perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 10, 2011

TEKNIK POWER PUMPING UNTUK IBU MENYUSU

ASSALAMUALAIKUM...

Semenjak aku kerap tengok ibu-ibu yang dapat kumpulkan stok ebm dengan banyak.. Aku jadi berkobar-kobar nak follow macam diaorg.. Aku yakin rezeki pasti ada untuk anak aku.. :) Teknik power pumping ni aku selalu sangat dengar. Serius first time dengar aku igtkan teknik yang perlu pump kedua-dua Cik N serentak. Rupanya salah tafsiran aku.. Aku ada search kat pakcik google ni tentang power pumping than terjumpa banyak artikel yang dibuat oleh para blogger tentang power pumping ni..

Aku baca artikel tentang power pumping dekat blog surijunior.. Meh aku sharekan beberapa fakta tentang power pumping yang aku peroleh dari blog ini..

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.



Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendakiJangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Apa yang penting sekarang, aku tak boleh stress.. kena banyak minum air.. kena sentiasa berdoa..(dlm post ni).. Insyaallah susu pasti ada untuk irfan tersayang..:) berusaha mamazie..:)

Monday, December 5, 2011

CERITERA TENTANG STOK EBM

Assalamualaikum...

EBM ni dikenali sebagai Express Breast Milk. Aku tak pernah buat stok ebm sepanjang aku berpantang.. sebabnya anak aku suka benorlah direct feeding. Sebenarnya lagi baguslahkan direct bf sebabnya leh produced lagi banyak  susu badan. Memang masa dalam pantang, susu badan sangat banyak. Sampai anak aku tersedak-sedak dibuatnya. Tapi beberapa minggu sebelum ak masuk kerja, irfan diajar balik menyusu menggunakan botol. Kadang-kadang aku pump pastu aku letak dalam botol. Tak pun mak ak bagi susu FM.


Bila dah mula bekerja, aku kena pump & simpan susu. Masa nilah aku mencari balik artikel-artikel tentang cara penyimpanan susu EBM ni. Anak aku parents aku jaga dekat subang. Tapi aku bekerja & tinggal dengan husband kat kajang. Aku hanya balik pada hari rabu, jumaat, sabtu & ahad tok jenguk anak aku. Kenapa aku letak anak aku kat mak aku? semuanya kerana aku tak yakin lagi nak antar kat babysitter.. 


Ok back to topic EBM storage. Masa 1st day aku start kerja. Aku sangat-sangat segan nak pump kat ofice. Tapi Cik N aku ni sakit bukan main. Hanya tuhan je yang tahu. Hari aku masuk kerja tu pulak ari jumaat. Makanya tiba wktu lunch pukul 12.30 tgh tu.. aku balik umah. Nasib umah dekat dengan office.. So aku balik umah.. aku pump. Masa tu ak dapat 5oz.. Patut nya leh lagi nak mengepam.. tapi tak larat pulak.. :) jgn tiru macam aku ye. Patutnya kena kosongkan cik N tok produced lagi banyak susu. Bila dh tak rasa sakit kat cik N baru aku berhenti. Masa first time mengepam tu, sampai keluar darah kat cik N tu. sakit rasanya.. Tapi tu cerita aku dihari pertama aku mengepam setelah abis waktu berpantang..

Sekarang ni alhamdulillah.. semuanya ok.. bila kat office aku mengepam mengikut waktu tak sibuk aku. Maksud aku time aku tak bz. Ni pun tak leh ikut style aku yek. Patutnya kita mengepam kena time yang konsistent & setiap 3 jam. Tapi disbbkan kat office ni aku kena pump kat surau. Pastu bila dh pump nak masuk kan susu dalam peti ais office kena lalu pekerja-pekerja llki lain. Tu yg wat aku segan. Jadinya aku hanya akn mengepam waktu lunch. Tak pun waktu pekerja lelaki kuar pi site.. :D

1 hari aku boleh dapat lebih kurg 5 botol. Kadang-kadang aku pump dapat lah 4 or 5 oz. jadinya total 1 hari lebih kurang 20 oz lebih aku dapat. Sepatutnya aku leh dapat banyak lagi kalau aku kerap megepam kat ofice..tapi nak wat cam mana..beberapa faktor yang membantutkan keinginan aku ini. Bila balik rumah mak aku hari rabu & jumaat.. aku akan bawak balik smua susu tu.. tok anak aku minum.. tapi bak kata mak aku.. susu-susu tu hanya cukup smpi waktu siang je.. waktu malam mak aku bagi FM..Tak perlah janji anak aku minum susu ibu gak..


