Assalamualaikum..
Walaupun hari ni dah hari ke 12, tapi ingatan terhadap pengalaman bersalin tu masih dirasai. Masih terasa lagi kesakitan yang dialami ketika menahan kesakitan untuk melahirkan anakanda tercinta. Untuk memudahkan bercerita, aku buat kronologi ketika diawal tanda kelahiran tu datang sampai lah saat aku selamat melahirkan anak teruna aku ni.
22.08.11
4 pagi: Masa pukul 4 pagi, aku terjaga sebab nak bangun untuk bersahur. Tapi aku rasa macam awal lagi. En suami pulak tertido dekat bawah sbb tgk TV smpi lewat-lewat malam. Bila aku nak baring balik tiba-tiba aku rasa macam ada air yang mengalir. Aku pun cepat-cepat pergi toilet. Air tu still mengalir lagi. Time tu aku ingat apa yang aku selalu baca kat blog-blog para ibu hamil, ada yang kata kalau nak tau tu air ketuban atau tak. Air ketuban tak der bau & jernih. Masa tu memang dah tak pikir geli dah, sbb aku nak pastikan tu air ketuban. Aku bau memang tak der bau apa-apa & air tu jernih. Aku cepat-cepat turun bawah & kejutkan en suami. En suami pulak tengah mamai dia ingatkan aku kejut untuk bangun sahur. Aku bagitau dia yang ada air mengalir kat bawah, aku suruh dia pastikan gak yg air tu tak der bau. Dia pun kata agaknya tu mmg air ketuban. En suami cepat-cepat suruh bersiap. Ak terus mandi & bersiap-siap untuk ke hospital. Semua dokumen penting dibawa ke hospital. Beg baby & beg aku memang dah ada dlm bonet keta. Aku cepat-cepat kejut akak ipar aku untuk bagitau dia yang air ketuban aku dah pecah.
4.30 pagi: kami bergerak ke PPUM dari kajang. Masa tu jalan memang lengang. Dalam keta aku dah berdebar-debar takut apa-apa berlaku pada anak dalam kandungan ni. En suami suh bertenang. Masa tu sakit tak datang lagi. Cuma aku memang dapat rasakan air mengalir. Nasib aku pakai pad. Dalam perjalanan ke hospital aku berdoa banyak-banyak moga kami berdua selamat. Sampai-sampai kat hospital, aku & en suami terus ke wad bersalin. Kami terus ketingkat 3. Dekat tingkat 3 tu, aku bagitau kat nurse yang air ketuban aku dah pecah. Nurse suh tukar baju hospital. En suami pulak pergi parking keta kat tempat yg betul, sebab sblm tu dia parking keta kat kawasan kecemasan. Bila dah selesai salin pakaian, aku dibawa ke labour room untuk dicheck bukaan dan dipasang CTG kat perut. Masa tu sakit dh mula datang tapi tak terlalu kuat. Aku rasa macam selang 30 minit cmtu. Nurse letak CTG kat perut, lepas tu ada doctor perempuan masuk untuk check bukaan aku. Masa dia check tu, dia ckp baru bukak 1cm. Time tu ramai pulak lah doctor yang masuk tok tgk progress baby dalam kandungan. Mengikut keputusan CTG tu, contraction aku consistent. Masa dia check bukaan tu sakit sangat..huhu.. Doktor ada bagi aku 2 pilihan memandangkan bukaan baru 1cm samada aku nak diinduce ataupun dalam masa 18 jam aku tggu bukaan smpi 10cm. Kalau lebih dr 18 jam, aku perlu jugak diinduce. Waktu tu aku memang ngh pening nak wat keputusan pun tak reti, huhu.. aku tanya apa pro & cons kalau ak pilih keputusan2 tu. Aku risau sbb air ketuban dah leaking, takut baby tak safe dlm perut aku.huhu.. Doktor kata, baby akan selamat dlm masa kurg dr 18 jam sekiranya air ketuban dah pecah. Jadinya, aku pun pilih tuk tggu, tak mau diinduce..sbb aku penah baca yang induce tu sakit sangat.
