perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 26, 2012

Minum Air Gula yang Tak sedap...

ASSALAMUALAIKUM...

Citer pasal minum air gula ni dah sangat familiar di kalangan ibu-ibu preggy... 

lagi-lagi kalau yang masa ngandung tak kontrol makan.. bila naik berat berlipat kali ganda.. selamat lah yek kena minum air yang termanis ni..huhu

Pregnant kali ni.. aku dah kena minum 2 kali.. first masa dekat KPMC puchong... pastu second time dekat ppum.. dekat ppum aku minum ari isnin lepas..:)

yang dekat KPMC tu.. result sblm tak silap aku 5 kebawah... pastu lepas dh minum air gula 7.8... kalau kat gov mmg x leh diterima.. tapi swasta is ok..hihi

Kali kedua ni buat dekat PPUM lak... tapi result dia ak tak nampak..yelah nurse recordkan kat dalam buku record aku.. just doc kata.. awak tak der kencing manis..

Masa tu.. bersyukur sangat-sangat.. syukur berkat aku mengawal cara makan aku..akhirnya berhasil.. makanya.. walaupun preggy makan kena kawal.. jgn makan manis-manis sangat... 

Walaupun aku disahkan dah tak der kencing manis..tapi aku tetap berhati-hati.. :)

Dah tak yah ambik darah 4 kali lagi... tak yah puasa-puasa lagi.. :) sekarang ni just maintainkan corak pemakanan.. & berat badan..

 

Wednesday, October 24, 2012

merancang kehamilan..

 ASSALAMUALAIKUM..

Aku ni bersalin pun belum lagi..hihi tapi dh wat tajuk merancang kehamilan.. :) persediaan selepas kelahiran bayi ke 2 aku ni..:) ..sebelum ni ak tak menggunakan sebarang cara untuk merancang keluarga.. guna teknik semulajadi je..hihi.. Rezeki Allah S.w.t nak bagi. Maka kami suami isteri menerima dengan hati terbuka..:)

Jadinya.. tiba lah sekarang untuk aku mengumpul sebanyak mana pengetahuan tentang cara merancang keluarga.. Balik kampong, ramai makcik-makcik yang ngomel2 napa tak ambik perancang.. nanti anak rapat sgt lah.. macam-macam ler dibebelkan.. 

Tak per.. ak pun sbnrnya tak kisah tok ada baby lagi.. :) sementara umur masih muda ni.. beranak ler.. tapi skrg ni cukup dua dulu.. sbb aku nak kedua-dua anak aku ni membesar dulu.. en suami pun dh setuju..:)

- guna pil perancang. 
Aku tau pil perancang ni memang popular dikalangan ibu yang nak merancang anak..

Jenis ubat perancang ada 2

  • Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet, Mercilon
  • Progestogen – jenama Noriday. 

Apa yang aku tau ada 2 pil perancang yang cukup hangat diperkatakan. Noriday & yasmin. Hasil pencarian ak dekat pakcik google tu.. Aku ada jumpa penerangan tentang 2 pil ni.

Noriday 
-sesuai untuk ibu menyusu.

-Noriday hendaklah diambil pada waktu yang sama setiap hari tanpa henti walaupun ketika kehadiran haid. Sekiranya terlupa, hendaklah diambil secepat mungkin dan pil seterusnya diambil pada waktu yang sama seperti sediakala.

-Noriday boleh mula diambil pada hari pertama kitaran haid ataupun selewat-lewatnya pada hari ke-5 kitaran haid anda. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju sekiranya Noriday diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Walaubagaimanapun kaedah mencegah kehamilan yang lain juga harus dipertimbangkan kerana organ perkumuhan seperti hati dan buah pinggang bayi anda masih belum matang lagi dalam tempoh tersebut.
Keberkesanan Noriday terjejas sekiranya
1. Noriday dimakan bersama ubat antiepileptic seperti phenytoin, phenobarbital, carbamazepine
2. Noriday diambil bersama antibiotik tertentu seperti rifampicin, rifabutin
3. Noriday diambil bersama antibakterial griseofulvin
4. Noriday diambil bersama herba St John's Wort
5. terlewat lebih 3 jam daripada waktu biasa diambil
6. anda mengalami cirit-birit dalam masa 2 jam selepas makan pil ini





Ada jugak pil yang diberi nama yasmin. Pil ni mahei harganya.. sbbnya selain utk merancang keluarga.. ianya utk kulit gak.. Cuma pil ni boleh mengurangkan susu.. wahh itu eden tak sanggup.. 1 lagi ada yang kata pil yasmin  ni takkan menggemukkan badan
Aku baca dekat blog ni


Dia kata tentang pil yasmin ni
-kena ambik masa hari pertama period sampai habis 1 papan (21 pil) lepas tu berhenti sambung balik pada hari ke 8.
- harga dkt klinik rm 55 kalau dkt farmasi 48..

Ni yang ak dpt info dr blog ni tau.. skrg ni mana tau dh naik hargakan..hihi

Selain daripada kaedah ni.. ada jugak kaedah implant, IUD, & cucuk untuk cegah kehamilan..

Nanti ak buat research lak pasal lain2 kaedah tu.. hihi.. skrg ni ak mmg dok baca pasal pil perancang ler.. Makcik husband aku dia makan minulet.. dia kata ok.. siap susu banyak lagi.. dia mmg pandai sgt merancang.. kagum ak.. :)

 
Cuma biasalah pil perancag ni ada kebaikan & keburukannya.. 

kesan-kesan sampingan 

  • Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai darah jenis A
  • Pening dan mual
  • Migraine
  • Muntah dan masalah-masalah perut
  • “Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan
  • Sakit kepala
  • Buah dada menjadi tegang
  • Tekanan (depression)
  • Tekanan darah naik
  • Turun atau naik berat badan
kesan-kesan baik


  • Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia (kurang darah)
  • Peredaran haid lebih teratur
  • Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid
  • Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease
  • Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)
  • Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus
  • Mengurangkan risiko hamil luar rahim
  • Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan kulit, mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga boleh mengawal pereputan tulang (osteoporosis)  

    Peringatan : 

    Ambil pada masa yang sama setiap hari 


    Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau sekiranya kali pertama anda ingin mengambilnya 


    Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti estrogen, jadi akan ada risiko kehamilan 


    Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama 


    Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang 


    Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS


    Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko 
    mendapat penyakit jantung. 

    sumber-sumber yang aku dapat daripada

    -http://farmasianis.tripod.com/wanita_rancang.htm


    http://mamasuraya.blogspot.com/2011/06/contraceptive-pills-yasmin-vs-noriday.html

    Wahh panjang nya entry aku.. sebenarnya ni untuk pengetahuan aku gak.. jadinya aku kumpul siap-siap untuk rujukan aku sendiri..:)

    Rumusan yang boleh dibuat… pil perancang ni depends pada badan gak.. kadang-kadang makan pil leh gemuk… cucuk pun leh menyebabkan gemuk gak.. so aku rasa kita kena tgk keserasian badan.. Wat sementara waktu ni.. ak rasa nak makan minulet tu.. tapi tak tau ler dah kuar baby & dapatkan consultation ngn doc aku tukaq lak pil perancang ni kan… noriday pun macam sgt ok.. sbb utk ibu menyusukan.. Cuma yasmin tu kalau dh tak nak bg anak susu badan leh ler makan..hihi..

    source : pakcik google