Lepas pada abis pantang.. susu aku tak banyak.. Mmg aku kena kuat minum air masak.. dan berusaha mencari milk booster yang sesuai dengan aku. Lupa pulak nak citer cara-cara aku simpan EBM tu.. Aku baca artikel kat sini .. aku follow apa yang dikatakan kat dlm artikel ini
 Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
  
Masa kat office, susu tu aku akan simpan dekat dalam peti ais office yang satu pintu tu. Aku letak kat bhgian bawah. Bila tiba hari selasa. Aku akan bawak balik susu-susu tu dengan menggunakan cooler bag.Untuk bawak balik kesubang.. ice pack yang ada dalam cooler bag tu leh tahan kesejukkannya sehingga 14 jam ( ni mengikut details yg aku baca kat kotak ice pack ni)  aku akan letak kan semua kelapan-lapan botol susu dalam cooler bag tu. Pastu bila sampai umah parents aku, aku terus letak dalam peti ais yang kat atas untuk memanjangkan hayat susu ni. :)

Ice Pack yang dah dibekukan



Susu Ibu yang telah Dibekukan.


Beberapa maklumat yang aku peroleh daripada artikel ini:-

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

untuk mengetahui lebih banyak fakta berkaitan susu ibu ni, bacalah kat website yang aku nyatakan kat atas ek. Untuk penyimpan stok perlu ada pengetahuan sikit-sikit. Cam aku daripada zero, sekarang ni tahu jugaklah lepas bertanya pada org-org yang pakar & membaca artikel :) 



Antara barang-barang yang aku gunakan sepanjang membuat penyimpanan EBM ni..

Apa yang penting dalam proses membekalkan susu ibu kepada anak tercinta.. kita perlulah:-  

Mengepam dengan kerap, sekurang-kurangnya 3 jam sekali (bagi yang bekerja)
Menyusui bayi dengan kerap, mengikut kehendak bayi atau menawarkan susu badan kpd bayi.  

Minum air yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 2-3L sehari.  

Banyak berdoa dan berhajat kepada Allah SWT 

Last sekali nak attach gambar irfan yang semakin sihat & tembam ini. Walaupun mama tak fully bf irfan.. Tapi alhamdulillah anak mama semakin sihat...:) 


Saturday, December 3, 2011

kisah anakku dengan susu ibu & susu formulanya.

Assalamualaikum...

Baru sekarang aku berkesempatan untuk cerita tentang susu ibu dan susu formula yang aku bekalkan kepada anakanda kesayangan aku.. Mesti ada yang pelik, mengikut artikel yang aku buat sebelum aku bersalin, aku ada kata nak fully breastfeed anak aku. Ye mmg aku nak sgt fully BF..Tapi terdpt beberapa perkara yang mnybbkan keinginan tu tak kesampaian..

Aku tau, aku berkemampuan untuk bagi anak aku susu ibu sepenuhnya. Tapi diawal kelahiran irfan, hari pertama mulut comel ni dh disua susu formula. Sebabnya susu badan ak tak kuar. lepas berurut, alhamdulillah susu keluar jugak akhirnya..

Perasaan aku ketika tu tak dapat dicerita dgn kata-kata. Bila irfan hisap susu aku.. rasa nak menangis.. besar sungguh kurniaan tuhan ini. Susu ini mengalir dari badan aku sendiri. Masa dalam pantang memang aku fully BF.. tapi mak aku suruh jugak ajar susu fm.. sebabnya dia takut ak bekerja & tak smpt nak kumpul stok susu. Aku turutkan kehendak mak ak. Masa tu dh terlupa niat yang penah aku suarakan dalam hati ni tentang fully bf tu.. 