Dalam pukul 6 lebih macam tu, masa ni aku dah tak tau specific time coz jam pun x der. Tapi aku agak-agaklah. Aku ditolak naik ke wad dengan menggunakan wheelchair ke tingkat 5. En suami pun follow sekali, sbb dia nak letak smua barang-barang. Aku ditahan di wad untuk seketika sementara menunggu bukaan. Time ni sakit dah selang 5 minit. Ya allah, sakit hanya tuhan yang tahu. Ak tak boleh nak tido. En suami pulang dulu ke rumah untuk mandi & berjanji tok datang ke hospital dalam pukul 8pg macam tu. Dah dekat pukul 7pg, doctor datang untuk check setiap pesakit. Masa ni doctor nak check bukaan & letakkan CTG sekali lagi kat perut aku. Time ni, aku dah malas pikir sakit kene check bukaan sbb aku tau ni mmg dah jadi procedur pulak. Huhu.. Ak tarik nafas jelah masa kena check bukaan tu, nasib jari doctor tu kecik. Doktor kata bukaan aku dah 2cm & aku perlu ditolak ke labour room. Sebabnya aku dah leaking & mengikut graph CTG tu, contraction aku memang consistent & baby cam nak keluar bila-bila masa. Jadinya, diaorg akan pantau aku di labour room nanti. Aku terus msg encik suami tok bagitau dia yang aku akan ditolak ke labour room. En. Suami terkejut & bagitau yg dia akan bergegas ke hospital secepat munkin. Sebelum ke labour room, aku dah teguk minyak selusuh yang mak mertua aku bekalkan. Aku tau confirm akan sakit, tapi itu lagi terbaik utk percepatkan bukaan & tak perlu diinduce. Sebelum turun ke labour room aku disuruh makan dulu. Aku just makan roti dengan air milo je.
Dalam labour room, sekali lagi CTG dipasang diperut aku, doctor pulak beramai-ramai masuk untuk tgk keadaan aku. Sesi seluk menyeluk bermula lagi.huhu.. kali ni, doctor tu kata bukaan bukan 2cm tapi still 1cm. Diaorg dok bising-bising kata kenapa aku ditolak ke labour room sedangkan baru 1cm. Nasib ada seorg doctor ppuan ni explain yang aku dah leaking & perlukan pengawasan yang rapi. Aku pulak yang pening dengar doctor-doktor tu dok bercakap antara diaorg. Bila tgk result CTG, doctor kata contraction aku maintain consistent. Sakit selang 3 minit cm tu. So soalan yang sama ditanya pada aku, samada aku nak diinduce atau tggu bukaan tu terbukak secara normal. Siap terangkan segala risiko untuk pilihan-pilihan yang ak nak pilih tu. Doktor kata, kalau nak tggu bukak normal takut kuman merebak sbbnya aku dah leaking. Doktor explain, yang leaking tu bukan membrane tempat baby duduk tu, tapi dkt bahagian lain. Jadinya anak aku maintain selamat ditmptnya. Lama aku pikir last-last aku kata demi keselamatan anak aku, ak nak diinduce. Doktor pulak macam paham apa ak rasa, dia kata dia bagi 4 jam untuk tgk bukaan lagi. Kalau still dalam masa 4 jam 1cm or 2cm ak akan diinduce. Lepas pada doctor keluar dari bilik tu, en suami datang ditemani dengan nurse. Huhu waktu ni rasa cm nak nangis. Nurse suh ak mintak maaf dengan en suami. Ak salam ngn en suami & mintak maaf ngn dia. En suami cium dahi aku huhu sedihnya masa tu. Ak mmg sangat-sangat tak bermaya waktu tu. Sakit pulak asyik datang selang 3 minit. En suami bagi kata-kata perangsang, dia kata dia ada kat luar & takkan kemana-mana. Dalam masa 4 jam tu, aku disuruh untuk berjalan supaya memudahkan bukaan. Serius tak larat nak jalan sbb sakit tu asyik menyerang je. Aku tak sedar bila nurse bagi ubat tok berak sbb aku rasa sakit perut yang memulas-memulas. Dalam jangkamasa 4 jam tu, aku sempat keluar pergi jumpa en suami. Cian en suami, sampai tertido kat luar. Mana taknya dia dah tido lambat, alih-alih aku pulak dah nak bersalin pulak. Tu yang tertido kat kerusi menunggu smpi tak sedar kehadiran org sekeliling.:) nurse asyik panggil masuk sbb ada doctor yang nak check bukaan lagi. Time ni yang check bukaan aku doctor lelaki. Dah ler org kulit hitam lak tu. Mak aii cuak giler waktu tu.. sahih2 jari dia besaq. Mmg masa dia check tu sakit yang amat. Hanya tuhan je yang tau. Meronta-meronta aku kata sakit. Nasib ada nurse yang bagi aku gas tok tahan sakit. So setiap kali sakit aku sedut gas tu.
