perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, July 28, 2011

CORETAN BAKAL IBU UNTUK ANAK TERCINTA

ASSALAMUALAIKUM..



kalau tgk pada ticker ada lagi 32 hari untuk mama bertemu dengan baby..
setiap hari mama sukar untuk tido.. 
asal tido mesti mama akan terjaga sebab baby tengah bergerak dengan aktifnya..
mama suka.. kalau baby tak bergerak..mama yang usik-usik baby suruh baby bangun.. 
mama risau kalau baby tak seaktif hari-hari biasa..
pinggang mama dah semakin sakit, sukarnya mama nak bernafas sbb skrg rahim mama dah tggi..
mama tak kisah semua tu, semuanya demi keselesaan anak mama yang sorang ni.. 
mama dah tak boleh tido mengiring sebab nanti mesti baby kick mama kuat sangat.. terkejut mama kadang-kadang..:)
tak perlah mama paham, baby mesti susah nak bergerakkan..
sekarang ni mama kena selalu check gula dalam badan mama.. 
sebabnya untuk mengelakkan sebarang perkara tak diingini pada baby..
demi anak mama, cucuk lah berapa kali pun mama rela..
mama dah tak sabar nak jumpa baby.. 
sakit yang mama alami skrg ni kkdg wat mama menangis.. 
mama selalu pohon pada Allah S.W.T agar bagi mama kekuatan..mulut mama tak lekang dr berzikir bila sakit tu ttba datang..
mama nak jumpa baby.. nak pegang tangan baby.. nak susukan baby..
setiap malam skrg ni, mama selalu cakap kat baby..
kalau nak kuar biarlah waktu ada orang kat sekitar mama..
supaya mudah untuk ke hospital.. 
mama pun selalu igtkan baby.. biar kepala di bawah & kaki diatas..
mama tau..baby anak yang baik.. dengar cakap mama.. :)
selagi ruang dalam perut mama x sempit lagi..
baby pusing lah ye..pastikan kepala dibawah.. :)
sekarang baru mama tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..
moga kita berdua selamat ye baby..
Demi untuk anak mama, rela mama korbankan nyawa untuk baby asal baby dapat melihat dunia ciptaan Allah S.W.T ini..
Jadi anak yang taat pada perintah-NYA, mendengar kata orang tua serta menjadi anak yang soleh..:)
insyaallah tanggal 29/8/11..sekiranya baby tak keluar awal..:)
mama akan jumpa dengan baby ye..

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen

No comments:

Post a Comment