perkahwinan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

irfan naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

my second baby birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, February 14, 2013

Akhirnya Aku Akan Makan Pil Perancang Noriday

ASSALAMUALAIKUM...

Aku bersiaran kembali setelah bercuti di kg dari hari sabtu sampai ler hari selasa.. Hari rabu baru sampai ke key ell dari kelate.. Okies back to the topic.. Sebenarnya aku baru je lepas balik dari klinik... Aku pergi klinik swasta tok mintak ubat perancang ni... Disebabkan aku tak pernah jumpa doc untuk discuss pasal pil perancang ni.. makanya.. pada hari ni  aku perlu bertemu dengan doktor untuk mendapatkan serba sedikit nasihat & pendapat berkaitan perancangan keluarga... :)

Masa tahun lepas aku merancang sendiri.. tapi tak berjaya.. tu sbb dapat iman..hihi.. Makanya tahun ni aku tekad untuk merancang keluarga.. biarla kedua-dua putera aku ni besaq dulu.. badan ni pun agak penat sbb dua org anak aku ni kecik lagi.. huhu

Masa jumpa doktor tadi.. first soalan doktor tanya.. dah sangkut ye.. :D lawak ler doktor ni..sahih ler belum tu sbb aku nak ambik perancang..  Dia tanya aku breastfeed baby ke.. jawapannya of cos ler.. Makanya doktor kata awak boleh ambik pil noriday.. Aku sajer tanya pendapat doktor kalau cucuk memang susu kering ke.. doktor kata..bukan kering cuma kurang je.. susu still ada.. Aku pun tanya lagi.. mana lagi ok cucuk ke makan ubat.. doktor jawab.. makan ubat lagi ok..tapi kena ikut schedule ler.. tak leh terlupa makan..makan kena tepat pada masanya.. baru ler selamat.. kalau cucuk ni..yang bgsnya.. xyah ler kita dok nak mengingat kita dh makan ubat ke belum.. sbb cucuk ni tok 3 bulan 1 kali.. :)

Doktor explain kat aku pasal pil noriday ni.. kat bawah aku listkan beberapa perkara yang ditekankan bila nak makan pil perancang noriday ni..

1) pil ni perlu dimakan setiap hari.. walaupun datang period tak boleh stop.. pil ni ada 28 biji yek..

2) masa tok makan pil ni perlu konsisten.. contoh kalau makan pukul 10 malam.. makanya..next day kena makan col 10 malam gak.. x leh ubah yek..:)

3)andai kata terlupa makan.. contoh kita makan ubat tu pukul 10 malam (isnin).. than lupa makan.. next day(selasa).. sblm pukul 10 pagi kena makan.. baru ubat tu akan function.. pada hari yg sama gak(selasa)..kena makan ubat ni pada pukul 10 malam.. jadinya dalam 1 hari (hari selasa tu) kita makan 2 biji pil.. Ni kalau terlupa yek..

4) andai kata bila makan ubat ni ttba period kita asyik datang je.. kena rujuk doktor balik & doktor akan suggestkan cara lain pulak. maksudnya kita tak serasi ngn pil tu..

5) Bila makan ubat tu ttba kita rasa cam mengandung lagi.. maksudnya mengalami alahan cam muntah.. pening.. makanya.. makanlah pil tu diwaktu malam..karang makan wktu pagi.. tak leh wat kerja pulak..:)

6) kena buat pap smear setahun sekali.. nak check lah takut ada kanser ke..

7) kena check breast sebulan sekali.. kalau nampak kulit kat kawasan breast tu bertukar kaler tak cm sebelum ni kena rujuk doktor.

Tu jelah yang doktor explain kat aku.. sebelum dapat pil tu..doktor ada gak check tekanan darah n berat aku..yelah mana tau effect pil ni kan.. 

Andai kata kita dah bersama dgn suami.. makanya kena tggu next period datang baru leh makan pil ni..sebab takut preggy..kalau lom bersama lagi..makanya leh ler makan.. walaupun belum datang period lagi ye..:) sebenarnya kita hanya merancang..tapi tuhan yang menentukan.. :)


Nilah pil noriday tu.. aku kena charge RM30..taktau lagi exactly harga pil ni.. nnti kena pi farmasi..:)

# Pasni kena set alarm lah.. kalau tak confirm lupa.. ak rasa better makan malam..takut makan siang kang aku pening2 pulak..hihi.. harap aku serasi ler dengan pil ni..:)

4 comments:

  1. huhuhu.. ziana.. aku pun kena merancang pasni.. uhuhuuh nnt update lg pasal family plnning ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik.. nnti ak update ye.. :) tgk hasil lps mkn ubat ni..

      Delete
  2. Salam nk tanya noriday boleh makan sampai berapa lama ye? Sy pun amik noriday, nurse cakap smpai 6 bulan je boleh makan,, tp sy search ada yg makan smpai 2 tahun,,,

    ReplyDelete
  3. harga pil tu juz rm11 je kt farmasi..

    ReplyDelete