perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 24, 2012

merancang kehamilan..

 ASSALAMUALAIKUM..

Aku ni bersalin pun belum lagi..hihi tapi dh wat tajuk merancang kehamilan.. :) persediaan selepas kelahiran bayi ke 2 aku ni..:) ..sebelum ni ak tak menggunakan sebarang cara untuk merancang keluarga.. guna teknik semulajadi je..hihi.. Rezeki Allah S.w.t nak bagi. Maka kami suami isteri menerima dengan hati terbuka..:)

Jadinya.. tiba lah sekarang untuk aku mengumpul sebanyak mana pengetahuan tentang cara merancang keluarga.. Balik kampong, ramai makcik-makcik yang ngomel2 napa tak ambik perancang.. nanti anak rapat sgt lah.. macam-macam ler dibebelkan.. 

Tak per.. ak pun sbnrnya tak kisah tok ada baby lagi.. :) sementara umur masih muda ni.. beranak ler.. tapi skrg ni cukup dua dulu.. sbb aku nak kedua-dua anak aku ni membesar dulu.. en suami pun dh setuju..:)

- guna pil perancang. 
Aku tau pil perancang ni memang popular dikalangan ibu yang nak merancang anak..

Jenis ubat perancang ada 2

  • Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet, Mercilon
  • Progestogen – jenama Noriday. 

Apa yang aku tau ada 2 pil perancang yang cukup hangat diperkatakan. Noriday & yasmin. Hasil pencarian ak dekat pakcik google tu.. Aku ada jumpa penerangan tentang 2 pil ni.

Noriday 
-sesuai untuk ibu menyusu.

-Noriday hendaklah diambil pada waktu yang sama setiap hari tanpa henti walaupun ketika kehadiran haid. Sekiranya terlupa, hendaklah diambil secepat mungkin dan pil seterusnya diambil pada waktu yang sama seperti sediakala.

-Noriday boleh mula diambil pada hari pertama kitaran haid ataupun selewat-lewatnya pada hari ke-5 kitaran haid anda. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju sekiranya Noriday diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Walaubagaimanapun kaedah mencegah kehamilan yang lain juga harus dipertimbangkan kerana organ perkumuhan seperti hati dan buah pinggang bayi anda masih belum matang lagi dalam tempoh tersebut.
Keberkesanan Noriday terjejas sekiranya
1. Noriday dimakan bersama ubat antiepileptic seperti phenytoin, phenobarbital, carbamazepine
2. Noriday diambil bersama antibiotik tertentu seperti rifampicin, rifabutin
3. Noriday diambil bersama antibakterial griseofulvin
4. Noriday diambil bersama herba St John's Wort
5. terlewat lebih 3 jam daripada waktu biasa diambil
6. anda mengalami cirit-birit dalam masa 2 jam selepas makan pil ini





Ada jugak pil yang diberi nama yasmin. Pil ni mahei harganya.. sbbnya selain utk merancang keluarga.. ianya utk kulit gak.. Cuma pil ni boleh mengurangkan susu.. wahh itu eden tak sanggup.. 1 lagi ada yang kata pil yasmin  ni takkan menggemukkan badan
Aku baca dekat blog ni


Dia kata tentang pil yasmin ni
-kena ambik masa hari pertama period sampai habis 1 papan (21 pil) lepas tu berhenti sambung balik pada hari ke 8.
- harga dkt klinik rm 55 kalau dkt farmasi 48..

Ni yang ak dpt info dr blog ni tau.. skrg ni mana tau dh naik hargakan..hihi

Selain daripada kaedah ni.. ada jugak kaedah implant, IUD, & cucuk untuk cegah kehamilan..

Nanti ak buat research lak pasal lain2 kaedah tu.. hihi.. skrg ni ak mmg dok baca pasal pil perancang ler.. Makcik husband aku dia makan minulet.. dia kata ok.. siap susu banyak lagi.. dia mmg pandai sgt merancang.. kagum ak.. :)

 
Cuma biasalah pil perancag ni ada kebaikan & keburukannya.. 

kesan-kesan sampingan 

  • Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai darah jenis A
  • Pening dan mual
  • Migraine
  • Muntah dan masalah-masalah perut
  • “Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan
  • Sakit kepala
  • Buah dada menjadi tegang
  • Tekanan (depression)
  • Tekanan darah naik
  • Turun atau naik berat badan
kesan-kesan baik


  • Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia (kurang darah)
  • Peredaran haid lebih teratur
  • Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid
  • Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease
  • Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)
  • Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus
  • Mengurangkan risiko hamil luar rahim
  • Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan kulit, mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga boleh mengawal pereputan tulang (osteoporosis)  

    Peringatan : 

    Ambil pada masa yang sama setiap hari 


    Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau sekiranya kali pertama anda ingin mengambilnya 


    Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti estrogen, jadi akan ada risiko kehamilan 


    Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama 


    Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang 


    Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS


    Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko 
    mendapat penyakit jantung. 

    sumber-sumber yang aku dapat daripada

    -http://farmasianis.tripod.com/wanita_rancang.htm


    http://mamasuraya.blogspot.com/2011/06/contraceptive-pills-yasmin-vs-noriday.html

    Wahh panjang nya entry aku.. sebenarnya ni untuk pengetahuan aku gak.. jadinya aku kumpul siap-siap untuk rujukan aku sendiri..:)

    Rumusan yang boleh dibuat… pil perancang ni depends pada badan gak.. kadang-kadang makan pil leh gemuk… cucuk pun leh menyebabkan gemuk gak.. so aku rasa kita kena tgk keserasian badan.. Wat sementara waktu ni.. ak rasa nak makan minulet tu.. tapi tak tau ler dah kuar baby & dapatkan consultation ngn doc aku tukaq lak pil perancang ni kan… noriday pun macam sgt ok.. sbb utk ibu menyusukan.. Cuma yasmin tu kalau dh tak nak bg anak susu badan leh ler makan..hihi..

    source : pakcik google


     

17 comments:

  1. Slm sya nk tny,dh try noriday ker?apa pil yg terbaik tuk menyusu?bila blh start mkn pil ni?klu dh 6 hari period blh x mla mkn pil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru balik jumpa doktor.. :) lepas abis period awk leh makan ubat ni..pastu terus je makan..walaupun dtg period ye.. xyah stop..sy pun x try lagi ni..baru je balik klinik ambik pil ni..:)

      Delete
  2. Salam..saya nk tnye.saya bru 4bulan berkawen..saya da amalkn mkn pil yasmin dah 4bulan ketika bersama suami.sayg seorng pelajr di ipta.kami tgal berasingan..suami di kelantan dan saya di kl..ketika saya berjauhan dngn suami saya..saya da berenti makan pil ni selepas period...soalan saya:adakah saya akn mngandung?dan bgaimana saya nk merancng jika saya ingin bersama dengn suami?saya da cri info tp tak jumpe..harp dpt mmbantu...

    ReplyDelete
  3. Salam..saya nk tnye.saya bru 4bulan berkawen..saya da amalkn mkn pil yasmin dah 4bulan ketika bersama suami.sayg seorng pelajr di ipta.kami tgal berasingan..suami di kelantan dan saya di kl..ketika saya berjauhan dngn suami saya..saya da berenti makan pil ni selepas period...soalan saya:adakah saya akn mngandung?dan bgaimana saya nk merancng jika saya ingin bersama dengn suami?saya da cri info tp tak jumpe..harp dpt mmbantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..

      maaf sbb baru berkesempatan nak balas.. sebenarnya saya pun masih dalam proses belajar tentang cara-cara merancang keluarga ni.. dari apa yang pernah saya tanya pada doktor & kenalan2 yang punya pengalaman lebih.. sekiranya hidayah stop makan pil lepas tu bersama dengan suami.. jadi kebarangkalian utk pregnant besar.. tapi sekiranya lepas awak dh stop makan ubat tu..tetiba period datang.. so awak kene sambung makan pil yasmin tu balik.. setahu saya pil yasmin ada 21 biji kan.. kalau period kene stop betul x.. jadinya.. kalau nak smbg makan pil tu.. kene pastikan awak datang period dulu... sbb dikuatiri mengandung pulak.. info ni je yang saya dapat dr doc masa mula2 nak makan pil perancang ni.. saya harap dpt membantu ye..:) kalau nak lebih cnfrm awak jumpa dgn doktor n mintak pendapat mereka ye..:)

      Delete
  4. Saya siti, nak tanya saya da terlewat mkn pil yasmin dalam 2 jam 30 minit, adakah sya berkemungkin akan mengandung?pls reply, rsau.

