perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 3, 2011

kisah anakku dengan susu ibu & susu formulanya.

Assalamualaikum...

Baru sekarang aku berkesempatan untuk cerita tentang susu ibu dan susu formula yang aku bekalkan kepada anakanda kesayangan aku.. Mesti ada yang pelik, mengikut artikel yang aku buat sebelum aku bersalin, aku ada kata nak fully breastfeed anak aku. Ye mmg aku nak sgt fully BF..Tapi terdpt beberapa perkara yang mnybbkan keinginan tu tak kesampaian..

Aku tau, aku berkemampuan untuk bagi anak aku susu ibu sepenuhnya. Tapi diawal kelahiran irfan, hari pertama mulut comel ni dh disua susu formula. Sebabnya susu badan ak tak kuar. lepas berurut, alhamdulillah susu keluar jugak akhirnya..

Perasaan aku ketika tu tak dapat dicerita dgn kata-kata. Bila irfan hisap susu aku.. rasa nak menangis.. besar sungguh kurniaan tuhan ini. Susu ini mengalir dari badan aku sendiri. Masa dalam pantang memang aku fully BF.. tapi mak aku suruh jugak ajar susu fm.. sebabnya dia takut ak bekerja & tak smpt nak kumpul stok susu. Aku turutkan kehendak mak ak. Masa tu dh terlupa niat yang penah aku suarakan dalam hati ni tentang fully bf tu.. 

Bila dah minum susu formula bercampur dengan susu ibu.. tetiba anak aku payah nak "berak".. bayangkan smpi 7 hari baru dia dpt berak.. Kalau kita org dewasa ni dh dikategorikan sembelit. betul tak? irfan baru 1 bulan waktu tu.. Jenuh ak + suami ku + mak ak + abah ak mencari solution tok prob "berak" irfan ni. Dari susu frisolac, novalac, mamex & frisolac khas tok baby sembelit. semua dah dicuba. Tapi tetap tak berkesan

irfan dibawak ke klinik kanak-kanak serina dkt sg buloh.. Doktor tu bagi penerangan satu persatu tentang masalah irfan ni.. Dia kata, dia nak try dulu tgk najis irfan. Bila dia masukkan ubat air suh paksa berak.. akhirnya bila keluar doc pun terangkan satu persatu.. :) detailkan doc ni.. dia kata anak ak ni di kategorikan sbg malas teran.. leh kata baby maleh ler..hihi.. 

jadinya irfan diberi ubat tok mudah "berak" & disuggestkan tok tukar susu kepada enfalac.. Jadinya sampai saat ni, susu enfalac + susu ibu menjadi teman irfan. Bila ak balik rumah parents aku tok jaga irfan.. Aku akan bg susu ibu aje.. Susu FM hanya akan dicampur dihari aku bekerja..


Susu Ibu


Susu Formula

In the next entry, aku akan citerkan cam mana aku bekalkan susu ibu sedangkan anak aku dijaga sepenuhnya oleh mak aku disubang. Hari rabu, jumaat, sabtu, ahad je aku jaga anak ak ni..

P/s: Aku sedar mesti ada sesetengah org akan kata aku yang set dlm mind tak mau fully BF.. hanya Allah s.w.t je yang tau betapa aku sangat teringin utk fully BF.. Walaumacam manapun.. aku sangat bersyukur.. wpun berjauhan ngn anakanda tercinta.. tapi dia tetap hendak hisap susu mamanya..

No comments:

Post a Comment