Bila dah minum susu formula bercampur dengan susu ibu.. tetiba anak aku payah nak "berak".. bayangkan smpi 7 hari baru dia dpt berak.. Kalau kita org dewasa ni dh dikategorikan sembelit. betul tak? irfan baru 1 bulan waktu tu.. Jenuh ak + suami ku + mak ak + abah ak mencari solution tok prob "berak" irfan ni. Dari susu frisolac, novalac, mamex & frisolac khas tok baby sembelit. semua dah dicuba. Tapi tetap tak berkesan

irfan dibawak ke klinik kanak-kanak serina dkt sg buloh.. Doktor tu bagi penerangan satu persatu tentang masalah irfan ni.. Dia kata, dia nak try dulu tgk najis irfan. Bila dia masukkan ubat air suh paksa berak.. akhirnya bila keluar doc pun terangkan satu persatu.. :) detailkan doc ni.. dia kata anak ak ni di kategorikan sbg malas teran.. leh kata baby maleh ler..hihi.. 

jadinya irfan diberi ubat tok mudah "berak" & disuggestkan tok tukar susu kepada enfalac.. Jadinya sampai saat ni, susu enfalac + susu ibu menjadi teman irfan. Bila ak balik rumah parents aku tok jaga irfan.. Aku akan bg susu ibu aje.. Susu FM hanya akan dicampur dihari aku bekerja..


Susu Ibu


Susu Formula

In the next entry, aku akan citerkan cam mana aku bekalkan susu ibu sedangkan anak aku dijaga sepenuhnya oleh mak aku disubang. Hari rabu, jumaat, sabtu, ahad je aku jaga anak ak ni..

P/s: Aku sedar mesti ada sesetengah org akan kata aku yang set dlm mind tak mau fully BF.. hanya Allah s.w.t je yang tau betapa aku sangat teringin utk fully BF.. Walaumacam manapun.. aku sangat bersyukur.. wpun berjauhan ngn anakanda tercinta.. tapi dia tetap hendak hisap susu mamanya..

Playmats untuk Irfan.

Assalamualaikum...

Tadi kuar pi beli barang-barang irfan. Singgah sat dekat mybbstore (kota damansara) nak beli playmats tok irfan. En suami dah setuju jadinya mama irfan ni apa lagi tak mau tggu ari lain. Ari ni gak pi beli.. hihi.. 


Playmats ni ada sale.. harga dia supposed RM 79.90 tapi leh dapat RM 69.90.. Colourfullkan .. I LIKE.. :D

source : Mybbstore

Yang gambar kat atas ni pattern lain.. tapi tak colourfull.. irfan suka tgk yang warna terang-terang so mmg tak boleh beli yang ni..

Bila gembira mesti tangan masuk mulut..


Irfan menjeling dengan pandangan yang pelik ..hihi

Gambar irfan ngn playmats barunya. :D kalau dh boleh meniarap msti lagi gmbra anak mama ni.. skrg ni dok tgk-tgk jelah benda ni.. sbb dia rasa pelik je.. hihi.. 




Friday, December 2, 2011

TOYS & SOFT BOOK UNTUK IRFAN

Assalamualaikum

Irfan sekarang dah mula tertarik dengan benda-benda yang colourful. Kalau bukak citer kartun confirm dia diam.. Suka lah tu anak mama ni.. :)
Irfan ada 1 jenis softbook.Tajuk tok softbooknya tu Where is Elmo. Aku ler yang tukang baca kat dia. Baca kena dengan penuh semangat.. yang paling penting bila sebut perkataan Peek A Boo.. Mesti irfan gelak..:) pandai anak mama.



Nilah softbook yang aku cakapkan tu. Nanti next entry ak tunjuk cm ner ragam irfan bila tgk buku ni.. :D Buku ni Untie lily dia belikan masa datang tengok irfan haritu. 

Baru-baru ni aku ada beli another toys kat irfan. Aku beli kat sini 



Source: Babyshop2u

Comey-comeykan.. Tak sabar nak letak kat tangan irfan. Rasa-rasanya confirm dia gigit nanti. hhihihi.. 
Sekarang ni aku rajin survey barang secara online. Leh kata semakin kerap beli barang baby online. 
Ada lagi beberapa jenis toys & softbook yang aku berkenan.. Next months leh beli. :D Tapi tak boleh beli sekaligus.. hihihi.. Marah papa nanti.. 

Source: Babyshop2u




Baby cepat tertarik dengan warna-warna terang cm ni.. Nanti nak survey lagi jenis-jenis toys yang menarik untuk irfan..:)

JERSLIN OIL

ASSALAMUALAIKUM..

