perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 10, 2011

SHOPPING ONLINE UNTUK MAMA & BABY..

Assalamualaikum...

Entry di hari ke 10 berpuasa, hari ini kesihatan maintain ok. Baby pun cergas, siap tendang-tendang mama lagi. Cuma sakit bila perut mengeras tu je tak tahan.. huhu..

Mesti ramai mommies kat luar sana yang macam aku, pantang tgk website barang-barang baby nak beli online kan. :) Aku pun salah seorang daripadanya.. Dalam bulan ni sahaja, ak dah beli 5 barang secara online. Sebenarnya bukan tak mau window shopping dulu pastu baru beli. Tapi keadaan cukup x mengizinkan. Jadinya bila dh jumpa secara online ni. Terus rembat. :)

Aku beli set bersalin daripada kak engku bidan bersalin. Ni website dia. Dari bulan lepas sebenarnya aku dok berbalas email dengan kak engku ni. Siap main tawar-tawar harga lagi. Kiranya mmg puas ati sangat bila beli barang kat kak engku ni. Aku beli set bersalin Amway yang berharga RM 290 including postage.


Set bersalin Amway

Ada banyak lagi jenis-jenis set bersalin yang kak engku ni tawarkan. Makanya rajin-rajinlah menjenguk blog kak engku ni ye..:) yang penting harga leh tawar-tawar..hihi

Pastu ak ada gak beli tungku herba untuk diri sendiri & tungku untuk baby. Aku beli dekat sini. Tapi barang aku sekarang ada dekat pejabat pos lagi. sebabnya masa ari jumaat lepas ak kena tahan kat wad. Pastu dak-dak ofice pun x der smuanya kuar rehat. Makanya org pos tu just bg kad tuntutan jelah soh ak ambik kat pejabat pos bandar baru bangi. 


Tungku untuk baby.


tungku untuk mamanya.:)

 Total untuk kedua-dua tungku ni adalah RM 51 tak termasuk pos ye. Tak sabar pulak nak bertungku nanti..hihi..

Next barang yang ak beli ialah bakul rotan serbaguna & cloth diapers. Sebenarnya dah lama ak nak cari bakul ni nak letak barang-barang baby. Tapi kebanyakkannya harganya mahal. Kali ni aku jumpa yang berpatutan. Cloth diapers tu aku just beli satu je. Sebenarnya nak try je. Kalau baby sesuai leh beli lagi. bak kata kawan aku jimat kalau pakai CD ni tapi kena rajinlah. :) Kalau nak survey leh pergi kat sini. Insyallah bak kata owner kedai ni dia kata barang akan dihantar esok..:)


Bakul rotan serbaguna


cloth diapers

Selamat berwindow shopping ye mommies-mommies to be..:) 

No comments:

Post a Comment