    ReplyDelete
  5. Sy pernah jugak terlewat makan pil perancang.. sy sepatut makan pukul 10mlm..tapi lepas tu sy tertido..hihu..tp doc ada kata.. kalau sy terlewat makan.. sy kena makan ubat sblm 10 pg keesokkan arinya... itu sbb sy selalu mkn col 10 mlm.. lepas tu.. sy makan seperti biasa ikut timing... insyaallah xder apa awk... klau awk risau gak jgn bersama dgn husband dlm masa terdkt ye.. arap menjawab soalan awk ye.. :)

    ReplyDelete
  6. salam, kalau dah start makan pil perancang, betul ke akan beri effect pada nafsu utk bersama dgn husband?please reply,tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh kalau spnjg sy mkn noriday & skrg mkn yasmin xder pulk effct nafsu :) sama je.. cuma mngkin sbb kpnatan jaga 2 ank..

      Delete
  7. Salam..nak tanya, saya start mkn pil yasmin hr ke 12 slps period..boleh ke?..bln lps sy period 27hb..bln ni belum period lg..risau gk ni takut trpeknen..tp smlm ada check peknen..result negative -ve

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya kan awk.. dr apa yg sy baca yasmin kalau baru first time makan kene makan masa 1st day period.. sy dulu pon makan lepas abis period ari ke 7... dr apa yg sy baca... kene ad langkah berjaga2 jugaklah..hihi sbb ubat tu x start function lagi... lepas abis pil 21 biji.. kalau sy 3 ari lepas tu bru period... so jgn risau ye.. sy aritu masa trsalah makan pil risau gak...asyik check je... lsst2 period dtg ari ke 3 lepas abis ubat... :)

      Delete
  8. Salam..sya nak tanya lah sya dah 4bln lbh x period slpas bsalin..skrg sya nak mkn pil..klo nak tgu period x period2..sbb sya fully BF..so bla sya perlu mkn pil dan mkn pil apa yg x mgurangkan susu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. kalau dari pengalaman saya yang lalu.. saya pun bf baby jugak tapi lepas abis pantang... saya terus makan ubat.. saya makan noriday.. apakata..awk pergi jumpa doctor.. awk ckp nak makan pil..tapi kalau tggu period mst lambat lagi dtg sbb awk fully bf..nanti mst doc paham..dia akan recmnd ubat apa yg sesuai & bila kene makan.. sbnrnya kita kene tggu period datang sbb nak pastikan kita tak mengandung..

      Delete
  9. Salam..sya nak tanya lah sya dah 4bln lbh x period slpas bsalin..skrg sya nak mkn pil..klo nak tgu period x period2..sbb sya fully BF..so bla sya perlu mkn pil dan mkn pil apa yg x mgurangkan susu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. awak boleh start makan pil dah.. sbb saya aritu..lepas abis pantang..period tak dtg lagi ni..sy dh pi jumpa doc n tanya advice dia tentang pil yang sesuai utk saya makan selepas bersalin..masa tu doc ada tanya awk dh bersama dengan suami ke.. saya kata belum.. so dia kata ok lah..boleh terus makan.. sbb doc kata andai kata kita dh bersama ngn suami.. kita kene try wat pregnancy test... kalau negative..dh leh makan ubat tu.. awk makan noriday ek.. noriday kene makan selama 28 hari.. maksudnya tanpa henti.. sy makan awal2 tu ok.. tapi bila period saya asyik dtg je.. xberhnti sy stop n makan yasmin pulak..

      Delete
  10. Salam...sy nak tanya..sy bru start makan pil yasmin..Jumaat mlm sy period..tp sabtu pagi pkl 8 pg bru sy start makan..xpe ke?apa kesannya?

    lg 1,sy slalu makan x tepat masa..kdg2 lewat 2,3 jam..xpe ke?

    tlg jawab ye..sy nk kepastian..thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..ohhh.. xper awk.. boleh.. ni first time ek.. apa yang pernah saya baca lah.. kalau nak makan yasmin utk pertama kalinya..kene makan masa 1st day kita datang period.barulah ubat tu berfungsi dgn betul. tapi saya aritu tersalah..makan lepas period.. jadinya..seminggu kene berjaga2 lah kalau nak bersama ngn suami.. ohh pasal lewat tu.. saya pun ada gak terlewat.. tapi dari apa yg saya tahu..yasmin tak macam noriday..noriday mmg kene makan on time x leh lewat... kalau awk leh selalu makan on time lagi baik sebenarnya.. xper perlahan2 cuba.. set alarm ke.. :)

      Delete