perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, August 18, 2011

KEGATALAN KULIT SEMASA HAMIL

ASSALAMUALAIKUM..

Semenjak kandungan aku masuk 36 minggu.. Aku mengalami kegatalan yang melampau kat perut.. huhu.. kadang-kadang rasa geram je nak garu. Tapi bila aku tanya ibu-ibu mengandung yang lain, diaorg kata jangan garu pakai kuku.. nanti akan tinggal kesan parut yang payah nak hilang lepas bersalin nanti.. Ada yang kata, kegatalan tu disebabkan oleh rambut baby.. Agaknya lah kan.. tak der pulak kesahihan fakta tu..:) 
Sekarang ni aku just sapu lotion stretch Mark yang aku beli. Aku beli jenama pureen tu, bila sapu rasa lah ok sekejap. Kalau sebelum ni aku just sapu 2 kali sehari je.. Tapi semenjak perut dah menegang sangat-sangat ni, asal gatal je aku sapu..


sumber: Pakcik Google.

Ada jugak yang suggestkan suruh guna itchy skin cocoa butter formula. Tapi disebabkan aku baru je beli lotion pureen tu & bila sapu rasa ok. Ak tak belilah itchy skin cocoa butter formula.

sumber: Pakcik Google.

Aku ada cari beberapa sumber daripada google berkaitan masalah kegatalan kulit yang dialami oleh ibu hamil ni. Berdasarkan website Dr zubaidi Hj Ahmad , beliau menyatakan bahawa Kegatalan kulit semasa hamil selalunya berpunca daripada pemakanan dan peluh yang menyebabkan radang pada kulit terutama pada abdomen dan payu dara yang sedang membesar.
 
Satu peratus daripada kehamilan akan mengalami kegatalan, ruam merah dan biji-biji keluar pada kulit abdomen. Ini bukan kegatalan biasa tetapi dipanggil Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP)

Jadinya cuba ler search pasal PUPPP ni..Dekat website ni pun ada terangkan. aku pun baru tau.. Masalah PUPPP ni terjadi pada trimester ke 3. Makanya tok mommies-mommies jangan digaru yek. Aku ni pun dah tergaru dah ha. Tapi ada org kata, garu pakai sikat kalau dah tak tahan sangat. hihi.. sebabnya kalau guna kuku bahaya, kuku kan berbisa sikit. kang merah-merah perut. Aku pun dh nampak perut aku cm merah-merah gitu. Risau pulak pas bersalin tak leh hilang. Tapi mak ak kata, parut kat perut leh hilang kalau barut guna kapur & limau nipis. Insyaallah kesan tu leh hilang. Nanti dalam pantang aku try ye.. :)





 

Tuesday, August 16, 2011

CHECKUP MINGGU KE 38

ASSALAMUALAIKUM..

Minggu ke 38 dah kunjung tiba makanya tinggal lagi 2 minggu untuk aku berjuang di labour room. Berdebar nya.. serius dah start rasa takut. Skrg ni kalau buat kerja rumah cnfrm malam sakit tak leh nak tido.. rasa lenguh-lenguh & payah nak bangun. Nasib ada En suami, dia tempat aku berpaut untuk bangun. Semalam (15/8/11) aku pergi checkup kat PPUM.. Appointment aku pukul 10.30 pagi, makanya aku & en suami bergerak dr umah pukul 9pg. Sampai lebih kurg pukul 9.45 pagi coz jalan jem..huhu.. 
Biasalah kalau dah di katakan checkup rutinya sama je. Pergi test air kencing, timbang berat, pastu check tekanan darah. berat aku dari naik 2.8 kg..hihi.. nurse wat tak tau lah pulak.. ;) so berat masa minggu ke 38 ni dah jadi 62.8kg.. semakin berat sebab baby dah berat.. Masa untuk berjumpa dengan doktor, tapi ak kena tggu hampir 3 jam.. perhhh lama benor nak tggu..ramai orang kat PPUM semalam. Aku sampai dah tertido dah.

Bila jumpa doktor, doktor just tanya baby gerak ok ke tak. Pastu check degupan jantung anakku ini. So everything ok. :) Doktor suruh aku buat BSP test sebanyak tiga kali. Memandangkan aku berpuasa makanya cara ambik BSP ni dah lain. waktunya adalah 2 jam before sahur, 2 jam after sahur & 2 jam after buka.