Tepat pukul 1ptg cmtu, ada lagi doctor yang datang. Kali ni doctor perempuan yang check aku di awal pagi tu. Dia bagi tau yg bukaan maintain 2cm. jadinya doctor Tanya betul ke aku nak induce. Aku yang ngh sakit sbb contraction 3 minit sekali, aku just angguk je. Nurse pun bersiap sedia nak masukkan air dalam badan aku. Air tu ada ubat tok percepatkan bukaan. Lepas je ubat tu masuk dalam badan. Sakit dah makin kerap. Masa tu aku tak sedar dah pukul berapa. Yang aku ingat, aku asyik kata kat nurse aku sakit. Nurse suh sedut gas tu. Mmg bila sakit menyerang, aku sedut gas tu sampai lalok jadinya. Aku tak tau apa aku cakap. Bila dahaga aku mintak air ngn nurse & doctor pelatih. Sakit yang aku alami mengalahkan sakit senggugut. Pinggang aku bagai dipatah-patah. Ya allah sakit sangat. Aku dok berzikir je waktu tu. Nurse datang bagi air selusuh kat aku. Dia kata ada orang bagi kat aku.. Aku minum air tu. Sakit mmg tak dapat digambarkn dengan kata-kata. Tiba-tiba dah lama tahan sakit, aku rasa cm nak berak. Ya allah cam nak meneran. Waktu ni doctor & nurse dah memenuhi bilik aku tu. Diaorg get ready segala peralatan. Waktu tu dah ler tengah hayal sbb asyik sedut gas, aku dengar doctor kata “ha berak lah kalau nak berak”. Aku apa lagi, teran ler. Sebab mmg dah tak tahan sangat-sangat. Aku Tanya nurse cam sembelit ke nurse. Nurse kata “ a’a”. Doktor lak asyik marah sbb aku nak kepit kaki. Waktu tu, aku diajar cara push. Nurse marah jangan bagi kuar suara. Dia suh tarikh nafas & push kuat-kuat. Ak tak pasti berapa kali ak push, yang pntg aku sedar bunyi gunting tapi tak rasa sakit. Pastu bunyi “bush” cm air keluar & bunyi lah tangisan anakanda tercinta. Nurse tunjuk jantina baby kat aku. Aku just angguk, sbb letih sangat-sangat. Aku nampak nurse bersihkan anak aku, waktu tu rasa nak nangis. Tak sangka, aku dapat jumpa anak aku. Dah lepas baby keluar, tibalah masa untuk dijahit, aku dibius kat bawah tu. Siap leh borak-borak ngn doctor lagi. Aku Tanya doctor banyak ke aku kena jahit, dia kata tak sbb ak tak angkat punggung. Bila smua dah selesai, aku ditolak ke wad. Keluar dari labour room nampak en suami. Cian en suami lama tggu aku kat labour room. Tapi wajah nya menggambarkan yang dia cukup gembira sbb aku dah selamat melahirkan anakanda tercinta.
Aku selamat melahirkan anak lelaki aku pada pukul 10.04 malam. Bayangkanlah berapa lama aku menahan kesakitan itu. Nilah antara serba sedikit pengalaman aku ketika melahirkan Muhammad irfan naufal. Walaupun kesakitan itu melebihi segalanya, tapi aku sangat gembira dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menyelamatkan kami berdua.. Akhirnya, selama 39 minggu aku membawa bayi ini didalam perutku, dia lahir kedunia pada 22 ogos 2011.
syukur alhamdulillah dah selamat dpt baby... tahniah..baca cerita awak ni buat sy debar2 je he..he...anyway semoga bby n mummy sihat2 yer..selamat hari raya...maaf zahir & batin :-)
ReplyDeletebaca kisah b'salin zie ni teringat ms pya b'salinkan afeef. sakitnya tak tau nak ckp, maybe sbb induce jugak kot. anyway, congrates dear! comel sgt irfan naufal ^_^
ReplyDeletehmmmm membaca pengalaman sis,banyak mengajar rara erti pengorbanan ibu.sakit nya kan,mmg tak leh digambar kan.huh! tahniah sis.
ReplyDeletetulah.. sakit tapi lepas tu rasa bahagia sgt..:)
Delete