Tajuk entry tak leh tahan kan.. :D
Macam nak menjual pulak.. sebenarnya bukan.. aku just nak bagitau
serba sedikit tentang jerslin oil yang aku gunakan kat baby aku skrg..
sebelum ni guna minyak yuhyi..
tapi ada terbaca yang minyak yuhyi ni diragui status halalnya..
Makanya automatik aku terus bertukar ke jerslin oil ni..
Mana ak kenal jerslin oil ni?
Tentulah dekat kenalan yang ak kenal di secret club for mommies (FB)..



Mengikut fakta yang aku dapat daripada  kenalan aku ni ( Aku beli jerslin oil kat dia.. :))

JERSLIN POWER OIL (MINYAK 1001 KHASIAT)

- Mengandungi Habatus Sauda
dan Herba terpilih.
- Tidak perlu makan hanya sapu.
...- Tiada Kesan sampingan.
- Selamat untuk semua peringkat usia, ibu mengandung & bayi.
- Dijamin Halal & buatan Malaysia.
- Kandungan 30ml.

Minyak aroma semua dalam satu sesuai utk semua golongan dewasa dan kanak-kanak. Menambahkan oksigen dalam badan, membantu dan menjaga organ dalaman.

JERSLIN POWER OIL berupaya merawat pelbagai jenis penyakit seperti :


Boleh merawat PENYAKIT PADA BAYI :
• Demam – Sapu di kaki & pakai stokin
• Kembung perut - sapu di perut
• Batuk – Sapu di dada & kerongkong
• Selalu selsema – Sapu di hidung

Boleh merawat PENYAKIT IBU MENGANDUNG :
• Kekejangan otot / simpul Biawak – Sapu di tempat bermasalah

Boleh merawat PENYAKIT KAUM WANITA :
• Sengugut / Angin pasang – Sapu di tempat yang sakit
• Keputihan -- sapu di sekitar kemaluan
• Kitaran haid tidak betul -- sapu di kemaluan

Boleh merawat PENYAKIT UMUM (LELAKI/WANITA) :
• Asma/Lelah/Semput – Sapu di dada
• Batuk – Sapu di dada & kerongkong
• Buasir -- sapu di dubur
• Kesejukan kaki & tangan -- sapu pada kaki & tangan
• Keracunan makanan -- sapu di perut & dubur
• Sakit perut / Cirit-birit -- sapu di dubur
• Gatal-gatal --sapu di bahagian yg bermasalah
• Demam – Sapu di kaki & pakai stokin
• Gastrik – Sapu di perut  
• Gout – Sapu di tempat masalah
• Kolestrol Tinggi – Seluruh badan
• Kayap – Di tempat masalah
• Kutil/Tumor – Sapu di tempat ketumbuhan
• Resdung – Sapu di hidung
• Sakit Kepala/ Migrain – Sapu di muka & kepala
• Selalu selsema – Sapu di hidung
• Susah dapat anak - sapu di tapak kaki & sekitar yg bermasalah.
• Susah Hendak tidur – Seluruh badan
• Tekanan Darah Tinggi/Darah Rendah – Sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki.
• Kabur, selalu keluar air mata – Kelopak & bawah mata
• Kekejangan otot / simpul Biawak – Sapu di tempat bermasalah

Tu dia panjang berjela-jela penerangang tentang minyak ni.. Aku dah gunakan kat baby ku.. Alhamdulillah demam selsemanya dah berkurangan & dia tak mengalami masalah kembung perut.. Minyak ni leh digunakan
oleh semua peringkat umur tak kira lelaki atau perempuan.. :)
Apa lagi.. cuba lah.. hihi.. leh beli kat sini ye.. :)

Tuesday, November 29, 2011

Perubahan kehidupan setelah menjadi ibu

ASSALAMUALAIKUM...

Lama nya aku tak menulis blog. Last aku dok mengarang dalam blog ak ni masa bulan 9. lepas irfan naufal lahir. mmg serius bersawang blog ku ini..hihi.. 

Sekarang ni rutin harian tersangat lah berubah. Dah tak cam dulu lagi.. kalau dulu tak kira masa leh menaip. Siap leh edit-edit gambar nk letak dalam blog. Skrg kena pandai-pandai curi masa.


Irfan tengah sedap dibuai mimpi tepi aku. Makanya mamanya nak mulakan berblogging.. :)


Irfan sekarang dh genap berumur 3 bulan. Muka pun dah berubah. bentuk fizikal badan semakin tembam. Rutin mama pun semakin berubah dengan dasyatnya.


