perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, August 8, 2011

KISAH MASUK WAD

ASSALAMUALAIKUM..

Lama pulak rasanya tak mengarang diblog peribadi aku ni. Sebenarnya dah listkan beberapa entry yang nak dikarang. Tapi selalu tak berkesempatan.. Alhamdulillah, hari ni dah hari kelapan umat islam berpuasa. Tapi ak dah tinggal puasa 3 hari, semuanya sebab aku ditahan di wad PPUM. Kandungan aku masa aku ditahan tu baru 36 minggu.. ada lagi 4 minggu untuk sampai ke due date aku iaitu 29/8/11.. 

Aku kena tahan sebab tetiba ada fresh blood yang kuar. Penuh pentiliner aku, cuak sangat-sangat waktu tu. Dah lah bersendirian kat umah. Masa ari rabu (3/8/11) tu aku dapat MC lepas pi klinik kita coz aku demam selsema & batuk. Aku dapat banyak ubat yang kena makan tapi ak makan ubat demam je. Masa nak ambik wuduk, ak terkejut tengok tetiba ada darah. Cepat-cepat aku col en suami, dia pun dah kalut waktu tu. Suh aku pergi klinik cepat-cepat. Aku col mak aku jugak, dia suggestkan pi ospital cpt-cpt takut ak nak bersalin. Masa tu mmg baby bergerak je.. tak macam selalu. Aku pun pelik.

Sampai klinik kita, doktor tak boleh nak buat apa-apa melainkan suruh ak refer kat hospital. Doktor tak berani sbb kepala baby belum engaged lagi, kalau dia check bukaan takut terkena air ketuban. Nanti merbahaya kan baby pulak. Aku drive sendiri masa pi klinik kita tu. Memang terlupa nak bagitahu officemate aku. Bila dh disuruh pi hospital, aku bagitahu en suami lagi. Dia kata ajaklah ani or sesapa lah oficemate aku. Aku terus col ani, nak ajak dia teman pi hospital. Kak naza & ani teman aku gi PPUM.. Tahulah kan jarak kajang ke PPUM tu jauh. Tapi ak dok berdoa banyak-banyak moga selamat sampai. Waktu tu hujan pulak. Sampai kat PPUM, ak terus disuruh ke wad bersalin. Nurse mintak kad biru & suruh tanggalkan smua barang kemas. Aku & kak naza waktu tu.. sbb ani tengah cr packing.

Dekat wad tu line telephone pulak tak der. Aku tak dapat nak col parents aku & suami ak. Bila dah kena tahan kat wad bersalin tu, nurse pasang CTG kat perut aku. Serius ni experience pertama aku. Aku selalu dengar org ckp pasal CTG.. kali ni ak yang alami pulak. Pastu datang ler doctor pakar dia nak check bukaan. Ya allah masa ni, mmg berdebar sangat. Aku kan selalu baca blog pasal ibu-ibu yang bersalin ni. Ada yang kata masa check bukaan tu sakit.. Doktor nak ambik speciment kat bawah tu, sbb nak tau mana punca fresh blood tu dtg. Sakitnya masa dia masukkan alat tu kat bawah. Pastu doktor mintak izin tuk check bukaan, masa tu ak tarik nafas so kurang sikit rasa sakit. 

Dah selesai semua tu, nurse suruh aku masuk wad. Bermula dari hari rabu tulah aku ditahan sampai lah hari jumaat. Doktor nak observed baby & ibunya. En suami yang dari melaka sampai lebih kurang pukul 5 lbh. Yang paling ak terharu, bila husband aku kata ani & kak naza setia tggu ak kat wad bersalin tu. Yelah ak nak bgtau diaorg aku dh diperiksa tak boleh pulak. Sbbnya line telephone tak der.huhu.. Bila dah masuk wad, baru ada line. Masa tu ak col  en suami. Dia kata, dia ngh ambik beg ak dkt ani. Sbnrnya masa dia tak dapat col ak tu, dia dh tak keruan sbb tak tahu nak col sapa. Siap dh bergerak kuar dari PPUM.. ttba dia teringat no telephone kawan2 aku dalam phone tu. Dia col ani, tak dapat. Nasib col kak naza dapat. Tu yang dia tau aku kat wad bersalin

Mmg pada hari tu, smua org berada dalam kekalutan.. Mmg aku bersyukur sangat-sangat coz ada kawan yg tlg antar ak ke hospital.. Masa kena tahan kad wad selama 3 hari tu. Ak dah tak rasa sakit, mmg baby nak bagi suprise kat mama dia kot..:) en suami datang melawat setiap hari. Yang paling kesian, sampai tertido kat katil aku sbbnya dia tak cukup tido.. Parents aku pun dtg jenguk gak. Siap ayah aku cuti lagi takut ak bersalin ari tu. Keluarga mertua ak pulak, dok risau kan ak & diaorg akan datang terus dr kelantan ke KL kalau ak dh nak bersalin aritu.  Alhamdulillah aku akhirnya dapat keluar, sbbnya darah dah tak der & perut dah tak sakit. Bila result scan kuar, kepala baby mmg kat bawah cuma tak engaged lagi & uri dah kat atas.. Aku diberi cuti selama 13 hari.. terkejut aku banyaknya.. Tapi aku rasa baik ak pi kerja sbbnya, kalau x bergerak sangat pulak takut susah nak bersalin..:) 

Tulah rentetan cerita aku yang first time dimasukkan wad ketika hamil ni. aku igt ak dh nak bersalin dah. Jadinya bermula dr minggu ini, ak dah kena selalu monitor pergerakan baby.. selain tu, kena alert bila sakit contraction datang. Aku sentiasa berdoa moga kami berdua akan selamat.


6 comments:

  1. uit takutnya...seram plak dgr pasal nak cek bukaan tu...semoga selamat dan sihat ye t nak bersalin..

    ReplyDelete
  2. akak!! semoga dipermudahkan semua urusan bersalin. :)

    ReplyDelete
  3. suzie shazana: tulah.. mmg kena tarik nafas ler masa dia nak check tu..kalau tak dok mengaduh sakit jelah..hihi.. :) insyaallah moga smuanya slmt..

    ReplyDelete
  4. fiza: amin.. moga segalanya dipermudahkan.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam....

    saya selalu gak jenguk blog ni...sbb xlame lagi pun nak bersalin...planning nak bersalin kat PPUM gak la...betul ke wad bersalin dah pindah bangunan baru?husband boleh masuk x temankan kita mase nak bersalin....?ni my 2nd baby...dulu kat PPUM gak..tp kat wad bersalin yg lame...husband x boleh temankan mase bersalin...mmg bosan gile...charge bersalin skrg berapa yer?still same mcm dulu ker?sori la kite byk soklan lak...hehe....

    ReplyDelete
  6. yeke.. tq byk2 sbb sudi lawat blog saya.. saya ni baru je start berblog..:) a'a wad bersalin dh pindah bangunan baru.. bukan bangunan lama lagi.. bangunan dia dkt ngn surau & menara timur.. a'a hubby tak leh temankan awak.. charge rasanya sama.. saya baru bayar deposit rm 500.. mengikut kawan saya kalau normal tak smpi 1000.. kalau c-ser lebih kurg 1000 lbh.. saya aritu kena tahan 3 ari pun dh bosan awk..tapi nak wat cm ner kan..:) skrg wad selesa sgt tau..bangunan baru lah katakan..cuma kat labour room x der line.. prob betul..huhu.. xper soalan byk tu..:) kalau sy tau, sy jawab..hihi..

    ReplyDelete