ASSALAMUALAIKUM..
Aku ni bersalin pun belum lagi..hihi tapi dh wat tajuk merancang kehamilan.. :) persediaan selepas kelahiran bayi ke 2 aku ni..:) ..sebelum ni ak
tak menggunakan sebarang cara untuk merancang keluarga.. guna teknik semulajadi
je..hihi.. Rezeki Allah S.w.t nak bagi. Maka kami suami isteri menerima dengan
hati terbuka..:)
Jadinya.. tiba lah sekarang untuk aku mengumpul sebanyak
mana pengetahuan tentang cara merancang keluarga.. Balik kampong, ramai
makcik-makcik yang ngomel2 napa tak ambik perancang.. nanti anak rapat sgt
lah.. macam-macam ler dibebelkan..
Tak per.. ak pun sbnrnya tak kisah tok ada baby lagi.. :) sementara umur masih
muda ni.. beranak ler.. tapi skrg ni cukup dua dulu.. sbb aku nak kedua-dua
anak aku ni membesar dulu.. en suami pun dh setuju..:)
- guna pil perancang.
Aku tau pil perancang ni memang popular dikalangan ibu yang nak merancang anak..
Jenis ubat perancang ada 2
- Estrogen dan
progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet,
Mercilon
|
- Progestogen –
jenama Noriday.
Apa yang aku tau ada 2 pil perancang yang cukup hangat diperkatakan. Noriday & yasmin. Hasil pencarian ak dekat pakcik google tu.. Aku ada jumpa penerangan tentang 2 pil ni.
Noriday
-sesuai untuk ibu menyusu.
-Noriday hendaklah diambil pada waktu yang sama setiap
hari tanpa henti walaupun ketika kehadiran haid. Sekiranya terlupa, hendaklah
diambil secepat mungkin dan pil seterusnya diambil pada waktu yang sama seperti
sediakala.
-Noriday
boleh mula diambil pada hari pertama kitaran haid ataupun selewat-lewatnya pada
hari ke-5 kitaran haid anda. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju sekiranya
Noriday diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Walaubagaimanapun kaedah
mencegah kehamilan yang lain juga harus dipertimbangkan kerana organ perkumuhan
seperti hati dan buah pinggang bayi anda masih belum matang lagi dalam tempoh
tersebut.
Keberkesanan Noriday terjejas sekiranya
1. Noriday dimakan bersama ubat antiepileptic seperti phenytoin, phenobarbital,
carbamazepine
2. Noriday diambil bersama antibiotik tertentu seperti rifampicin, rifabutin
3. Noriday diambil bersama antibakterial griseofulvin
4. Noriday diambil bersama herba St John's Wort
5. terlewat lebih 3 jam daripada waktu biasa diambil
6. anda mengalami cirit-birit dalam masa 2 jam selepas makan pil ini
|
|
Ada jugak pil yang diberi nama yasmin. Pil ni mahei
harganya.. sbbnya selain utk merancang keluarga.. ianya utk kulit gak.. Cuma
pil ni boleh mengurangkan susu.. wahh itu eden tak sanggup.. 1 lagi ada yang
kata pil yasmin ni takkan menggemukkan
badan
Aku
baca dekat blog ni
Dia kata tentang pil yasmin ni
-kena ambik masa hari pertama period sampai habis 1 papan
(21 pil) lepas tu berhenti sambung balik pada hari ke 8.
- harga dkt klinik rm 55 kalau dkt farmasi 48..
Ni yang ak dpt info dr
blog ni tau.. skrg ni mana tau dh naik hargakan..hihi
Selain daripada kaedah ni.. ada jugak kaedah implant, IUD,
& cucuk untuk cegah kehamilan..
Nanti ak buat research lak pasal lain2 kaedah tu.. hihi..
skrg ni ak mmg dok baca pasal pil perancang ler.. Makcik husband aku dia makan
minulet.. dia kata ok.. siap susu banyak lagi.. dia mmg pandai sgt merancang..
kagum ak.. :)
Cuma biasalah pil perancag ni ada kebaikan &
keburukannya..
kesan-kesan sampingan
- Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang
merokok dan mempunyai darah jenis A
|
|
|
- Muntah dan masalah-masalah perut
|
- “Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan
|
|
|
|
|
- Turun atau naik berat badan
|
kesan-kesan baik
- Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal
anaemia (kurang darah)
|
- Peredaran haid lebih teratur
|
- Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid
|
- Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease
|
- Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)
|
- Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus
|
- Mengurangkan risiko hamil luar rahim
|
- Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan
penuaan kulit, mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga
boleh mengawal pereputan tulang (osteoporosis)
Peringatan :
|
Ambil pada masa yang sama setiap hari
|
|
Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa
mengambilnya, atau sekiranya kali pertama anda ingin mengambilnya
|
|
Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama
kerana antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti
estrogen, jadi akan ada risiko kehamilan
|
|
Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera
dan Marvelon menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama
|
|
Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis,
migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang
|
|
Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit
seperti AIDS
|
|
Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan
risiko
mendapat penyakit jantung.
sumber-sumber yang aku dapat daripada
-http://farmasianis.tripod.com/wanita_rancang.htm
http://mamasuraya.blogspot.com/2011/06/contraceptive-pills-yasmin-vs-noriday.html
Wahh panjang nya entry aku.. sebenarnya ni untuk pengetahuan aku gak.. jadinya aku kumpul siap-siap untuk rujukan aku sendiri..:)
Rumusan
yang boleh dibuat… pil perancang ni depends pada badan gak.. kadang-kadang
makan pil leh gemuk… cucuk pun leh menyebabkan gemuk gak.. so aku rasa kita
kena tgk keserasian badan.. Wat sementara waktu ni.. ak rasa nak makan minulet
tu.. tapi tak tau ler dah kuar baby & dapatkan consultation ngn doc aku
tukaq lak pil perancang ni kan… noriday pun macam sgt ok.. sbb utk ibu
menyusukan.. Cuma yasmin tu kalau dh tak nak bg anak susu badan leh ler
makan..hihi..
|
|