Mana taknya, untuk tido sampai ke pagi dan tak mungkin terjadi..:) Sekarang ni, irfan selalu kejutkan mama..


Perubahan-perubahan yang terjadi semenjak ada anak :-


1. Kalau tido pasti akan terbangun selang 2 jam. Sebabnya irfan nak menyusu.


2. Dah tak boleh nak berjalan dekat shopping complex lama-lama sebabnya irfan mesti merengek.. :)


3. Kalau irfan dok dengan tok ma kat subang. Mama mesti kena bgn malam tok pam susu. Walaupun irfan tak der disisi, tapi mengepam itu pasti sebabnya nanti cik N sakit sangat.


4. Dekat ofice kena mengepam. Siap simpan susu dalam peti ais..


5. Pakai tudung dah tak boleh lama-lama nanti confirm irfan nangis sbb nak didukung.


Buat masa sekarang tu perubahan yang aku alami. Ada lagi akan dilistkan balik...hihi.. walaumacam manapun, kurniaan tuhan ini amat menggembirakan aku & suami. Malahan keluarga kami berdua pun sangat teruja dengan kehadiran irfan. 


Kalau dulu, perubahan ini amat sukar nak ditempuh.tapi skrg semuanya dah menjadi rutin harian. Irfan anak kesayangan mama & papa.. Syukur kehadrat ilahi dengan kehadiran cahaya mata kami ini.. :)


Gambar Irfan.. :)




P/s: Banyak lagi citer yang nak dikongsi.Indahnya kehidupan setelah bergelar ibu. 

Friday, September 2, 2011

PENGALAMAN MELAHIRKAN IRFAN


Assalamualaikum..

Walaupun hari ni dah hari ke 12, tapi ingatan terhadap pengalaman bersalin tu masih dirasai. Masih terasa lagi kesakitan yang dialami ketika menahan kesakitan untuk melahirkan anakanda tercinta. Untuk memudahkan bercerita, aku buat kronologi ketika diawal tanda kelahiran tu datang sampai lah saat aku selamat melahirkan anak teruna aku ni.

22.08.11

4 pagi:  Masa pukul 4 pagi, aku terjaga sebab nak bangun untuk bersahur. Tapi aku rasa macam awal lagi. En suami pulak tertido dekat bawah sbb tgk TV smpi lewat-lewat malam. Bila aku nak baring balik tiba-tiba aku rasa macam ada air yang mengalir. Aku pun cepat-cepat pergi toilet. Air tu still mengalir lagi. Time tu aku ingat apa yang aku selalu baca kat blog-blog para ibu hamil, ada yang kata kalau nak tau tu air ketuban atau tak. Air ketuban tak der bau & jernih. Masa tu memang dah tak pikir geli dah, sbb aku nak pastikan tu air ketuban. Aku bau memang tak der bau apa-apa & air tu jernih. Aku cepat-cepat turun bawah & kejutkan en suami. En suami pulak tengah mamai dia ingatkan aku kejut untuk bangun sahur. Aku bagitau dia yang ada air mengalir kat bawah, aku suruh dia pastikan gak yg air tu tak der bau. Dia pun kata agaknya tu mmg air ketuban. En suami cepat-cepat suruh bersiap. Ak terus mandi & bersiap-siap untuk ke hospital. Semua dokumen penting dibawa ke hospital. Beg baby & beg aku memang dah ada dlm bonet keta. Aku cepat-cepat kejut akak ipar aku untuk bagitau dia yang air ketuban aku dah pecah.

