ASSALAMUALAIKUM.
Pagi-pagi ni sebelum ambik mood untuk bekerja, aku nak update cerita pasal office mate aku yang dah bersalin.... Wahhh hepinya aku bagi pihak ko ida. Due ida supposed 24 jun tapi dia bersalin pada 19 jun... Anak dia dah tak sabar-sabar nak kuar.. hihi..
COMEYNYA BABY IDA GERAM EDEN TGK.. CREDIT TOK PICTURE YANG DIBERI OLEH IDA.
NAMA BABY NI MUHAMMAD KHALISH.
Sebenarnya aku dengan ida ni mengandung beza 2 bulan je. Kalau dia 7 bulan aku baru 5 bulan waktu tu. kami selalu ler berkongsi cerita pasal pengalaman mengandung ni. Cari checklist baby sama-sama, bincang pasal set bersalin yang nak beli. Ida lah orang yang semangat cari baju baby aku mula-mula dulu :). Aku ni kalau ada org semangat aku pun semangat.
Kami ada gak share pasal ayat-ayat yang perlu diamalkan sepanjang hamil. Selain tu, aku kerap gak dok motivate dia jangan dok pikir pasal sakit bersalin..hihi.. bila tang sndri ida pulaklah yang nasihat ak balik. Kata sharing is caring.
Ida still pergi kerja walaupun dah 38 minggu waktu tu. 15/6/11 haritu dia bagi tahu kitaorg yang dia dh turun darah & lendir. Tapi cikit jelah. Pada tarikh 19/6/11, aku dapat msg dari husband ida, msg tu menunjukkan pukul 4.59 pagi. Husband dia bagitau yang ida dah selamat bersalin. Alhamdulillah, rakan seperjuangan ku ketika sama-sama mengandung telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comey. Walaupun badan ida ni kecil tapi dia mampu bersalin normal.. wahhh aku sgt2 kagum.. baby besar gak 2.9kg... Usaha ziana... chayok2.. ko pun boleh bersalin normal..
Credit untuk gambar dari facebook ida.. Ida ak curi gambar ko ye..hihi.. Tgk mummy yang tomey ini bersama ngn husbandnya..
Gambar masa ida pregnant. Bersama dengan cik ani.. Ani ambik aura gak ni.. :)
Gambar ni diambil di hari perkahwinan ku.. Anak diaorg ni ikut sapa yek.. mummy nya ke dadynya ke?.. :)
Tgk gambar khalish yang comey ni.. ikut muka sapa ye? :) Tembam sungguh baby ni..
Disebabkan ak tak bersalin lagi, jadinya aku bercerita tentang kegembiraan officemate aku ni menyambut kelahiran pertama diaorg.. insyaallah bulan 8 ni, giliran aku pulak.. Moga semuanya selamat. Amin..
IDA, SELAMAT MENJALANI WAKTU BERPANTANG. SEMOGA BABY & KO CEPAT-CEPAT SEMBUH YE.. INSYAALLAH JUMAAT DEPAN KAMI (UNTIE ANI, UNTIE ZIE, UNTIE NAZA & UNTIE CT) DATANG MELAWAT.. KENE TGGU GAJI DULU..HIHI NAK BAGI KHALISH ADIAH.. :) NANTI AKU UPDATE GMBOR BABY IDA NI LAGI.. NAK TGK FACE TO FACE PULAK. NI ASYIK MUMMYNYA JE MMS KAT UNTIE NI..:D
untie ani pn teringin lalui process camni gak..bila lah kan..hihi apa2 pn tahniah ida alhamdulillah selamat melahirkan baby comey..pasni zie plak..ani doakan zie pn nnti selamat melahirkan tanpa ada komplikasi apa2 lah kn..insyaAllah..aminn..
ReplyDeletehihi.. untie ani tak lama lagi lah tu.. jgn risau.. jodoh telah ditetapkan oleh tuhan.. cuma masa dan ketikanya je..hanya Allah s.w.t yang tahu.. :) tq ani..AMIN x sabar dh ni nak tggu 2 bulan ni.. ;)
ReplyDelete