perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 5, 2011

CERITERA TENTANG STOK EBM

Assalamualaikum...

EBM ni dikenali sebagai Express Breast Milk. Aku tak pernah buat stok ebm sepanjang aku berpantang.. sebabnya anak aku suka benorlah direct feeding. Sebenarnya lagi baguslahkan direct bf sebabnya leh produced lagi banyak  susu badan. Memang masa dalam pantang, susu badan sangat banyak. Sampai anak aku tersedak-sedak dibuatnya. Tapi beberapa minggu sebelum ak masuk kerja, irfan diajar balik menyusu menggunakan botol. Kadang-kadang aku pump pastu aku letak dalam botol. Tak pun mak ak bagi susu FM.


Bila dah mula bekerja, aku kena pump & simpan susu. Masa nilah aku mencari balik artikel-artikel tentang cara penyimpanan susu EBM ni. Anak aku parents aku jaga dekat subang. Tapi aku bekerja & tinggal dengan husband kat kajang. Aku hanya balik pada hari rabu, jumaat, sabtu & ahad tok jenguk anak aku. Kenapa aku letak anak aku kat mak aku? semuanya kerana aku tak yakin lagi nak antar kat babysitter.. 


Ok back to topic EBM storage. Masa 1st day aku start kerja. Aku sangat-sangat segan nak pump kat ofice. Tapi Cik N aku ni sakit bukan main. Hanya tuhan je yang tahu. Hari aku masuk kerja tu pulak ari jumaat. Makanya tiba wktu lunch pukul 12.30 tgh tu.. aku balik umah. Nasib umah dekat dengan office.. So aku balik umah.. aku pump. Masa tu ak dapat 5oz.. Patut nya leh lagi nak mengepam.. tapi tak larat pulak.. :) jgn tiru macam aku ye. Patutnya kena kosongkan cik N tok produced lagi banyak susu. Bila dh tak rasa sakit kat cik N baru aku berhenti. Masa first time mengepam tu, sampai keluar darah kat cik N tu. sakit rasanya.. Tapi tu cerita aku dihari pertama aku mengepam setelah abis waktu berpantang..

Sekarang ni alhamdulillah.. semuanya ok.. bila kat office aku mengepam mengikut waktu tak sibuk aku. Maksud aku time aku tak bz. Ni pun tak leh ikut style aku yek. Patutnya kita mengepam kena time yang konsistent & setiap 3 jam. Tapi disbbkan kat office ni aku kena pump kat surau. Pastu bila dh pump nak masuk kan susu dalam peti ais office kena lalu pekerja-pekerja llki lain. Tu yg wat aku segan. Jadinya aku hanya akn mengepam waktu lunch. Tak pun waktu pekerja lelaki kuar pi site.. :D

1 hari aku boleh dapat lebih kurg 5 botol. Kadang-kadang aku pump dapat lah 4 or 5 oz. jadinya total 1 hari lebih kurang 20 oz lebih aku dapat. Sepatutnya aku leh dapat banyak lagi kalau aku kerap megepam kat ofice..tapi nak wat cam mana..beberapa faktor yang membantutkan keinginan aku ini. Bila balik rumah mak aku hari rabu & jumaat.. aku akan bawak balik smua susu tu.. tok anak aku minum.. tapi bak kata mak aku.. susu-susu tu hanya cukup smpi waktu siang je.. waktu malam mak aku bagi FM..Tak perlah janji anak aku minum susu ibu gak..


Lepas pada abis pantang.. susu aku tak banyak.. Mmg aku kena kuat minum air masak.. dan berusaha mencari milk booster yang sesuai dengan aku. Lupa pulak nak citer cara-cara aku simpan EBM tu.. Aku baca artikel kat sini .. aku follow apa yang dikatakan kat dlm artikel ini
 Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
  
Masa kat office, susu tu aku akan simpan dekat dalam peti ais office yang satu pintu tu. Aku letak kat bhgian bawah. Bila tiba hari selasa. Aku akan bawak balik susu-susu tu dengan menggunakan cooler bag.Untuk bawak balik kesubang.. ice pack yang ada dalam cooler bag tu leh tahan kesejukkannya sehingga 14 jam ( ni mengikut details yg aku baca kat kotak ice pack ni)  aku akan letak kan semua kelapan-lapan botol susu dalam cooler bag tu. Pastu bila sampai umah parents aku, aku terus letak dalam peti ais yang kat atas untuk memanjangkan hayat susu ni. :)

Ice Pack yang dah dibekukan



Susu Ibu yang telah Dibekukan.


Beberapa maklumat yang aku peroleh daripada artikel ini:-

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

untuk mengetahui lebih banyak fakta berkaitan susu ibu ni, bacalah kat website yang aku nyatakan kat atas ek. Untuk penyimpan stok perlu ada pengetahuan sikit-sikit. Cam aku daripada zero, sekarang ni tahu jugaklah lepas bertanya pada org-org yang pakar & membaca artikel :) 



Antara barang-barang yang aku gunakan sepanjang membuat penyimpanan EBM ni..

Apa yang penting dalam proses membekalkan susu ibu kepada anak tercinta.. kita perlulah:-  

Mengepam dengan kerap, sekurang-kurangnya 3 jam sekali (bagi yang bekerja)
Menyusui bayi dengan kerap, mengikut kehendak bayi atau menawarkan susu badan kpd bayi.  

Minum air yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 2-3L sehari.  

Banyak berdoa dan berhajat kepada Allah SWT 

Last sekali nak attach gambar irfan yang semakin sihat & tembam ini. Walaupun mama tak fully bf irfan.. Tapi alhamdulillah anak mama semakin sihat...:) 


3 comments:

  1. saye berharap sangat dapat bagi susu ibu sepenuhnyer pada baby nanti..:)
    saye pon ngah plan nak beli autumz bag cooler tu..insyaallah..:) [terime kasih atas semua info]

    ReplyDelete
  2. insyaallah.. berusaha tau.. :) yg pntg masa ari pertama lepas baby lahir jgn stress tgk susu cikit.. awk pi berurut..insyaallah susu akan makin byk..:)

    ReplyDelete
  3. rajin tul la zie pump susu...makin besar makin handsome dak irfan nie

    ReplyDelete