4.30 pagi: kami bergerak ke PPUM dari kajang. Masa tu jalan memang lengang. Dalam keta  aku dah berdebar-debar takut apa-apa berlaku pada anak dalam kandungan ni. En suami suh bertenang. Masa tu sakit tak datang lagi. Cuma aku memang dapat rasakan air mengalir. Nasib aku pakai pad. Dalam perjalanan ke hospital aku berdoa banyak-banyak moga kami berdua selamat. Sampai-sampai kat hospital, aku & en suami terus ke wad bersalin. Kami terus ketingkat 3. Dekat tingkat 3 tu, aku bagitau kat nurse yang air ketuban aku dah pecah. Nurse suh tukar baju hospital. En suami pulak pergi parking keta kat tempat yg betul, sebab sblm tu dia parking keta kat kawasan kecemasan. Bila dah selesai salin pakaian, aku dibawa ke labour room untuk dicheck bukaan dan dipasang CTG kat perut. Masa tu sakit dh mula datang tapi tak terlalu kuat. Aku rasa macam selang 30 minit cmtu. Nurse letak CTG kat perut, lepas tu ada doctor perempuan masuk untuk check bukaan aku. Masa dia check tu, dia ckp baru bukak 1cm.  Time tu ramai pulak lah doctor yang masuk tok tgk progress baby dalam kandungan. Mengikut keputusan CTG tu, contraction aku consistent. Masa dia check bukaan tu sakit sangat..huhu.. Doktor ada bagi aku 2 pilihan memandangkan bukaan baru 1cm samada aku nak diinduce ataupun dalam masa 18 jam aku tggu bukaan smpi 10cm. Kalau lebih dr 18 jam, aku perlu jugak diinduce. Waktu tu aku memang ngh pening nak wat keputusan pun tak reti, huhu.. aku tanya apa pro & cons kalau ak pilih keputusan2 tu. Aku risau sbb air ketuban dah leaking, takut baby tak safe dlm perut aku.huhu.. Doktor kata, baby akan selamat dlm masa kurg dr 18 jam sekiranya air ketuban dah pecah. Jadinya, aku pun pilih tuk tggu, tak mau diinduce..sbb aku penah baca yang induce tu sakit sangat.

Dalam pukul 6 lebih macam tu, masa ni aku dah tak tau specific time coz jam pun x der. Tapi aku agak-agaklah. Aku ditolak naik ke wad dengan menggunakan wheelchair ke tingkat 5. En suami pun follow sekali, sbb dia nak letak smua barang-barang. Aku ditahan di wad untuk seketika sementara menunggu bukaan. Time ni sakit dah selang 5 minit. Ya allah, sakit hanya tuhan yang tahu. Ak tak boleh nak tido. En suami pulang dulu ke rumah untuk mandi & berjanji tok datang ke hospital dalam pukul 8pg macam tu. Dah dekat pukul 7pg, doctor datang untuk check setiap pesakit. Masa ni doctor nak check bukaan & letakkan CTG sekali lagi kat perut aku. Time ni, aku dah malas pikir sakit kene check bukaan sbb aku tau ni mmg dah jadi procedur pulak. Huhu.. Ak tarik nafas jelah masa kena check bukaan tu, nasib jari doctor tu kecik. Doktor kata bukaan aku dah 2cm & aku perlu ditolak ke labour room. Sebabnya aku dah leaking & mengikut graph CTG tu, contraction aku memang consistent & baby cam nak keluar bila-bila masa. Jadinya, diaorg akan pantau aku di labour room nanti. Aku terus msg encik suami tok bagitau dia yang aku akan ditolak ke labour room. En. Suami terkejut & bagitau yg dia akan bergegas ke hospital secepat munkin. Sebelum ke labour room, aku dah teguk minyak selusuh yang mak mertua aku bekalkan. Aku tau confirm akan sakit, tapi itu lagi terbaik utk percepatkan bukaan & tak perlu diinduce. Sebelum turun ke labour room aku disuruh makan dulu. Aku just makan roti dengan air milo je.

