnak sbb tak diajar dr krcik. since saya pregnant ni dah tak larat nak riba dia so kami beli juga carseat. encik suami beli dvd player letak dlm kete,letak depan carseat tu. dgn sendirinya dia nak duduk sbb nak tgk mickeymouse  stroller plak since dia dah almost 2yrs old, so encik suami belikan buggy,ringan and mudah lipat. masa nak beli tu try test letak dia kt situ. ada byk color,kami bg dia pilih. sampai skrg klau gi mall je taknak jalan.nak duk kt buggy.....

3. lepas pantang terus bawa keluar jalan2 mall disiang hari... lepas tu masa kat rumah jgn nak berdukung anak je.. insyaallah mesti boleh.. anak2 saya Alhamdulillah ok dalam stroller.. si abang dulu sampai umur 4tahun nak berstroller...

4. Normal bila anak menangis duduk dlm car seat.. My situation dulu sama mcm u.. X pnah ajar duduk dlm car seat, bile letak, my son nangis, hubby suruh pegang je. Tapii, everything change bile hubby kene offshore lame, i have no choice travel with my sonberdua je. Memang meraung, mengamok smpi i pon ikot menangis skali.. Tp dah terpaksa, seminggu jugak my son menangis all the way dlm car seat tu tp lame2 die dh biasa x nangis dah.. Now die dah biasa everytime naik kereta mesti duduk car seat..

5.  melentur buluh biar dr rebungnya.. kena start awal.. and kena keras hati sikit la.. fikir utk safety.. anak nangis biasa la.. awal2 je.. kes sy lama jugak la nk biasakan abg dlm seat.. masa tu nekad laki bini sbb tgh pregnant, nnt adik keluar mcm mana kan.. rasanya dekat 2 bulan 'bersilat' dgn yg sulung nk bg dia duduk dlm seat sepanjang jalan. dulu2 kejap duduk, teriak je, sy lepaskan, then duduk balik..mmg tak disiplin.

masa mula2 nak ajar umur dia about 11mo, hari2 ckp dgn dia "good boy duduk dlm seat" and "mama dan baba nak keluar, kalau nak ikut kena jadi goodboy duduk dalam seat.." and ada je satu dua kes dia refuse tanak duduk dlm carseat, kami masuk kereta tutup pintu. (tapi masa tu dlm pagar depan rumah la dan mak sy ada kat tepi tu, jgn pulak buat kt tempat awam, kena culik kang!) mmg melalak, smpi dia mengaku nak duduk dlm seat baru kami bg masuk kereta, sejak tu problem solved! sekarang dh umur 1y10m adik 5mo, no prob, dia sendiri panjat masuk seat dan suruh buckle kan belt. haritu jalan dr perlis-port dickson, both no problem, duk dlm seat sepanjang2 jalan. kalau nak bf suami amik peluang berenti rehat2 jap, ye la mama tido je keja kan hihi..


6. saya mmg ajar anak saya guna carseat bila drive sbb senang bila kena kuar berdua.. mula2 mmg dia nangis tp kita kena bg dia leka.. kena siapkan mainan dia..kalo dia meragam time tgh drive, kenala nyanyi2 utk dia n bt mcm2 bunyi binatang.. barula dia senyap.. mommy kena rajin borak2 dgn dia.. kalo dia nangis jgn terus angkat, try pujuk dulu.. hati mommy kena keras sketla..  lama2 nati dia faham mmg tu tempat dia..


7.nk ajar anak dok carseat / babycot / stroller mmg kena buat masa dlm hari..lepas bersalin 2 balik spital dh ajar duk carseat..klu dia dh start sedap dok atas kita mmg susah sikit


8.my son dok car seat dr 1st day balik sepital..Dok stroller pun sama..Time dia 5-6 bulan ktorang gantung toys kat stroller/carseat...Dok krusi makan start 3 bulan..Til now sebulan skali kot kalau ada pun hari yg dia meragam xmo dok dlm stroller..Dlm diaper bag ada macam2.. masa kecik byk mknan biskut baby,toys etc..Sejak 1 tahun bg dia pegang iphone dlm carseat/ stroller..umur 2 tahun bg ipad..Baru2 ni nk 3 tahun bli pulak ipad mini..Smpai skarang masih kerap angkat dia sbb anak sorang&cucu 1st..Tp dia mmg dah tau..nk jln dia yg pesan..jgn lupa stroller..hahaha..berbaloi2..


Kat atas ni antara komen yang aku perolehi daripada ibu-ibu yang punya masalah sprt aku.. tapi mostly mereka berjaya buatkan anak-anak diaorg duduk dalam carseat /stroller... memang aku sangat highlight point ni.. hati kena keras bila dgr tangisan anak kita..

#melentur buluh biarlah dari rebungnya.. pepatah yang cukup sesuai untuk baby yang baru lahir ni.. makanya..aku sbg ibu kena berusaha dan jangan sesekali berputus asa.. :) next step kena pi beli stroller..stroller abg irfan hanya leh pakai diumah je....hihi..:)

1 comment:

  1. wah banyak jugak tips2 tu kan.. boleh amik pakai nanti :)

    ReplyDelete