Doktor cakap, 29/8 kalau tak sakit jugak aku perlu bersalin sbb aku kena kencing manis. huhu.. cuak lah pulak. harap sangat sakit tu dah dirasai tak mau di induce.. Next appointment 22/8/11. Aku pun dah nak start apply cuti dr 22/8/11 sampai 26/8/11 coz nak menanti saat tok bersalin di umah parents aku. Debaran kian diarasai. Ya Allah, Moga kami berdua selamat. 


Wednesday, August 10, 2011

SHOPPING ONLINE UNTUK MAMA & BABY..

Assalamualaikum...

Entry di hari ke 10 berpuasa, hari ini kesihatan maintain ok. Baby pun cergas, siap tendang-tendang mama lagi. Cuma sakit bila perut mengeras tu je tak tahan.. huhu..

Mesti ramai mommies kat luar sana yang macam aku, pantang tgk website barang-barang baby nak beli online kan. :) Aku pun salah seorang daripadanya.. Dalam bulan ni sahaja, ak dah beli 5 barang secara online. Sebenarnya bukan tak mau window shopping dulu pastu baru beli. Tapi keadaan cukup x mengizinkan. Jadinya bila dh jumpa secara online ni. Terus rembat. :)

Aku beli set bersalin daripada kak engku bidan bersalin. Ni website dia. Dari bulan lepas sebenarnya aku dok berbalas email dengan kak engku ni. Siap main tawar-tawar harga lagi. Kiranya mmg puas ati sangat bila beli barang kat kak engku ni. Aku beli set bersalin Amway yang berharga RM 290 including postage.


Set bersalin Amway

Ada banyak lagi jenis-jenis set bersalin yang kak engku ni tawarkan. Makanya rajin-rajinlah menjenguk blog kak engku ni ye..:) yang penting harga leh tawar-tawar..hihi

Pastu ak ada gak beli tungku herba untuk diri sendiri & tungku untuk baby. Aku beli dekat sini. Tapi barang aku sekarang ada dekat pejabat pos lagi. sebabnya masa ari jumaat lepas ak kena tahan kat wad. Pastu dak-dak ofice pun x der smuanya kuar rehat. Makanya org pos tu just bg kad tuntutan jelah soh ak ambik kat pejabat pos bandar baru bangi. 


Tungku untuk baby.


tungku untuk mamanya.:)

 Total untuk kedua-dua tungku ni adalah RM 51 tak termasuk pos ye. Tak sabar pulak nak bertungku nanti..hihi..

Next barang yang ak beli ialah bakul rotan serbaguna & cloth diapers. Sebenarnya dah lama ak nak cari bakul ni nak letak barang-barang baby. Tapi kebanyakkannya harganya mahal. Kali ni aku jumpa yang berpatutan. Cloth diapers tu aku just beli satu je. Sebenarnya nak try je. Kalau baby sesuai leh beli lagi. bak kata kawan aku jimat kalau pakai CD ni tapi kena rajinlah. :) Kalau nak survey leh pergi kat sini. Insyallah bak kata owner kedai ni dia kata barang akan dihantar esok..:)


Bakul rotan serbaguna


cloth diapers

Selamat berwindow shopping ye mommies-mommies to be..:) 

Monday, August 8, 2011

KISAH MASUK WAD

ASSALAMUALAIKUM..

Lama pulak rasanya tak mengarang diblog peribadi aku ni. Sebenarnya dah listkan beberapa entry yang nak dikarang. Tapi selalu tak berkesempatan.. Alhamdulillah, hari ni dah hari kelapan umat islam berpuasa. Tapi ak dah tinggal puasa 3 hari, semuanya sebab aku ditahan di wad PPUM. Kandungan aku masa aku ditahan tu baru 36 minggu.. ada lagi 4 minggu untuk sampai ke due date aku iaitu 29/8/11.. 

Aku kena tahan sebab tetiba ada fresh blood yang kuar. Penuh pentiliner aku, cuak sangat-sangat waktu tu. Dah lah bersendirian kat umah. Masa ari rabu (3/8/11) tu aku dapat MC lepas pi klinik kita coz aku demam selsema & batuk. Aku dapat banyak ubat yang kena makan tapi ak makan ubat demam je. Masa nak ambik wuduk, ak terkejut tengok tetiba ada darah. Cepat-cepat aku col en suami, dia pun dah kalut waktu tu. Suh aku pergi klinik cepat-cepat. Aku col mak aku jugak, dia suggestkan pi ospital cpt-cpt takut ak nak bersalin. Masa tu mmg baby bergerak je.. tak macam selalu. Aku pun pelik.