Dalam labour room, sekali lagi CTG dipasang diperut aku, doctor pulak beramai-ramai masuk untuk tgk keadaan aku. Sesi seluk menyeluk bermula lagi.huhu.. kali ni, doctor tu kata bukaan bukan 2cm tapi still 1cm. Diaorg dok bising-bising kata kenapa aku ditolak ke labour room sedangkan baru 1cm. Nasib ada seorg doctor ppuan ni explain yang aku dah leaking & perlukan pengawasan yang rapi. Aku pulak yang pening dengar doctor-doktor tu dok bercakap antara diaorg. Bila tgk result CTG, doctor kata contraction aku maintain consistent. Sakit selang 3 minit cm tu. So soalan yang sama ditanya pada aku, samada aku nak diinduce atau tggu bukaan tu terbukak secara normal. Siap terangkan segala risiko untuk pilihan-pilihan yang ak nak pilih tu. Doktor kata, kalau nak tggu bukak normal takut kuman merebak sbbnya aku dah leaking. Doktor explain, yang leaking tu bukan membrane tempat baby duduk tu, tapi dkt bahagian lain. Jadinya anak aku maintain selamat ditmptnya. Lama aku pikir last-last aku kata demi keselamatan anak aku, ak nak diinduce. Doktor pulak macam paham apa ak rasa, dia kata dia bagi 4 jam untuk tgk bukaan lagi. Kalau still dalam masa 4 jam 1cm or 2cm ak akan diinduce. Lepas pada doctor keluar dari bilik tu, en suami datang ditemani dengan nurse. Huhu waktu ni rasa cm nak nangis. Nurse suh ak mintak maaf dengan en suami. Ak salam ngn en suami & mintak maaf ngn dia. En suami cium dahi aku huhu sedihnya masa tu. Ak mmg sangat-sangat tak bermaya waktu tu. Sakit pulak asyik datang selang 3 minit. En suami bagi kata-kata perangsang, dia kata dia ada kat luar & takkan kemana-mana. Dalam masa 4 jam tu, aku disuruh untuk berjalan supaya memudahkan bukaan. Serius tak larat nak jalan sbb sakit tu asyik menyerang je. Aku tak sedar bila nurse bagi ubat tok berak sbb aku rasa sakit perut yang memulas-memulas. Dalam jangkamasa 4 jam tu, aku sempat keluar pergi jumpa en suami. Cian en suami, sampai tertido kat luar. Mana taknya dia dah tido lambat, alih-alih aku pulak dah nak bersalin pulak. Tu yang tertido kat kerusi menunggu smpi tak sedar kehadiran org sekeliling.:) nurse asyik panggil masuk sbb ada doctor yang nak check bukaan lagi. Time ni yang check bukaan aku doctor lelaki. Dah ler org kulit hitam lak tu. Mak aii cuak giler waktu tu.. sahih2 jari dia besaq. Mmg masa dia check tu sakit yang amat. Hanya tuhan je yang tau. Meronta-meronta aku kata sakit. Nasib ada nurse yang bagi aku gas tok tahan sakit. So setiap kali sakit aku sedut gas tu.

Tepat pukul 1ptg cmtu, ada lagi doctor yang datang. Kali ni doctor perempuan yang check aku di awal pagi tu. Dia bagi tau yg bukaan maintain 2cm. jadinya doctor Tanya betul ke aku nak induce. Aku yang ngh sakit sbb contraction 3 minit sekali, aku just angguk je. Nurse pun bersiap sedia nak masukkan air dalam badan aku. Air tu ada ubat tok percepatkan bukaan. Lepas je ubat tu masuk dalam badan. Sakit dah makin kerap. Masa tu aku tak sedar dah pukul berapa. Yang aku ingat, aku asyik kata kat nurse aku sakit. Nurse suh sedut gas tu. Mmg bila sakit menyerang, aku sedut gas tu sampai lalok jadinya. Aku tak tau apa aku cakap. Bila dahaga  aku mintak air ngn nurse & doctor pelatih. Sakit yang aku alami mengalahkan sakit senggugut. Pinggang aku bagai dipatah-patah. Ya allah sakit sangat. Aku dok berzikir je waktu tu. Nurse datang bagi air selusuh kat aku. Dia kata ada orang bagi kat aku.. Aku minum air tu. Sakit mmg tak dapat digambarkn dengan kata-kata. Tiba-tiba dah lama tahan sakit, aku rasa cm nak berak. Ya allah cam nak meneran. Waktu ni doctor & nurse dah memenuhi bilik aku tu. Diaorg get ready segala peralatan. Waktu tu dah ler tengah hayal sbb asyik sedut gas, aku dengar doctor kata “ha berak lah kalau nak berak”. Aku apa lagi, teran ler. Sebab mmg dah tak tahan sangat-sangat. Aku Tanya nurse cam sembelit ke nurse. Nurse kata “ a’a”. Doktor lak asyik marah sbb aku nak kepit kaki. Waktu tu, aku diajar cara push. Nurse marah jangan bagi kuar suara. Dia suh tarikh nafas & push kuat-kuat. Ak tak pasti berapa kali ak push, yang pntg aku sedar bunyi gunting tapi tak rasa sakit. Pastu bunyi “bush” cm air keluar & bunyi lah tangisan anakanda tercinta. Nurse tunjuk jantina baby kat aku. Aku just angguk, sbb letih sangat-sangat. Aku nampak nurse bersihkan anak aku, waktu tu rasa nak nangis. Tak sangka, aku dapat jumpa anak aku. Dah lepas baby keluar, tibalah masa untuk dijahit, aku dibius kat bawah tu. Siap leh borak-borak ngn doctor lagi. Aku Tanya doctor banyak ke aku kena jahit, dia kata tak sbb ak tak angkat punggung. Bila smua dah selesai, aku ditolak ke wad. Keluar dari labour room nampak en suami. Cian en suami lama tggu aku kat labour room. Tapi wajah nya menggambarkan yang dia cukup gembira sbb aku dah selamat melahirkan anakanda tercinta. 

