perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 20, 2013

Hepi Bday Iman

Assalamualaikum...


20.12.13 Iman turn to 1 year's Old.. Alhamdulillah.. syukur dengan kurniaan yang diberi oleh yang Maha Esa..


Moga iman menjadi anak yang soleh.. anak yang mendengar kata ibu bapanya.. 

Macam tak percaya dah ada 2 org anak yang berusia 1 dan 2 tahun.. walaupun agak penat menjaga mereka..sebab tuntutan kerja dan masa... tapi mama bersyukur sbb masih mampu meluangkan masa dengan anak-anak mama ini..:)



P/S: hepi bday adik...nanti kita pergi celebrate yek..:)

Thursday, December 19, 2013

CERITERA PUTERA-PUTERA KU

Assalamualaikum...

Dah lama tak story pasal 2 orang putera ku ini...


pejam celik..pejam celik.. abg irfan sekarang ni dah 2 tahun 4 bulan.. adik.. esok masuk 1 tahun... 

perangai abg irfan di kala berusia 2 tahun 4 bulan




-abg sekarang sangat lah petah berkata-kata.. mmg macam mulut mama..hihi.. tapi abg still cakap pelat lagi.. omei sangat..

-suka sangat usik adik.. kalau bangun tido pagi2 mesti cari adik dulu..cian adik tak puas tido..

-kalau pergi giant lagi2 tempat yang ada game tu..suka sangat-sangat.. selalu mengamuk dekat papa sbb nak main aje.. tak mau balik.. cian anak mama nangis sepanjang jalan..siap kena babap lagi ngn papa..

-suka benar makan nasi dengan budu.. ni lah penangan duduk dengan atok..

-dah paham kalau mama cakap papa pergi work.. tapi bila abg dpt tahu papa OT..mesti abg mengeluh sbb papa work lagi..

perangai iman di kala usia menjengah ke 1 tahun





-adik sangat lah laju merangkak..berjalan nya belum lagi... hihi.. org suruh berjalan dia malas.. bila lah anak mama nak jalan ni.. usaha lagi ye anakku..

-adik sangat suka makan.. jagung paling dia suka.. tok ma kata sbb tu lah kot gigi depan dia jarang..hihi..cian adik..

-adik tak banyak ckp macam abg.. sangat lah baik hati org nya.. abg buat apa kat dia pun..dia x balas balik...:)

-bab makan tak memilih..semua dia suka..

-semakin hari semakin besar..adik dah bijak duduk bermain dengan abg..walaupun selalu je abg terbuat adik..tapi adik nak jugak main dengan abg dia..

so sweet both of you... moga anak-anak mama & papa ni membesar menjadi anak yang soleh.. amin..

p/s: mama sayang both of u..:)

our 3rd anniversary "ziana & zaimie- 28.11.10"

Assalamualaikum..

Lama rasanya tidak mencoret di dalam blog ku ini.. dah bersarang rasanya.. nak dibuat diary kata nya.. itu azam yang lalu..akhirnya bersarang jua..:) 

Disebabkan kerajinan baru menjengah hari ni.. makanya nak mengarang sikit perihal tarikh yang cukup indah untuk diri ini & encik suami.. walaupun sudah berlalu utk beberapa ketika..so ni dikira flash back story..:)  28.11.13 is our 3rd anniversary.. syukur kehadrat ilahi.. 3 tahun sudah kami bersama sebagai suami isteri.. Dengan kehadiran 2 cahaya mata.. irfan & iman.. syukur kepada-Mu Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku  untuk merasai kebahagian ini....

Ikatan perkahwinan kalau tak der ranjau..kiranya tak indah & ceria lah kan... bergaduh..merajuk.. dipujuk balik.. dah jadi asam garam dalam ikatan perkahwinan ini..

Terima kasih buat en suami yang sentiasa berusaha dengan jayanya untuk membahagiakan kami bertiga..:) terima kasih jua kerana memahami hati wanita ini.. 

kat bawah ni beberapa gambar semasa perkahwinan kami pada tarikh 28.11.10.. :)











Moga ikatan ini akan kekal hingga akhir hayat.. amin.. 

p/s: cinta sampai syurga..