perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, August 18, 2011

KEGATALAN KULIT SEMASA HAMIL

ASSALAMUALAIKUM..

Semenjak kandungan aku masuk 36 minggu.. Aku mengalami kegatalan yang melampau kat perut.. huhu.. kadang-kadang rasa geram je nak garu. Tapi bila aku tanya ibu-ibu mengandung yang lain, diaorg kata jangan garu pakai kuku.. nanti akan tinggal kesan parut yang payah nak hilang lepas bersalin nanti.. Ada yang kata, kegatalan tu disebabkan oleh rambut baby.. Agaknya lah kan.. tak der pulak kesahihan fakta tu..:) 
Sekarang ni aku just sapu lotion stretch Mark yang aku beli. Aku beli jenama pureen tu, bila sapu rasa lah ok sekejap. Kalau sebelum ni aku just sapu 2 kali sehari je.. Tapi semenjak perut dah menegang sangat-sangat ni, asal gatal je aku sapu..


sumber: Pakcik Google.

Ada jugak yang suggestkan suruh guna itchy skin cocoa butter formula. Tapi disebabkan aku baru je beli lotion pureen tu & bila sapu rasa ok. Ak tak belilah itchy skin cocoa butter formula.

sumber: Pakcik Google.

Aku ada cari beberapa sumber daripada google berkaitan masalah kegatalan kulit yang dialami oleh ibu hamil ni. Berdasarkan website Dr zubaidi Hj Ahmad , beliau menyatakan bahawa Kegatalan kulit semasa hamil selalunya berpunca daripada pemakanan dan peluh yang menyebabkan radang pada kulit terutama pada abdomen dan payu dara yang sedang membesar.
 
Satu peratus daripada kehamilan akan mengalami kegatalan, ruam merah dan biji-biji keluar pada kulit abdomen. Ini bukan kegatalan biasa tetapi dipanggil Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP)

Jadinya cuba ler search pasal PUPPP ni..Dekat website ni pun ada terangkan. aku pun baru tau.. Masalah PUPPP ni terjadi pada trimester ke 3. Makanya tok mommies-mommies jangan digaru yek. Aku ni pun dah tergaru dah ha. Tapi ada org kata, garu pakai sikat kalau dah tak tahan sangat. hihi.. sebabnya kalau guna kuku bahaya, kuku kan berbisa sikit. kang merah-merah perut. Aku pun dh nampak perut aku cm merah-merah gitu. Risau pulak pas bersalin tak leh hilang. Tapi mak ak kata, parut kat perut leh hilang kalau barut guna kapur & limau nipis. Insyaallah kesan tu leh hilang. Nanti dalam pantang aku try ye.. :)





 

No comments:

Post a Comment