Sampai klinik kita, doktor tak boleh nak buat apa-apa melainkan suruh ak refer kat hospital. Doktor tak berani sbb kepala baby belum engaged lagi, kalau dia check bukaan takut terkena air ketuban. Nanti merbahaya kan baby pulak. Aku drive sendiri masa pi klinik kita tu. Memang terlupa nak bagitahu officemate aku. Bila dh disuruh pi hospital, aku bagitahu en suami lagi. Dia kata ajaklah ani or sesapa lah oficemate aku. Aku terus col ani, nak ajak dia teman pi hospital. Kak naza & ani teman aku gi PPUM.. Tahulah kan jarak kajang ke PPUM tu jauh. Tapi ak dok berdoa banyak-banyak moga selamat sampai. Waktu tu hujan pulak. Sampai kat PPUM, ak terus disuruh ke wad bersalin. Nurse mintak kad biru & suruh tanggalkan smua barang kemas. Aku & kak naza waktu tu.. sbb ani tengah cr packing.

Dekat wad tu line telephone pulak tak der. Aku tak dapat nak col parents aku & suami ak. Bila dah kena tahan kat wad bersalin tu, nurse pasang CTG kat perut aku. Serius ni experience pertama aku. Aku selalu dengar org ckp pasal CTG.. kali ni ak yang alami pulak. Pastu datang ler doctor pakar dia nak check bukaan. Ya allah masa ni, mmg berdebar sangat. Aku kan selalu baca blog pasal ibu-ibu yang bersalin ni. Ada yang kata masa check bukaan tu sakit.. Doktor nak ambik speciment kat bawah tu, sbb nak tau mana punca fresh blood tu dtg. Sakitnya masa dia masukkan alat tu kat bawah. Pastu doktor mintak izin tuk check bukaan, masa tu ak tarik nafas so kurang sikit rasa sakit. 

Dah selesai semua tu, nurse suruh aku masuk wad. Bermula dari hari rabu tulah aku ditahan sampai lah hari jumaat. Doktor nak observed baby & ibunya. En suami yang dari melaka sampai lebih kurang pukul 5 lbh. Yang paling ak terharu, bila husband aku kata ani & kak naza setia tggu ak kat wad bersalin tu. Yelah ak nak bgtau diaorg aku dh diperiksa tak boleh pulak. Sbbnya line telephone tak der.huhu.. Bila dah masuk wad, baru ada line. Masa tu ak col  en suami. Dia kata, dia ngh ambik beg ak dkt ani. Sbnrnya masa dia tak dapat col ak tu, dia dh tak keruan sbb tak tahu nak col sapa. Siap dh bergerak kuar dari PPUM.. ttba dia teringat no telephone kawan2 aku dalam phone tu. Dia col ani, tak dapat. Nasib col kak naza dapat. Tu yang dia tau aku kat wad bersalin

Mmg pada hari tu, smua org berada dalam kekalutan.. Mmg aku bersyukur sangat-sangat coz ada kawan yg tlg antar ak ke hospital.. Masa kena tahan kad wad selama 3 hari tu. Ak dah tak rasa sakit, mmg baby nak bagi suprise kat mama dia kot..:) en suami datang melawat setiap hari. Yang paling kesian, sampai tertido kat katil aku sbbnya dia tak cukup tido.. Parents aku pun dtg jenguk gak. Siap ayah aku cuti lagi takut ak bersalin ari tu. Keluarga mertua ak pulak, dok risau kan ak & diaorg akan datang terus dr kelantan ke KL kalau ak dh nak bersalin aritu.  Alhamdulillah aku akhirnya dapat keluar, sbbnya darah dah tak der & perut dah tak sakit. Bila result scan kuar, kepala baby mmg kat bawah cuma tak engaged lagi & uri dah kat atas.. Aku diberi cuti selama 13 hari.. terkejut aku banyaknya.. Tapi aku rasa baik ak pi kerja sbbnya, kalau x bergerak sangat pulak takut susah nak bersalin..:) 

Tulah rentetan cerita aku yang first time dimasukkan wad ketika hamil ni. aku igt ak dh nak bersalin dah. Jadinya bermula dr minggu ini, ak dah kena selalu monitor pergerakan baby.. selain tu, kena alert bila sakit contraction datang. Aku sentiasa berdoa moga kami berdua akan selamat.