Aku selamat melahirkan anak lelaki aku pada pukul 10.04 malam. Bayangkanlah berapa lama aku menahan kesakitan itu. Nilah antara serba sedikit pengalaman aku ketika melahirkan Muhammad irfan naufal. Walaupun kesakitan itu melebihi segalanya, tapi aku sangat gembira dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menyelamatkan kami berdua.. Akhirnya, selama 39 minggu aku membawa bayi ini didalam perutku, dia lahir kedunia pada 22 ogos 2011.

MUHAMMAD IRFAN NAUFAL BIN MOHAMMAD KHUSZAIMIE


Assalamualaikum..

Hari ni dah hari ke 12 setelah anakanda tercinta dilahirkan. Baru sekarang ada kesempatan untuk update blog. Irfan tengah seronok tido, jadi mamanya pun leh ler mengadap PC ni.. :)


Nama: Muhammad Irfan Naufal Bin Mohammad Khuszaimie
Tarikh lahir: 22.08.11
Tempat lahir: PPUM
Masa dilahirkan: 10.04mlm
Berat: 2.9kg
Kaedah dilahirkan: Normal.

Thursday, August 18, 2011

KEGATALAN KULIT SEMASA HAMIL

ASSALAMUALAIKUM..

Semenjak kandungan aku masuk 36 minggu.. Aku mengalami kegatalan yang melampau kat perut.. huhu.. kadang-kadang rasa geram je nak garu. Tapi bila aku tanya ibu-ibu mengandung yang lain, diaorg kata jangan garu pakai kuku.. nanti akan tinggal kesan parut yang payah nak hilang lepas bersalin nanti.. Ada yang kata, kegatalan tu disebabkan oleh rambut baby.. Agaknya lah kan.. tak der pulak kesahihan fakta tu..:) 
Sekarang ni aku just sapu lotion stretch Mark yang aku beli. Aku beli jenama pureen tu, bila sapu rasa lah ok sekejap. Kalau sebelum ni aku just sapu 2 kali sehari je.. Tapi semenjak perut dah menegang sangat-sangat ni, asal gatal je aku sapu..


sumber: Pakcik Google.

Ada jugak yang suggestkan suruh guna itchy skin cocoa butter formula. Tapi disebabkan aku baru je beli lotion pureen tu & bila sapu rasa ok. Ak tak belilah itchy skin cocoa butter formula.

sumber: Pakcik Google.

Aku ada cari beberapa sumber daripada google berkaitan masalah kegatalan kulit yang dialami oleh ibu hamil ni. Berdasarkan website Dr zubaidi Hj Ahmad , beliau menyatakan bahawa Kegatalan kulit semasa hamil selalunya berpunca daripada pemakanan dan peluh yang menyebabkan radang pada kulit terutama pada abdomen dan payu dara yang sedang membesar.
 
Satu peratus daripada kehamilan akan mengalami kegatalan, ruam merah dan biji-biji keluar pada kulit abdomen. Ini bukan kegatalan biasa tetapi dipanggil Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP)

Jadinya cuba ler search pasal PUPPP ni..Dekat website ni pun ada terangkan. aku pun baru tau.. Masalah PUPPP ni terjadi pada trimester ke 3. Makanya tok mommies-mommies jangan digaru yek. Aku ni pun dah tergaru dah ha. Tapi ada org kata, garu pakai sikat kalau dah tak tahan sangat. hihi.. sebabnya kalau guna kuku bahaya, kuku kan berbisa sikit. kang merah-merah perut. Aku pun dh nampak perut aku cm merah-merah gitu. Risau pulak pas bersalin tak leh hilang. Tapi mak ak kata, parut kat perut leh hilang kalau barut guna kapur & limau nipis. Insyaallah kesan tu leh hilang. Nanti dalam pantang aku try ye.. :)